Part 30

1.2K 93 4
                                    

GITAR yang dia gunakan untuk menghiburkan anak didiknya, diletakkan ke meja guru. Yoongi memandang ke arah anak didiknya, seraya menepuk tangan.

"Okay class. My beloved prince and princess, you're all can stand up now. You guys want to go to canteen?" soal Yoongi.

Semua anak didiknya berdiri tegak, dengan wajah semangat. Buatkan Yoongi tergelak kecil melihat gelagat mereka semua.

"Yes Sir Min!" jawab mereka dengan semangat.

"Hungry?"

"Of couse Sir!"

Yoongi tersenyum nipis lalu dia menepuk tangan.

"Okay, my cuties. You're all can go to canteen right now." kata Yoongi.

"Thank you Sir Min! We're love you!"

"You're welcome dear. Love you too."

Kesemua anak didiknya membongkokkan tubuh, lantas mereka melambaikan tangan sambil beredar keluar kelas. Yoongi hanya tersenyum sambil membalas lambaian mereka.

Jam tangan dikerling sejenak. "Dah pukul 10.30 pagi."

Beg gitar dibuka lalu dia memasukkan gitar kedalam beg tersebut. Setelah siap, dia menggalas beg gitar disebelah bahu.

Disaat Yoongi berpaling, dia dikejutkan oleh Ixuna yang berdiri dimuka pintu dengan wajah cemberut.

"Opocot mak aku terkejut!" latah Yoongi spontan, dia memegang dadanya kerana terkejut.

Ixuna tergelak terbahak-bahak bila melihat wajah Yoongi yang terkejut sebentar tadi.

"Ish kau ni! Saja kan buat aku terkejut. Kalau aku kena serangan sakit jantung macam mana?" kata Yoongi geram. Dia beredar keluar dari kelas, Ixuna membuntutinya daripada belakang.

"Cikgu Yoongi." panggil Ixuna sambil menciut bahu lelaki itu.

"Apa kau nak? Jangan ikut aku boleh tak." kata Yoongi datar.

Mulut Ixuna menjuih kebawah.

"Tak boleh ke saya nak ikut?"

"Nope!"

Ixuna menahan lengan Yoongi, tatkala perasan yang lelaki itu mahu melarikan diri daripadanya.

"Lepaslah."

"Boleh. Tapi awak kena jawab soalan saya dulu. Kenapa awak macam, nak mengelat daripada saya? Saya ada buat awak sakit hati ke? Kalau ada saya nak minta maaf."

Yoongi merentap lengannya sehingga terlepas dari pegangan Ixuna, dia menoleh memandang Ixuna tajam. Dia sedikit terkedu bila mendapati mata Ixuna bergenang oleh air mata.

"Yoongi, minta maaf kalau saya sakitkan hati awak. Saya sayang awak."

Yoongi membuang muka ke arah lain,  tidak sanggup menatap wajah gadis yang dia sayangi dan cinta itu dalam diam.

"Jangan bagi aku harapan boleh tak. Aku dah tak larat nak mengharap lagi, benda yang tidak akan pernah dapat aku gapai. So, stop it. Enough." kata Yoongi mendatar, tanpa memandang Ixuna.

"What you mean? Saya tak faham apa yang awak cakapkan tu. Harapan? Harapan apa?" Ixuna menyoal dengan wajah bingung.

Yoongi mengeluh lalu dia mengambil langkah untuk pergi dari situ. Namun, suara Ixuna membantutkan langkahnya.

"Yoongi, kalau awak tak beritahu saya. Macam mana saya nak tau. Beritahu lah saya apa masalah awak, mana tau saya boleh tolong." kata Ixuna.

Yoongi mendiamkan diri, tidak sedikit pun berpaling ke arah Ixuna.

"Kau nak tau apa masalah aku kan? Baik, aku kasi tau kau. Jadi, dengar baik-baik. Sebab aku tak kan ulang semula."

"Apa dia?"

"Hati." sepatah perkataan keluar dari mulut Yoongi. Kening Ixuna bertaut, bingung.

"Hati? Hati awak sakit ke?"

Yoongi merengus sambil berpaling kebelakang, dia memandang Ixuna tepat ke anak mata gadis itu.

"Ya. Hati aku sakit sangat. Sakitnya sampai dia berkecai berkeping-keping. Apakah kau boleh cantumkan semula hati aku ni? Dan boleh ke kau ubatkan rasa sakit yang mendera hati aku ni?"

Ixuna terkedu mendengar, bait-bait kata yang meniti dibibir Yoongi. Sungguh mendalam maksud dari kata-kata Yoongi itu.

"Apa yang awak maksudkan? Awak.."

"Kau sayang aku macam mana? Kau anggap aku ni sebagai apa?" soal Yoongi, memotong ayat Ixuna.

Ixuna terdiam bila disoal begitu. Dia mendongak memandang Yoongi, lantas dia tersenyum nipis.

"Awak adalah kawan yang saya sayang dan juga saya dah anggap awak macam abang saya. Sebab awak selalu ada untuk saya, selepas sepupu saya dan keluarga saya. Awak kawan dan abang yang terbaik pernah saya ada. Saya sayang awak Yoongi."

Setelah mendengar jawapan dari pertanyaannya, dia menundukkan kepala. Bibirnya digigit perlahan, mencuba menahan sebak dan sakit dihati. Yoongi mendongak memandang kearah Ixuna semula, dia mengukirkan senyuman kecil.

"Kawan? Abang? Tu saja?"

Tanpa ragu-ragu, Ixuna menganggukkan kepala. Dia memandang raut wajah Yoongi dalam-dalam.

"A'ah." kepala Yoongi terangguk-angguk perlahan.

"Aku pun sayang kau sebagai.. Kawan."

Aku cintakan kau. Bisik hati Yoongi.

Ixuna tersenyum namun tidak bertahan lama.

"Beri aku masa untuk bersendirian dan bertenang. Buat sementara waktu, anggap lah yang kita ni tidak pernah kenal. Aku pergi dulu."

Yoongi memandang Ixuna buat seketika, lalu dia berpaling untuk beredar dari situ. Disaat itu juga, air matanya yang ditahan sedari tadi mengalir jua jatuh kepipi.

Ixuna memandang tubuh Yoongi sehingga hilang daripada pandangan matanya. Ixuna mengetap bibirnya, setitis air mata jatuh kepipinya.

"Kenapa kau tipu aku Yoongi, aku tau kau sakit. Aku minta maaf sebab tak dapat balas perasaan kau. Maafkan aku sebab dah lukakan hati kau. Maafkan aku, aku sayang kau Yoongi."



******
Tbc


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now