Part 23

1.2K 104 8
                                    

MAKANAN yang terhidang diatas meja itu, Taehyung pandang dengan wajah datar. Lantas dia mengerling kearah Ixuna yang duduk dihadapannya. Malam itu isterinya hanya memasak bihun tomyam dan itu adalah makanan kegemarannya.

"Kenapa oppa tengok aje? Makanlah, saya masak makanan favor oppa tau. Oppa tak nak ke? Sedap ni!" kata Ixuna sambil memegang mangkuk bihun tomyam didepan wajah Taehyung.

Lelaki itu berdengus, seraya merampas mangkuk tersebut dengan perlahan. Takut jikalau kuah tomyam yang masih panas itu, tertumpah diatas meja.

Ixuna tersenyum senget lalu mendudukkan dirinya diatas kerusi.

"Jemput makan oppa!" kata Ixuna girang.

Taehyung hanya mendiamkan diri sambil makan dalam keadaan senyap.

"Sedap tak oppa?" soal Ixuna ingin tahu. Dia memandang Taehyung dengan mata berbinar.

Taehyung tidak menyahut namun, dia hanya makan tanpa menghiraukan gadis itu.

Ixuna mencebik apabila lelaki itu, tidak menghiraukan dirinya.

"Senyap tu, maksudnya sedap lah kan? Makan sampai habis ye oppa? Sayang abang Kim Taehyung." kata Ixuna selamba dengan seulas senyuman manis. Ixuna menyambung makan, yang sempat tergendala itu.

Taehyung mengerling Ixuna sekilas, tanpa sedar dia tersenyum nipis.

•••••

Keesokan harinya..

TAEHYUNG tergesa-gesa menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Dia sudah terlambat untuk ke ofis.

"Oppa!" panggilan dari Ixuna, menghentikan langkahnya. Dia berpaling ke arah Ixuna yang menghampiri tempatnya berdiri sambil tangan gadis itu memegang bekas yang sederhana besar.

"Nah! Ni bekal untuk oppa, saya tau oppa dah lambat. So, saya bekalkan untuk oppa. Jangan lupa makan kat ofis ye? Saya buat dengan penuh kasih sayang tu untuk oppa. Makan ok?"

Bekas makanan itu bertukar tangan. Taehyung hanya mendiamkan diri sambil memandang bekas makanan yang berada ditangannya.

"Oppa boleh minta tangan?"

Tanpa banyak soal, Taehyung menyuakan tangannya kepada Ixuna. Gadis itu, meraih tangan Taehyung lalu dia menyalami tangan suaminya itu disertai kucupan ringan. Dengan sedikit keberanian yang ada, dia mendaratkan kucupan dikedua belah pipi suaminya.

Taehyung terkedu menerima kucupan tersebut daripada Ixuna.

"Hati-hati bawa kereta ye. Dan tolong jaga hati, mata dan iman untuk saya ye abang Taehyung." pesan Ixuna sambil tersenyum manis kepada Taehyung, lalu dia beredar ke dapur semula.

Taehyung tersedar. Perasaannya mendadak menjadi tidak tenang.  Entah kenapa, hatinya bagai diketuk oleh sesuatu. Namun, dia menepis semua itu. Mungkin hanya permainan perasaan sahaja.

Taehyung berdecit perlahan, seraya berlalu menuju ke garaj kereta. Dia menghidupkan enjin kereta, lalu bergerak keluar dari perkarangan rumah mereka.

Sekecil apapun perhatian yang diberikan, dapat meruntuhkan ego seseorang sedikit demi sedikit.

Perkataan Mingyu yang pernah diucapkan kepadanya, bermain-main dibenak fikirannya.

Ixuna tersenyum sambil memandang kereta Taehyung, yang sudah menghilang daripada pandangan matanya.

"Sejauh mana pun oppa lari, saya akan dapatkan oppa. Saya akan ikat oppa dengan tali ropia, kasi mati. Biar oppa tak terlepas dan jauh dari saya. Itu janji aku." bisik Ixuna perlahan dengan senyuman manis dibibirnya.


*****
Tbc


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now