Part 66

825 66 2
                                    

Beberapa minggu kemudian...

TAEHYUNG terduduk di wakaf, raut wajahnya memaparkan keletihan. Dia menggelap peluh yang merintik didahi, dengan menggunakan hujung lengan bajunya.

Mingyu tersengih melihat keadaan kawannya itu, dia melabuhkan punggungnya di sebelah Taehyung.

"Kau ni, baru dua kali round dah penat. Macam mana nak sihat? Tu baru round kat depan rumah, pusing-pusing kat halaman rumah. Kalau aku ajak kau round kat Sungai Han macam mana? Sanggup?"

Taehyung menjeling ke arah Mingyu tajam.

"Kau tau kan, kaki aku ni cepat sangat kebas dan kram. Ni pun dah rasa macam nak tercabut lutut aku. Tolonglah faham aku yang baru nak sembuh dari kecacatan aku ni. Kau tau apa? Tau merungut aje."

Taehyung berjeda seketika, kerana nafasnya yang masih belum teratur itu.

"Sabar ajelah, nak ajar orang cacat macam aku ni kenalah ada kesabaran ekstra. Kau yang nak sangat kan, tolong aku untuk sembuhkan? So salah siapa kat sini?"

Mingyu menggulingkan bebola matanya ke atas, apabila mendengar kata-kata ceramah daripada Taehyung pada petang hari itu.

"Yelah. Aku yang salah kat sini. Puas hati?"

"Tak!"

Kepala Taehyung diluku oleh Mingyu kerana kesal. Dia merenung Taehyung jengkel.

"Kau pehal, nak cuit-cuit kepala comel aku pula. Aku tampo kang, baru tau." mulut Taehyung mengeluarkan rengusan.

Mingyu menarik rambut Taehyung perlahan, dia merenung rambut Taehyung yang sudah berubah warna daripada blonde kepada biru laut.

Sejak Ixuna pergi ke Jeju, tiga hari selepas itu Taehyung meminta pada Mingyu untuk membawanya ke salon. Entah kenapa, Taehyung ingin merubah warna rambutnya. Mingyu pun tidak tahu kenapa, lelaki itu tidak pula memberitahunya.

"Kepala kau yang macam gula-gula kapas kaler biru, kau kata comel? Tsk! Comel lagi, cicak kubeng." terus kepala Mingyu dilempang oleh Taehyung.

"Kepala hotak kau! Apa kena mengena kepala aku dengan cicak kobeng ha?" marah Taehyung.

Mingyu mengusap kepalanya, sambil tersengih-sengih.

"Hehe. Relax lah, aku gurau aje. Kau ni, baran kau tu cuba kawal sikit eh. Macam mana Xuna nak pilih kau, kalau kau asyik nak melenting aje kerjanya."

Taehyung terdiam, sedikit tersentap dengan kata-kata yang keluar dari mulut Mingyu itu. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Dalam diam dia mengakui yang kata-kata Mingyu itu, ada betulnya juga.

Melihat Taehyung yang tiba-tiba mendiamkan diri, Mingyu mengerutkan dahinya.

"Aku ada salah cakap ke?" gumam Mingyu perlahan.

"Tae kau okey?" tegur Mingyu sambil menepuk perlahan bahu lelaki itu.

Taehyung tersedar dari lamunan pendeknya, dia menoleh ke arah Mingyu.

"Okey. Tapi, yang kau kata tadi tu memang ada betulnya juga. Macam mana Xuna nak pilih aku nanti, dahlah aku ni kan jenis cepat nak melenting aje tak bertempat. Ixuna dapat bertahan ke hidup dengan orang baran macam aku ni? Mesti tak kan?"

Mingyu yang mendengar luahan hati Taehyung itu, seakan tersedar. Dia mengertap bibir sambil menepuk-nepuk perlahan bibirnya.

"Kau ni mulut, asal pergi cakap macam tu." rungut Mingyu perlahan. Dia mengerling Taehyung dengan hujung mata.

"Sorry Tae, aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau. Aku tak sengaja cakap macam tu. Janganlah sedih, nanti aku belanja aiskrim nak?" kata Mingyu.

Taehyung mendengus. "Kau ingat aku ni budak kecil ke? Pujuk pakai aiskrim?"

Mingyu tergelak kecil.

"Betul jugakan. Kau kan dah besar gajah, tak kan lah nak pujuk dengan aiskrim kan? Habistu aku nak pujuk kau pakai apa? Ha, aku tau dengan tapak kaki aku nak?" kata Mingyu dengan berjenaka.

"Kau yang aku tapakkan nanti, baru tau." bidas Taehyung datar.

"Wah main kasar."

"Kau yang start dulu kan. So, salah siapa? Kau kan?"

Mingyu menggulingkan bebola matanya, tangan pula diletakkan ke atas bahunya.

"Whatever."

Tidak lama kemudian, gelak mereka berdua bersatu.

"Dah jom, teman aku bersenam. Aku dah tak sabar nak boleh jalan macam dulu, dah lama aku tak masuk ofis. Mesti dah bertimbul kerja kat ofis tu." 

Mingyu menganggukkan kepala sambil melihat Taehyung yang berjalan dengan langkah perlahan dihadapannya, sesekali dia akan tergelak apabila melihat Taehyung jatuh ataupun tersungkur kerana tidak dapat mengimbangi tubuhnya.

"Woi Mingyu! Suka betul kau gelakkan aku kan? Siap kau nanti, aku nak bakar kau punya spender Hello Kitty kau tu."

"Woi janganlah! Aku gurau ajelah. Jangan kau bakar spender favort aku tu, kau tau tak tu adalah hadiah dari mak aku. Harga dia tak ternilai okey, meski spender Hello Kitty pun. Tolong hargai apa yang orang tersayang bagi pada kita."

Taehyung terdiam buat seketika lalu dia ukirkan senyuman nipis. Kata-kata Mingyu yang barusan, menghantarkan makna yang amat mendalam padanya.

Dia sedar sejak kematian Mak cik Lee, pengasuhnya yang amat dia sayangi itu. Dia sudah tidak menghargai apa yang orang bagi padanya, seolah benda itu tidak begitu bernilai untuknya.

"Tae kau menungkan apa tu? Cepatlah!"

Jeritan Mingyu menyedarkan Taehyung, dia tersenyum kecil seraya menganggukkan kepala.

"Okey."

******
Tbc.


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now