Part 42

919 78 0
                                    

SENYUMAN sinis terbias dibibirnya, dia menghamburkan gelak. Matanya tajam menikam pada sekeping gambar yang tertampal dipermukaan cermin solek.

"Korang berdua memang tak guna! Korang mempermalukan dan jatuhkan maruah aku! Korang gembira di atas penderitaan aku! Tak guna!" herdiknya marah.

Mata Lee Jiwoo memerah penuh amarah, pisau yang sedari tadi berada ditangannya itu digenggam kemas. Pisau diangkat tinggi lalu dicampakkan ke arah gambar tersebut, pisau terpacak tepat mengenai gambar itu. Cermin solek sedikit retak dan pecah.

Gelak Jiwoo yang penuh kegilaan terburai, mengema di setiap sudut biliknya. Tidak lama kemudian wanita itu terdiam, gelak bertukar kepada tangisan pilu.

Lee Jiwoo menangis sambil mengusap perutnya, yang mula menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan untuk membesar.

"Kamu jangan risau baby, omma pasti akan dapatkan appa kamu dari betina itu. Dia dah rampas appa kamu, kita patut rampas balik apa yang sudah menjadi hak kita. Kan baby kan?" kata Jiwoo kepada perutnya yang sudah membonyot itu.

"Kita bunuh dia baby, kita bunuh. Lepastu, kita bawa appa balik sini dan kita boleh hidup bahagia tanpa gangguannya lagi." Jiwoo gelak dengan riang penuh sentimental.

Wanita itu berpusing-pusing diruangan biliknya dengan nyanyian kecil. Dia tergelak lepas sambil menampar perutnya kuat. Sakit dan senak namun dia berpuas hati.

"Kita bunuh dia baby, aku akan bunuh kau Ixuna Han. Kim Taehyung hanya milik aku seorang, tiada orang yang boleh rampas Taehyung daripada aku."

•••••

LANGIT malam yang amat indah itu, dipandang dengan penuh khusyuk. Angin sejuk yang mendayun lembut, menyapa ke permukaan wajahnya.

"Kau menungkan apa tu? Ingat kat kasih lama?" mendatar sahaja dia berkata, tubuh dipeluk dan disandarkan pada dinding.

Ixuna hanya tersenyum kecil, dia mengerling Taehyung dengan hujung mata.

"Kalau iya, kenapa?" soalan berbalas soalan. Taehyung merengus kasar, dia membuang muka.

"Tsk." hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut Taehyung. Wajahnya tegang dan mengeras, menandakan lelaki itu tidak berpuas hati dengan perempuan yang berdiri tidak jauh daripadanya.

"Jeles ke? Kalau jeles cakap ajelah." sakat Ixuna sengaja mahu mengusik lelaki itu.

Bibir Taehyung terjuih ke bawah. Anak mata digulingkan keatas, tanda menyampah akan perempuan itu.

"Tak ada masa aku nak jeles bagai dengan kau, tu urusan engkau kan? Buat apa aku nak masuk campur kan? Buat semak ajelah. Pergi mampuslah dengan jeles tu." Taehyung membidas kasar.

Ixuna membuat muka.

"Iyalah tu. Habistu awak buat apa masuk dalam bilik saya ni?"

"Kenapa? Tak boleh masuk? Kau dah lupa ni rumah siapa?"

Bibir dikemam. Dia berdecit.

"Rumah awak dan saya hanya penumpang kat dalam rumah awak ni. Tunggu masa untuk kena tendang keluar aje daripada rumah ni kan? Puas hati?" kata Ixuna sebal.

Taehyung tersenyum sinis. Kepalanya terangguk sepintas lalu.

"Ya. Sedar pun kau, yang engkau ni hanya penumpang kat dalam rumah ni. So, jangan nak berlagak sangat hmm?"

Ixuna hanya mampu menahan rasa sakit yang menguriskan perasaannya tatkala mendengar barisan ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu. Mulut puaka memang.

"Kenapa diam? Dah bisu?" kening dijongket, senyuman sinis tersungging pada wajahnya. Taehyung merenung isterinya tajam.

"Up to you, saya malas nak bertengkar lidah dengan awak memalam buta ni. Baik saya masuk tido, daripada bergaduh dengan awak pasal benda yang tidak membawa faedah. Lagipun, esok pagi saya ada meeting."

Tubuh Taehyung ditolak sehingga keluar daripada biliknya. Dia pandang wajah tidak puas hati suaminya itu.

"Goodnight hubby bun. I love you but you don't love me. Haha. I'm so sick of this fake love, fake love. I love you so bad, I love you so mad. Okay bye."

Ixuna menutup pintu biliknya, sebelum terkatup sepenuhnya. Telinganya sempat menangkap kata-kata yang ditutur oleh Taehyung.

"But, this is not a fake love."

Dahi Ixuna bertaut hairan, bingung dengan kata-kata Taehyung yang dia dengar sebentar tadi.

Ixuna melabuhkan punggung dibirai katil, dia masih memikirkan makna daripada perkataan Taehyung tersebut.

"What do him mean?"

Taehyung yang masih berdiri tidak berkutik dihadapan pintu bilik Ixuna, hanya mampu mendiamkan diri sambil merenung pintu bilik itu.

"I think that he will not get what I want to say." bisik Taehyung lantas dia berlalu pergi daripada situ dan dia menuju ke arah biliknya. Dia tersenyum kecil sambil berkata dengan nada perlahan.

"So, you love me so bad and mad?"

*****
Tbc


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now