Part 80

747 52 3
                                    

DIA menyuakan tangan kepada Taehyung dengan senyuman teramat manis, buatkan Taehyung mengerling Jungkook yang duduk disebelahnya dengan muka berkerut hairan.

"Apa?" soal Taehyung, sambil memandang Jungkook aneh.

"Nak duit raya boleh?" kata Jungkook selamba, dia tersengih-sengih.

Taehyung mengerling tangan Jungkook yang masih terjulur padanya, dengan muka tidak berperasaan Taehyung menepis tangan Jungkook.

"Tak boleh." bantah Taehyung kesal, dia mencapai balang biskut raya. Sekeping biskut tart nenas dikunyah kasar, sekadar untuk melepaskan rasa kesalnya.

Senyuman Jungkook luntur, diganti pula dengan muka cemberut.

"Asal pula tak boleh? Bolehlah hyung.." pujuk Jungkook sambil membuat muka kasihan.

Namun Taehyung tetap teguh pada pendiriannya. Kepalanya tergeleng laju.

"Oh no, no, no. Kau kan dah kerja, asal minta duit raya lagi?"

"Alah! Yang tu lain kiralah hyung. Bolehlah hyung, bolehlah. Hmm?"

Jungkook menggenggam tangan didepan dada, muka di buat secomel mungkin. Bibir dijuih kebawah, dengan mata membulat yang dikedip-kedip perlahan.

Taehyung hanya mendiamkan diri sambil memandang Jungkook datar.

"Kau ingat aku terpedaya dengan muka hodoh kau tu? Jangan harap!" bidas Taehyung datar dengan muka tidak berperasaan.

Jungkook mendengus kasar, raut wajahnya berubah masam mencuka.

"Kedekut!" jerit Jungkook kesal.

Ixuna yang sedari tadi menonton gelagat mereka berdua, hanya mampu menahan gelak. Dia tersenyum kecil dengan kepala digeleng perlahan.

Taehyung simpan senyuman yang hendak terukir dibibir, apabila melihat wajah Jungkook yang kelat itu. Taehyung mengusap kepala Jungkook kasar, buatkan Jungkook menjerit kesal.

"Apa ni! Hyung na.." Kata-kata Jungkook terputus, tatkala Taehyung menghulurkan sepucuk sampul duit raya kepadanya. Wajah yang tadinya sempat kelat, terus bertukar menjadi cerah.

"Nah! Macam budak-budak aje kau ni,  tu pun nak merajuk." kata Taehyung bersahaja sambil tergelak kecil melihat wajah Jungkook yang berubah-ubah itu.

Sampul duit raya, bertukar tangan. Bibir Jungkook tergulas senyuman lebar, dia melompat kecil.

"Thanks hyung! You're the best!" Jungkook mengajukan ibu jarinya pada Taehyung.

Taehyung hanya tersenyum sahaja sambil melagakan ibu jarinya pada jari Jungkook. Tidak lama kemudian, gelak mereka berdua bersatu.

"Most welcome kookie."

•••••

IXUNA tersenyum bahagia sambil memandang Taehyung yang sedang mengusap perutnya, kadang-kala lelaki itu akan bercakap dengan perutnya seakan sedang berkomunikasi dengan anaknya.

"Sudah 4 bulan lebih, tinggal lagi beberapa bulan lagi baby nak lahir. Mesti dia tak sabar nak tengok dunia kan?" kata Taehyung sambil mendongakkan kepala memandang ke arah isterinya.

Ixuna hanya menganggukkan kepala dengan senyuman manis. Tangannya terangkat untuk mengusap rambut Taehyung yang berwarna biru laut itu.

"Ya. Mesti abang pun tak sabarkan nak tengok baby kita?" kata Ixuna.

Taehyung menganggukkan dengan senyuman lebar.

"Abang tak sabar nak tunggu baby kita keluar."

Mendengarkan itu, buatkan Ixuna tersenyum haru. Tambahan lagi, suaminya sudah membahasakan dirinya sendiri sebagai 'abang'.

"Abang?"

"Apa?"

"Tak ada apa. Cuma, baguslah abang dah boleh bahasakan diri abang tu 'abang'. Sayang terharu tau."

Taehyung hanya tersenyum sahaja, perut membonyot isterinya dia cium sekilas.

"Sayang.." panggilan yang meleret daripada Taehyung buatkan bulu roma Ixuna meremang, ditambah lagi dengan wajah Taehyung yang kelihatan aneh itu.

"Apa?"

"Sayang lepas baby ni keluar, nak kita buat adik untuk dia pula?" kata Taehyung dengan senyuman nakal. Tidak lama kemudian, kepala Taehyung dicium oleh bantal yang dilempar Ixuna.

"Woi gatal!" jerit Ixuna dengan wajah berona merah. Tidak terfikir dek akal olehnya dengan perangai Taehyung pada malam itu. Miang.

"Alah! Tak payah nak terkejut sangat lah. Abang tau yang sayang nak juga kan? Malu tapi mahu, elah!" kata Taehyung datar dengan bibir tercebik kecil.

"Hei! Mana adalah. Saya.. Sayang.."

"Saya sayang? Sayang siapa? Sayang Kim Taehyung ke? Wah! Terima kasih banyak-banyak. Kim Taehyung pun sayangkan dan cintakan Ixuna Kim."

Mendengarkan ayat Taehyung yang terlampau manis itu, buatkan wajah Ixuna makin memerah parah.

"Alah, muka sayang merahlah. Sayang malu ya? Meh sini abang.." Kata-kata Taehyung terputus apabila bibirnya dicium oleh Ixuna. Dia memandang Ixuna dengan pandangan kaget.

"Kim Taehyung nakal! Jangan buat sayang malulah!" rengek Ixuna sambil mencubit pipi suaminya geram.

Taehyung hanya tersenyum suka, dia menyatukan dahinya pada Ixuna. Mereka berdua bermain mata.

"Kim Taehyung hanya nakal bersama dengan mak buyung yang bernama Ixuna Kim. Kim Taehyung akan tunjuk kat Ixuna Kim, siapa Kim Taehyung yang sebenarnya."

Taehyung mengenyitkan matanya pada Ixuna, sambil tersenyum manis bak gula melaka. Dia memandang tepat ke anak mata isterinya, bibir tipis Ixuna dia cium lama. Tanpa melepaskan ciuman tersebut, dia merebahkan tubuh Ixuna dengan perlahan sehingga mereka berdua terbaring di atas katil. 

Taehyung melepaskan ciuman tersebut, dia memandang Ixuna di bawahnya lantas dia menjatuhkan tubuhnya di sebelah Ixuna lalu dia memeluk isterinya.

"Goodnight my wife and my future baby, sweet dream."

Ixuna tersenyum. "Goodnight too my beloved husband and my future daddy."

*****
Tbc.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now