Part 26

1.2K 105 1
                                    

TANGAN Ixuna digenggam perlahan. Matanya menikam wajah pucat isterinya yang terlena itu.

"Tae, kami balik dulu ye. Besok pagi kami datang melawat Xuna. Any problem, just call us okay?" kata Tuan Han.

Taehyung hanya mendiamkan diri, matanya tidak sedikit pun berkalih daripada memandang wajah Ixuna.

"Baju kamu dengan Xuna, nanti appa dan omma bawakan besok ok? Tolong jagakan dan tengokkan Ixuna baik-baik ye, but take care yourself too dear." kini Tuan Kim pula bersuara. Dia menepuk perlahan bahu anak lelaki tunggalnya itu.

"Kalau terjadi apa-apa kat Xuna, kamu yang omma salahkan." ugut Puan Han seraya menolak perlahan bahu Taehyung, lantas dia beredar keluar dari wad tersebut.

Tuan Kim dan Puan Kim hanya tersenyum canggung, bila melihat amarah besannya yang masih belum reda itu.

"Nampaknya, Halla masih marahkan Taehyung. Kami minta maaf ya?" Tuan Kim bersuara dengan nada kendur.

Tuan Han menggelengkan kepala sambil tersenyum nipis.

"Korang janganlah risau, dia memang macam tu. Nanti membaiklah tu dia punya marah. Don't worry okay?"

"Kami cuma.."

"Dahlah. Jom balik, bagi diorang ruang untuk berdua. Jom!" kata Tuan Han seraya menolak tubuh besannya untuk keluar dari wad tersebut.

"Kami balik dulu Tae!"

Taehyung mengerling kearah mereka bertiga sehinggalah kelibat mereka menghilang disebalik pintu wad. Dia mengeluh lemah, rambut Ixuna dibelainya dengan lembut.

"Maafkan aku." bisik Taehyung dengan penuh penyesalan. Tangan Ixuna dikucup lembut, dengan pandangan matanya setia menatap wajah gadis itu.

Taehyung melentokkan kepalanya dibirai katil sambil memandang Ixuna. Genggaman pada tangan isterinya, tidak sedikit pun dia lepaskan malah dia mengeratkan lagi.

"Maafkan aku. Maafkan aku."

Perkataan maaf keluar dari mulut Taehyung, berulang kali. Berharap yang Ixuna, mendengarkan permintaan maaf daripadanya.

Semakin lama, semakin sayup suara Taehyung. Lelaki itu terlena dengan mulut bergumam perlahan. Setitis air jernih, mengalir ditubir matanya.

Ixuna mencelikkan matanya, dia berpaling ke arah Taehyung. Dia tersenyum nipis. Tangannya terangkat, rambut blonde suaminya dielus perlahan.

"Saya dah lama maafkan awak oppa. Saya tau awak tak sengaja tolak saya. Saya bersyukur yang kandungan saya baik-baik saja. Dan saya harap juga, yang oppa gembira dengan berita ini." bisik Ixuna perlahan.

Sebelum dia terlena kembali, Ixuna mencium ubun-ubun suaminya itu.

"Goodnight abang."

•••••

"BEST? Best tak tidur kat hospital ni?" 

Taehyung dan Ixuna menjeling ke arah Mingyu yang tersengih kambing itu.

"Best sangat Mingming. Rasa nak muntah balik, sup sayur tawar yang nurse bagi tadi." Ixuna membidas. Geram kerana diejek oleh sepupunya itu.

"Kau memang nak rasa masuk hospital juga ke? Aku boleh je tolong masukkan kau kat hospital ni, tapi bukan setakat hospital ni yang aku masukkan kau tapi kedalam kubur terus. Menyemak aje." sinis dan pedas kata-kata Taehyung untuk Mingyu.

Lelaki itu tersengih-sengih. "Ish korang ni. Memang tak boleh nak bawa berguraulah. Annoyed okay?"

"Tsk!" Taehyung dan Ixuna berdecit halus.

Taehyung mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya, lalu dia menghulurkan kepada Mingyu.

"Benda tu?" soal Mingyu bingung, seraya menyambut huluran tersebut. Dia merenung sebiji pil ubat yang berada ditelapak tangannya itu.  Pil tersebut berwarna kuning dan kecil.

"Tu ubat vitamin. Aku kasi kau tu, agar otak kau boleh berhubungan dengan baik. Ni tak, macam langau punya otak aje." perli Taehyung.

Ixuna hanya tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua.

Wajah Mingyu berubah datar. Dia merenung Taehyung tajam.

"Kau pernah tengok otak langau ke? Sedap betul kutuk aku. Memang cari nahaslah." kata Mingyu datar.

"Kau bukan langau ke?"

"Yah Kim Taehyung!"

Muka cemberut Mingyu, mencetuskan tawa daripada Taehyung.

Mingyu terkaku, tatkala mendengar suara gelak Taehyung yang sudah sekian lama dia tidak dengar.

"Tae?"

Taehyung berhenti daripada gelak, dia memandang Mingyu dengan seulas senyuman manis. Mingyu dan Ixuna terkedu melihat senyuman yang amat manis terhias diwajah lelaki itu.

"Ya?"

"Argh!! Kim Taehyung aku dah kembali setelah sekian lamanya!"

Mingyu memeluk tubuh Taehyung erat dengan wajah dibasahi air mata dan hingus meleleh.

"Woi! Apa ni! Lepaskan aku, jijik gila kau punya hingus. Lepaskan aku!"

Taehyung mula memberontak di dalam pelukan Mingyu, namun Mingyu makin mengeratkan lagi pelukan tersebut seraya mengesat hingusnya dibaju Taehyung.

"Woi Mingyu! Hingus kau tu! Tak guna kau!" marah Taehyung. Mingyu hanya tergelak, dia tidak sedikit pun memberikan peluang kepada Taehyung untuk melepaskan diri.

Ixuna hanya tersenyum dengan kepala tergeleng-geleng melihat telatah kedua lelaki yang dia sayang itu.


*****
Tbc

Maaf if chapt ni kurang memuaskan hati readers. Btw hope you like it. 😊


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now