Part 96

876 40 0
                                    

Beberapa minggu kemudian..

KENING Jungkook terangkat sebelah, apabila melihat sepucuk surat yang Cumi letakkan di atas mejanya itu. Dia mendongakkan kepala, memandang wajah Cumi hairan.

"Surat apa ni?" Jungkook bertanya, kerutan didahinya makin bertambah apabila melihat senyuman Cumi yang tampak lain macam itu.

"Aku tak boleh cakap tu surat apa, tapi kau kena baca kalau kau nak tahu. Okeylah, aku chau dulu. Bye bos kesayangan Cumi." kata Cumi selamba, lantas dia beredar keluar dari bilik kerja Jungkook.

"Dasar Cumi goreng."

Jungkook hanya menggulingkan bebola matanya, sejurus itu dia menggapai surat tersebut.

Jungkook memandang kosong dan datar ke arah surat tersebut. Sebelas patah perkataan sahaja yang tertulis di atas permukaan kertas tersebut, yang buat dia mahu muntah adalah perkataan yang terakhir.

Jumpa aku dipantai malam ni!

Dari Jeong Cumi goreng yang comel.
(●'з')♡

"Apa masalah dia ni? Nak cari gaduh dengan aku ke apa?" monolog Jungkook seorang diri. Kertas tersebut diletak ke dalam laci. Dia kembali menyambung kerjanya yang sempat tertunda seketika tadi.

"Kenapa eh, dia ajak aku jumpa malam ni? Dahlah tak cakap pukul berapa nak jumpa. Minah sengal tu!" omel Jungkook kesal. Pen yang tidak bersalah menjadi mangsa gigitan gigi arnabnya. Melepaskan rasa kesalnya pada pen tersebut.

•••••

PADA malam itu, sekitar jam 8 malam Jungkook tiba di sebuah pantai yang di beri nama Omelet. Pelik tapi unik nama pantai itu.

Angin bayu malam menerpa ke permukaan wajah Jungkook, sehingga membuatkan mata Jungkook terpejam sekadar untuk menikmati terpaan angin yang berhembus lembut ke wajahnya itu. Tenang dan damai sahaja.

Satu tepukan kecil dibahunya, mengalihkan dunia Jungkook yang sibuk menikmati suasana pada malam itu. Mata Jungkook terbuka perlahan lantas dia berpaling ke arah orang yang sudah mengganggu kesenangannya itu.

"Jeon Jungkook." panggilnya dengan senyuman manis merekah di bibirnya. Jungkook membalas senyuman daripada gadis dihadapannya itu.

"Oh Jeong Cumi, hm kenapa kau ajak aku berjumpa kat pantai ni?" tanpa basa basi, Jungkook terus bertanya.

Senyuman Cumi luntur sedikit, namun dia ukirkan senyum kecil.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak, Jeon Jungkook."

Kening Jungkook terangkat, hairan dengan bahasa yang agak sopan santun daripada Cumi itu. Tidak pernah pula, gadis itu mahu bersopan santun dengannya.

Namun malam ini, gadis dihadapannya itu nampak lain daripada yang lain. Dari segi pakaiannya juga turut berubah, gadis itu sudah tidak berpakaian seperti lelaki melainkan berpakaian perempuan.

Cumi nampak comel dan manis apabila mengenakan dress putih selutut dan rambutnya yang selalu diikat tocang kini dilepaskan sehingga tergurai indah, apatah lagi bila diterpa angin malam. Jungkook terpaku dengan berubah Cumi pada malam itu, seperti ada udang dibalik batu sahaja gadis dihadapannya ini.

"Bincang apa? Dan, kenapa kau berpakaian macam ni? Kau kena sampuk dengan jembalang ye?" Jungkook membidas selamba.

Cumi hanya tersenyum sahaja, dia sudah masak dengan perangai Jungkook yang kekanakan itu.

"Okey abaikan apa yang aku cakapkan tadi. So, kau nak bincang pasal apa dengan aku?" Jungkook kembali bersuara apabila mendapati Cumi hanya diam sambil memandang ke arahnya, sampaikan Jungkook naik segan dibuatnya.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now