Part 35

1K 93 4
                                    

Tok! Tok!

"MASUK."

Pintu pejabatnya, dikuak dari luar. Wajah serba salah PAnya terpampang diruangan matanya. Kening Taehyung terangkat sebelah.

"Ada apa Jeonhoon?" Taehyung bertanya tegas.

Jeonhoon menapak ke arah Taehyung,  dia memandang bosnya dengan perasaan cuak.

"Saya ada benda nak kasi tau bos,  yang Tuan Kim ada call saya tadi. Dia minta bos balik. Katanya ada hal penting nak bincang." kata Jeonhoon.

"Call kau? Kenapa dia tak call aku aje terus? Dan balik? Balik mana, Daegu?" mendatar sahaja suara Taehyung, tubuhnya dipeluk. Dia pandang PAnya tajam.

"Sebenarnya, Tuan Kim dah call bos. Tapi bos tak angkat, so dia call lah saya." terang Jeonhoon.

Taehyung mengerling telefonnya yang terdampar ditepi laptop. Seketika kemudian, dia teringat akan telefonnya yang berada dalam mode silent.

Taehyung melirik ke arah Jeonhoon.

"Kau boleh keluar sekarang, aku akan balik maybe tak kan datang ofis semula. So, kau tolong jagakan ofis ni okay? Any problem just call me okay, I told you."

Jeonhoon menganggukkan kepalanya faham. "Baik bos!"

Setelah itu, Jeonhoon membongkokkan tubuhnya sedikit kepada Taehyung lantas dia beredar keluar dari bilik itu.

Taehyung berdecit perlahan sejurus bangun dari kerusi. Laptop ditutup tanpa dimatikan dahulu. Kot berwarna putih yang tersangkut pada badan kerusi, dia ambil dan disarungkan ketubuhnya.

Telefon bimbit dan kunci kereta, dimasukkan ke dalam poket seluar. Langkah diambil, dia keluar daripada biliknya.

•••••

DAUN pintu rumah ditolak perlahan, apabila pintu terbuka luas. Satu tamparan yang hangat menyentuh pipinya, buatkan kepala Taehyung terpaling ke kiri dengan wajah terkejut bila ditampar secara tiba-tiba.

"Menantu tak guna!"

Taehyung mengangkat muka dan memandang ibu mertuanya. Pipinya yang berdenyut itu, tidak dia hiraukan.

"Kenapa omma Han tampar saya?" Taehyung bertanya dengan suara perlahan, wajahnya datar dan dingin.

Puan Han tidak menjawab keatas pertanyaan Taehyung, dia menarik kolar kot Taehyung dan membawa lelaki yang bergelar menantunya itu ke ruang tamu.

Mata Taehyung mengerling, ahli keluarganya yang berada diruang tamu.

Taehyung menjatuhkan pandangan matanya ke arah seseorang wanita yang amat dia kenali. Lee Jiwoo, gadis itu sedang bersimpul dilantai sambil memandang ke arahnya dengan wajah sayu.

"Drama apa pulak kali ni?" Taehyung bertanya sinis. Sedikit pun tidak, mengambil peduli dengan suasana yang agak menegangkan itu.

Tuan Kim mendekati Taehyung, kertas bersaiz A4 yang sedari tadi berada digenggamannya itu, dia campak kepada Taehyung.

Taehyung menangkap kertas tersebut, dia jongetkan kening kepada Tuan Kim.

"Surat apa ni? Surat kontrak ke?" soal Taehyung selamba sambil membelek-belek kertas tersebut.

"Tengok dan baca, lepastu terangkan kat kitorang hal yang sebenarnya." cela Tuan Han mendatar.

"Tch. Okay." Taehyung dengan malasnya, membuka lipatan kertas A4 itu. Dia membaca isi kandungan yang terpampang diatas permukaan kertas tersebut.

"So?" Taehyung mendongakkan kepala, memandang mereka berlima dan matanya dipakukan pada wajah Jiwoo dengan senyuman senget.

Puan Han mengetapkan bibirnya geram, dengan sikap acuh tak acuh menantunya itu. Puan Han menyinsingkan lengan bajunya, lantas dia melangkah menerpa Taehyung. 

Satu tumbukan hinggap dipipi Taehyung, buatkan lelaki berusia dua puluh lima tahun itu terdorong beberapa langkah.

"Biadap punya menantu, kamu dah mula tunjuk belang hantu kamu tu ye?" masih belum berpuas hati, Puan Han menumbuk perut Taehyung kasar.

Ingatkan Taehyung untuk berhati-hati dengan Puan Han, kerana ibu mertuanya itu seorang pemegang tali pinggang hitam dalam ahli bela diri.

Ternganga mulut Puan Kim, Tuan Kim dan Jiwoo kerana melihat aksi ganas daripada Puan Han.

Manakala Tuan Han hanya mampu menyembunyikan senyuman yang hendak terlakar, melihat isterinya yang ganas macam singa itu.

Taehyung berdecit geram, namun dia hanya mendiamkan diri sambil memegang perutnya yang berasa pedih kerana dibelasah Puan Han. Dia memandang ibu mertuanya.

"Sekarang jelaskan apa maksud surat tu! Betul ke yang pompuan kurang siuman tu, mengandungkan anak kamu? Kalau kamu tak jujur, kamu akan hilang sesuatu yang paling berharga."

Puan Han memandang Taehyung, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Senyuman sinis terlakar dibibirnya, tatkala melihat wajah terkesima menantunya.

Taehyung menghala matanya ke arah Jiwoo tajam, kedua belah bibirnya mengeluarkan rengusan sinis.

"Tch! Dramatis betul. Kau try tiru taktik kat dalam drama TV ke apa ni? Kau tau tak taktik kau tu dah lapuk?" bidas Taehyung sinis. Bibirnya diherotkan, bila mendapati wajah Jiwoo yang berubah riak itu.

"Bila masa pula I tipu? You lupa ke, kita pernah tidur sekatil time you mabuk tu? Ke you nak berdalih dengan apa yang you dah buat kat I?"

Berdesing telinga Taehyung, mendengar suara Jiwoo yang berpura-pura sayu itu.

"Tido sekatil? Betul ke Tae, yang kamu pernah tido dengan pompuan sundal ni selain Ixuna, menantu omma tu? Kalau betul, kau memang tempah kapaklah jawabnya. Omma sunat kau dengan kapak nanti."

Tuan Kim dan Tuan Han telan liur bila mendengar kata-kata kejam daripada Puan Kim. Sementara itu, Puan Han tersenyum senget.

"Boleh juga tu, aku pun rasa nak kapak budak ni." cantas Puan Han mendatar.

Wajah Jiwoo sudah pucat, bila melihat kelakuan bakal mertuanya. Jikalau benda itu terjadi.

Taehyung menggulingkan biji matanya, seolah tidak berasa gerun mahupun takut dengan ancaman daripada mereka berdua.

"Omma!"

Semua yang berada diruang tamu itu, berpaling ke arah suara tersebut. Jiwoo tersenyum senget bila mendapati Ixuna yang berdiri dimuka pintu rumah, disebelah gadis itu terdapat tiga orang lelaki dan salah seorang daripada mereka bertiga adalah orang yang dia kenal.

Jiwoo mula mengelabah, dia berdiri sambil memandang lelaki yang berkot putih itu. Dia perasan yang lelaki itu tersenyum sinis kearahnya.

******
Tbc

******Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now