Part 57

900 76 0
                                    

HELAAN nafas lega terlepas dari mulut Ixuna, tatkala masalah di antara dia, Taehyung dan Jiwoo sudah selesai.

Lee Jiwoo tidak di jatuhkan hukuman mati di atas percubaan membunuh yang pernah dia lakukan, melainkan dia di masukkan ke dalam hospital sakit jiwa kerana doktor telah mengesahkan yang wanita itu mempunyai masalah mental dan obses yang berlebihan.

Berita tentang Lee Jiwoo model popular itu, sudah tersebar luas di serata dunia. Ada yang tidak percaya akan perbuatan wanita itu dan ada juga yang kecam habis-habisan pada wanita itu.

Keluarga kepada Lee Jiwoo, telah pergi meninggalkan negara Korea kerana tidak dapat menanggung malu di atas pembuatan anak mereka.

"Akak!"

Ixuna yang sedang mengkhayal, terus pudar apabila Jungkook menepuk bahunya. Dia berpaling ke arah Jungkook, senyuman manis diberikan pada lelaki itu.

"Kenapa? Abang Taehyung kacau kookie lagi ke?" soal Ixuna, sudah boleh hafal perangai Jungkook yang suka mengadu akan Taehyung yang suka membulinya.

Kepala Jungkook tergeleng, kening Ixuna terangkat sebelah.

"Habistu?"

"Suami akak tu, buat hal betullah dia. Baru aje satu pusingan kitorang berjalan sekeliling halaman rumah. Tapi dah nak rehat. Macam mana dia nak sembuh daripada lumpuh dia tu, kalau buat terapi pun main-main."

Ixuna hanya menadah telinga sahaja, apabila Jungkook sudah membuka kaunter bebelannya. Tak apa nanti dia penat berceloteh, dia diamlah tu. Anak Jeon memang macam itu.

"Akak dengar tak, apa kookie cakap ni?" mendatar sahaja suara Jungkook. Dahinya bertaut dengan wajah cemberut. Kesal.

"Akak dengarlah. Tengok ni! Telinga akak tercapang luas nak dengar suara kookie punya pasal." kata Ixuna berjenaka.

Jungkook merenung wajah Ixuna datar, seakan lawak gadis itu tidak menggeletek hatinya untuk sekadang tertawa. Ixuna tersenyum canggung sambil mengaru pipinya.

"Ingat lucukah? Tah mana lawaknya." sindir Jungkook.

Ixuna menjeling tajam, pipi Jungkook dijadikan mangsa tarikan Ixuna buatkan si anak Jeon itu terjerit kecil.

"Awaa! Sakitlah woi!"

"Haha. Padan muka!"

Acara gurau senda di antara mereka berdua, terganggu seketika dengan suara muntah daripada seseorang.

Mereka berdua berlari ke arah Taehyung tatkala mendapati lelaki itu sedang muntah di dalam tong sampah yang berada di tepi wakaf.

"Abang kenapa? Okey tak ni? Macam mana boleh muntah bagai ni?" Ixuna bertanya risau sambil mengusap belakang tubuh Taehyung.

"Hyung kau.. Mengalami morning sickness ke?"

Kata-kata yang agak spontan keluar dari mulut Jungkook, buatkan mata Taehyung membulat lebar. Dia merenung Jungkook tajam, sehinggakan lelaki itu berlari ke belakang tubuh Ixuna, bersembunyi dibalik tubuh kecil gadis itu.

"Mulut kau, memang nak kena cili betul kan? Kau ingat aku ni mengandung ke apa?" herdik Taehyung. Panas barannya sudah kembali pada dirinya.

"Hehe. Hyung jangan salah faham. I mean, ha akak dapat morning sickness berapa kali baru? Setahu kookie lah, kookie takda pula nampak akak muntah-muntah?"

"Takkan lah nak muntah pun, kena tunjuk depan muka kau." bidas Taehyung yang masih berang.

Jungkook tersenyum geram, menahan diri daripada meluku kepala Taehyung itu. Biar kasi betul sikit.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now