Part 38

1K 93 3
                                    

IXUNA mengenyeh matanya, seraya menguap kecil. Dia tersenyum tatkala wajah Taehyung terpampang diruangan matanya, wajah mereka berdua begitu rapat bahkan nafas mereka saling menyahut.

Segenap wajah kacak suaminya, dia tenung dengan seutas senyuman lebar. Tangannya terangkat, rambut brown milik Taehyung dibelai lembut. Denguran halus yang keluar daripada mulut Taehyung, menyapa lembut ditelinganya.

Jam dinding dikerling sekilas.

"Dah pukul 8 pagi. Nasib baik hari ni cuti, bolehlah aku nak berduaan dengan suami tercinta." gumam Ixuna perlahan, agar tidak menganggu tidur Taehyung yang nyenyak itu.

"Tapi aku kena buat sarapan pagi."

Ixuna mencuba untuk meleraikan pelukan Taehyung pada pinggangnya, namun tidak berhasil kerana Taehyung malah mengeratkan lagi pelukan tersebut.

"Abang bangun dah pagi ni, saya nak buat sarapan pula. Bangunlah abang Taehyung." pipi suaminya ditepuk perlahan, mencuba untuk membangunkan Taehyung.

Rengusan halus keluar dari mulut Taehyung.

"5 minit."

Ixuna menggelengkan kepalanya, tidak lama kemudian dia tersenyum senget.

"Bangun."

"Tak nak."

Ixuna tersenyum geli, tatkala melihat wajah Taehyung yang cemberut dengan mata masih terpejam. Comel sahaja.

"Tak nak bangun eh? Tak apa, saya tau macam mana nak buat awak bangun abang." bisik Ixuna dengan suara nakal.

Taehyung diam, hanya denguran yang menyahut bisikan Ixuna.

Tubuh Taehyung ditolak perlahan sehingga terlentang, lantas Ixuna menindih tubuh lelaki itu. Kedua tangannya diletakkan disebelah kiri dan kanan kepala Taehyung.

Wajahnya didekatkan kepada Taehyung, satu tiupan diberikan pada wajah lelaki itu. Wajah Taehyung berkerut, lalu kembali seperti biasa.

"Tak nak bangun lagi eh?"

Ixuna meniup wajah Taehyung buat sekian kalinya. Melihat Taehyung seperti tidak merespon, dia beralih ke leher lelaki itu. Satu tiupan diberikan, membuatkan Taehyung membuka matanya kerana berasa tidak selesa.

Mata Taehyung membulat, melihat Ixuna berada diatas tubuhnya dengan senyuman yang agar miang.

"Apa kau buat ni hah? Kau nak rogol aku ke apa ni!" kata Taehyung dengan wajah mendatar.

Kening Ixuna terangkat beberapa kali dengan senyumannya semakin melebar.

"Kalau boleh?"

Taehyung tidak membalas, melainkan merenung wajah Ixuna yang berada diatasnya itu.

"Turun sekarang, sebelum aku apa-apakan kau." arah Taehyung tegas.

Ixuna hanya mencebik.

"Okay, but I want do this!"

Dengan keberanian, Ixuna melabuhkan ciuman disegenap wajah suaminya.

"Morning kiss!" usai sahaja dengan perbuatan nakalnya, terus Ixuna mengambil langkah seribu melarikan diri. Takut jikalau diamuk oleh lelaki itu.

Apa khabar dengan Taehyung?

Selepas Ixuna berlalu pergi, Taehyung hanya terkaku diatas katil. Masih terkejut dengan tindakan berani gadis itu. Tanpa sedar pipinya berbahang sampai ke cuping telinga.

•••••

WAJAH kemerahan Taehyung dikerling dengan hujung mata. Dahi Ixuna berkerut, hairan melihat tingkah Taehyung pada pagi itu. Lelaki itu hanya makan dalam keadaan senyap, dengan pipi berbahang.

"Abang Taetae demam ke? Kenapa pipi abang merah?" disebabkan panasaran, Ixuna bertanya.

Taehyung berdeham. "Tak payah nak sibuk."

Ixuna merengus tidak puas hati, dengan kasar dia meletak sudu diatas meja. Lantas dia bangun dan mendekati Taehyung. Dahi lelaki itu disentuh, terasa hangat menyapa telapak tangannya.

Taehyung menepis kasar tangan mungil itu. Dia menjeling Ixuna kesal.

"Awak demam ni. Macam mana boleh demam ni?" soal Ixuna risau.

"Kau nak tau ke, apa penyebab aku demam?" Taehyung bangun dari duduk, dia berdiri berhadapan dengan gadis itu.

"Apa?"

"Kaulah penyebabnya aku demam. Bongok." bidas Taehyung kasar, lantas dia menonong pergi meninggalkan Ixuna yang terpinga-pinga.

"Aku? Bila masa aku.." Ixuna terdiam, kejadian pagi tadi terlintas dibenak fikirannya.

"Gila! Tak kan lah, sebab aku cium dia pagi tadi dia boleh demam? Tak masuk akal betul, tapi lawak!"

Ixuna tergelak terbahak-bahak sambil menepuk-nepuk meja makan.

Gelak Ixuna seketika berhenti, diganti pula dengan senyuman nakal.

"Nampaknya aku ada mainan baru untuk sakat dia."


******
Tbc


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now