Part 22

1.2K 111 6
                                    

TAEHYUNG mengalihkan pandangan dari TV ke pintu rumah yang dibuka dari luar. Dia mendapati Ixuna yang melangkah masuk kedalam rumah dengan tergesa-gesa.

Gadis itu mengangkat kepala dan pandangan mata mereka bertembung seketika, sebelum Taehyung melarikan pandangan matanya ke arah TV semula.

"Oh oppa dah balik? Sorry, lambat balik. Saya jumpa Mingyu tadi. Oppa dah ma.."

Kata-kata Ixuna terhenti tatkala melihat seorang wanita dalam lingkungan 30-an keluar dari dapur, sambil membawa dua mug ditangan.

"Sayang, I ada buat hot chocolate untuk kita berdua. Nah! Minum lah, I buat dengan penuh kasih sayang tau." kata Jiwoo dengan nada suara manja.

Taehyung yang mendengar, meluak pula rasanya. Namun, dia hanya diam dan tidak menghiraukan wanita itu.

"Akak ni bukan ke, kawan model Taehyung oppa? Akak buat apa kat sini?" Ixuna yang tadinya terdiam, kini buka suara bertanya.

Jiwoo menoleh Ixuna sambil meletakkan mug yang dipegang ke atas meja kopi. Dia memandang Ixuna dengan pandangan angkuhnya.

"Oh, nilah isteri you yang you sorok dari orang luar? Hmm, not bad." ujar Jiwoo dengan nada angkuhnya. Ixuna menggulingkan biji matanya.

"Saya tanya ni, akak buat apa kat sini? Taehyung oppa ke yang bawa akak datang?" soal Ixuna ingin tahu. Dia menjeling Taehyung dengan hujung mata.

"Hmm. Yes. Dia yang bawa I ke sini? Any problem?" kening yang diukir cantik itu, diangkat beberapa kali.

Taehyung mengerling Jiwoo dengan perasaan jengkel. Ada ke patut nama dia pula yang naik? Dia yang datang tanpa diundang, balik tidak berhantar. Hati Taehyung mencebik, muak.

Ixuna hanya mengangguk kepala dengan seadanya.

"Ehem. Sayang, boleh ikut abang ke bilik jap? Come." Taehyung memberikan isyarat mata kepada Ixuna agar mengikutinya.

Ixuna sedikit terpempan dan terkaku bila mendengar panggilan manja keluar dari mulut Taehyung.

"Baik." jawab Ixuna gugup dengan senyuman manis. Pipinya sedikit berbahang.

Taehyung dan Ixuna berlalu pergi meninggalkan Jiwoo diruang tamu sendirian. Wajah wanita itu masam sahaja, bila melihat Taehyung yang manis terhadap isterinya.

"Tch. Patutnya aku yang dipanggil sayang, bukannya budak mentah tu." Jiwoo merungut kesal.

Dia meraih mug yang masih berasap nipis itu, lalu dihirup dengan laju tanpa ditiup dahulu menyebabkan lidahnya melecur dan pedih.

"Auch! Tak guna punya air. Lidah aku sakitlah bodoh!"

•••••

TAEHYUNG dan Ixuna berada di dalam bilik dan berdiri saling berhadapan.

"Kenapa oppa bawa saya kesini? Kesian pula pada akak Jiwoo, duduk sesorang kat bawah." kata Ixuna cuak sambil memandang segenap bilik suaminya itu.

"Kesah pula aku? Lantak dialah. Aku bawa kau ke dalam bilik aku ni, sebab aku nak kau pergi halau minah kat bawah tu berambus dari rumah ni. Kumam yang minah tu bawa daripada mana entah, dah merebak kat dalam rumah aku ni. Dah pergi halau dia, aku nak pergi mandi."

Taehyung mendorong tubuh Ixuna keluar daripada biliknya dan daun pintu bilik ditutup kasar. Ixuna mendengus halus.

"Minta tolong kita, tapi marah kita pula. Memang Kim Taehyung betullah." bebel Ixuna, lalu dia beredar ke tingkat bawah.

Ixuna menuju ke arah Jiwoo yang sedang menikmati hot chocolate sambil menonton cerita Tom and Jerry. Kartun pun layan ke? Dah tua pun layan kartun lagi.

Mahu tergelak Ixuna dibuatnya, bila melihat Jiwoo yang gelak terbahak-bahak. Entah apa yang digelaknya, Ixuna pun tidak tahu. Bagi dia, cerita itu tiada langsung yang melucukan pun.

"Akak Jiwoo."

Jiwo berhenti ketawa, dia berdeham sejenak lalu memandang ke arah Ixuna yang berdiri di tepi sofa.

"Apa?" sahut Jiwoo.

"Akak tak nak balik lagi ke? Hari pun dah hampir senja ni, tak elok anak dara macam akak ni masih berkeliaran kat luar tambahan lagi kat rumah suami orang ni." kata Ixuna tenang berbaur sinis.

Sudut bibir Jiwoo terangkat sedikit. Dia berdiri berhadapan dengan Ixuna.

"Kau sibuk apahal dho? Habistu, kau tu masih dara ke?" bidas Jiwoo sinis.

Ixuna tergelak kecil, hanya dibuat-buat. Dia memandang wajah Jiwoo tajam.

Talam dua muka rupanya minah ni, depan Taehyung kemain lembut gigi daripada lidah. Tapi depan aku, pijak lipas pun tak mampus. Dah tunjuk dah dia punya belang tahi anjing tu. Desis hati Ixuna.

"Akak kisah apa kalau saya masih dara ke tak? Habistu akak ada lagi ke? Ke dah pecah? Lepastu buat-buat dramatis macam kat dalam TV tu, nangis-nangis dan tuduh lelaki tu yang buat walaupun hakikatnya tak? Alasan dan penipuan yang lapuk dah."

Entah kenapa ayat yang dilontarkan Ixuna, mengenai hatinya. Wajahnya berubah pucat.

"Kau! Siap kau nanti!"

Handbagnya yang terdampar di atas sofa diambil, lalu dia merempuh bahu Ixuna kasar sebelum beredar pergi dengan tergesa-gesa.

Ixuna tersenyum senget, sambil mengusap bahunya yang dirempuh oleh Jiwoo.

"Kenapa wajah dia pucat eh tadi? Aku salah cakap ke? Atau memang betul yang aku cakapkan tadi tu?" bisik Ixuna perlahan lalu dia membulatkan matanya. Satu fikiran logik terlintas dimindanya.

"Aku harus pastikan sesuatu dan halangkan benda tu sebelum terjadi. "

******
Tbc

******Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now