Part 9

1.4K 122 2
                                    

TAEHYUNG menenyeh kedua matanya seraya menguap kecil. Dia bangun dari berbaring lalu bersandar di kepala katil.

Taehyung menoleh kesebelahnya, bila berasa dirinya diperhatikan. Terlihat Ixuna sedang menangis sambil merenung wajahnya sayu penuh kepiluan.

"Asal kau nangis? Aku ada buat ap.. Macam mana kau boleh ada kat sini hah?" suara yang pada mulanya datar berubah dingin dan marah. Anak matanya jatuh kebawah, memandang hairan tubuh isterinya yang terdedah dan dilindungi dengan selimut.

Ixuna tunduk, tidak berani bertatap mata dengan suaminya. Dia takut mahu berkata benar dengan apa yang berlaku semalam. Takut jikalau Taehyung tidak percaya akan kata-katanya.

"Kenapa kau tak pakai baju hah? Dan kenapa kau boleh tido kat bilik aku?!" soal Taehyung dengan penuh emosi. Leher gadis itu terus dicekiknya, buatkan Ixuna tersentak.

"Oppa.. Saya tak.. Dapat nak bernafas.." Ixuna merayu agar Taehyung melepaskan cengkaman pada lehernya.

"Baik kau beritahu aku, apa kau buat kat sini?" Taehyung acuh dengan rayuan Ixuna, dia semakin menguatkan cengkamannya pada leher Ixuna.

Nafas Ixuna mula tidak teratur, dia tercungap-cungap mencari oksigen dan berusaha meleraikan tangan Taehyung.

"Oppa sakit.. Apa oppa tak ingat apa yang berlaku semalam?" kata Ixuna dalam keadaan termengah-mengah.  Pipinya sudah basah oleh air mata. Merenung mata Taehyung, meminta belas kasihan agar melepaskan dirinya.

Mendengar perkataan semalam, dengan tidak langsung otaknya terus berputar untuk mengingat kejadian semalam. Bagaikan tayangan wayang,  kejadian semalam bermain didepan matanya.

Perlahan-lahan genggaman Taehyung pada leher Ixuna, mula melonggar. Ixuna bernafas lega, lehernya yang berasa sakit dengan perbuatan Taehyung seketika tadi dielus perlahan.

"Tak mungkin.." mata Taehyung membulat, dia memandang Ixuna dengan pandangan mata seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku semalam.

"Oppa.."

"Keluar!"

Terkejut Ixuna dibuatnya, bila disergah tiba-tiba oleh Taehyung. Dia pandang mata Taehyung yang mula menggelap dan tajam menikam wajahnya. Dia telan liur.

"Oppa sa.."

"Aku kata keluar! Keluar lah pompuan tak guna!" jerit Taehyung sekali lagi. Wajahnya merah menahan amarah yang mahu meletup.

Tidak menunggu lama, Ixuna mengapai bajunya yang berselerak dilantai bilik lalu dia memakainya ketubuh. Taehyung hanya mampu berdiam diri sambil merenung Ixuna tajam.

Taehyung dikerlingnya sekilas sebelum dia beranjak turun dari katil dan beredar keluar dari bilik Taehyung dengan pelbagai perasaan yang dia rasa.

Selepas perginya Ixuna, Taehyung cuba untuk tenangkan diri.

"Tak guna, bodoh!" gumam Taehyung geram.

"Kalau dia mengandung macam mana? Oh tak guna!" Taehyung menggeram kesal. Tilam disebelahnya, ditumpuk kasar. Rambutnya yang berjutai didahi, dikuak kasar.

****
Tbc


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now