Part 81

640 50 0
                                    

TAEHYUNG dan Mingyu berlaga buku lima. Mereka berdua tergelak kecil.

"Congrats bro!" ucap Taehyung sambil menepuk perlahan bahu kawannya itu.

Kim Mingyu dan Im Haeyoun sudah selamat diijab kabulkan pada malam raya yang ketujuh. Semua berjalan dengan lancar.

Mingyu tersengih suka. "Thanks!"

"You're welcome dude. By the way, kita dah tak boleh nak melepak macam dulu dah." kata Taehyung.

Kening Mingyu terangkat sebelah.

"Asal pula?" soal Mingyu.

"Yela! Lepasni kau sibuk dengan isteri kau, aku pula sibuk dengan isteri aku yang tengah sarat mengandung tu. Kau tau tak, layan orang mengandung ni banyak karenah dan kita seorang suami yang mithali kena ada tahap sabar yang tinggi tau."

"Yeke? Macam mana?"

Kedua belah bahu Mingyu dipegang oleh Taehyung. Dia memandang Mingyu dengan wajah serius.

"Kau tau tak? Ada satu malam ni, si Xuna tu minta tolong aku cari sesuatu.."

"Sesuatu?"

"Sesuatu yang mentah." kata Taehyung. Mingyu tergelak kecil.

"Benda mentah? Apa tu?"

"Daging kambing mentah yang segar dari ladang."

Gelak Mingyu makin kuat kedengaran, buatkan Taehyung kesal separuh mati.

"Weh! Logiklah dia minta daging mentah, kutlah dia nak goreng masak kunyit ke?" kata Mingyu dengan gelak yang masih tersisa dibibirnya.

Mata Taehyung menghelang tajam pada Mingyu.

"Itu yang kau pikir, tapi yang berlaku memang terbalik. Kau tau tak dia buat apa dengan daging mentah tu? Aku tengok pun mahu muntah tujuh keturunan tau tak?"

"Okay fine. Dia buat apa dengan daging mentah tu?"

Taehyung mendekatkan mukanya pada cuping telinga Mingyu, lalu dia berbisik perlahan.

"Dia makan daging kambing mentah tu, tanpa masak terlebih dahulu. Gila tak pompuan tu?" bisik Taehyung, sempat lagi mengata isteri sendiri gila.

Muka Mingyu berubah hijau, dia memandang Taehyung dengan wajah tidak percaya. Tekaknya tiba-tiba sahaja mual.

"Pompuan gila tu isteri kau juga kan? So, apa jadi lepastu?" soal Mingyu lagi, dengan muka berkerut menahan muntah.

Taehyung mengaru kepalanya dengan senyuman senget.

"Aku tak tau, yang aku tau aku dah pengsan time tu." kata Taehyung selamba. Mingyu hanya menjeling.

"Kau tak tanya kat dia apa-apa ke?"

Kepala Taehyung tergeleng-geleng laju.

"Malas aku tanya. Aku takut dia pergi cerita kat aku pasal kelazatan daging mentah yang dia makan tu, tak pepasal aku muntah pelangi satgi." kata Taehyung dengan muka geli geleman.

Mingyu tergelak terbahak-bahak, dia menepuk perlahan bahu Taehyung.

"Gila. Dah jadi kutilanak pula sepupu aku yang sorang tu. Kutlah anak yang dia kandung tu, spesis alien kut?"

Kepala Mingyu dilempang oleh Taehyung kerana kesal dengan kata-kata celopar Mingyu itu.

"Kau jangan mulut masin sangat, aku senapang kau satgi baru tau." marah Taehyung geram.

Mingyu tersengih-sengih sambil mengaru pipinya.

"Yela. Kau kan perangai macam alien, tak salahkan kalau anak kau teriku.." belum sempat Mingyu habiskan ayat, kepalanya sudah di lempang oleh Taehyung. Terdiam terus si Mingyu sambil mengusap kepalanya.

"Molek sikit eh bahasa kau, tak pepasal anak kau nanti hitam macam kau. Hitam kau, putih isteri kau. Keluar anak kaler tubuh berbelang putih dan hitam. Jadilah kuda belang."

Kini Taehyung pula mengejek Mingyu. Mulut boleh tahan bisanya, terdiam Mingyu dibuatnya. Lelaki itu memandang Taehyung dalam-dalam, seakan tidak berpuas hati.

"Asal pandang aku macam tu? Terasa ke?" ejek Taehyung sinis. Lidah dijelirkan pada Mingyu, buatkan darah Mingyu mendidih naik.

"Kim Taehyung! Sini kau!"

Jeritan Mingyu yang membingitkan telinga, membuatkan para tetamu menoleh ke arah mereka berdua. Mereka semua melihat gelagat spontan si pengantin lelaki bersama kawannya sedang bertempiaran di ruang tengah dewan itu.

Haeyoun dan Ixuna yang berada tidak jauh dari mereka berdua, hanya mampu menekup muka mereka kerana malu melihat kelakuan suami mereka yang macam budak-budak ribena itu.

"Weh suami siapa tu?" soal Haeyoun pada Ixuna.

Ixuna menjongketkan bahunya.

"Entah. Tak kenallah."

******
Tbc. Sorry if chapt ni kurang memuaskan hati korang. Btw, salam ramadhan guys. 🤗

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now