Part 47

866 70 6
                                    

TAJAM anak mata Ixuna memerhatikan seorang demi seorang, rakan sekerjanya yang sudah tiba ke taska. Semua sudah datang, tapi ada seorang sahaja yang belum munculkan diri.

"Mana Yoongi? Apa dia tak datang kerja harini?" monolog Ixuna. Entah mengapa hatinya rasa gelisah.

"Oit! Cikgu Ixuna, tak nak masuk ke? Kelas kejap lagi nak mula ni, bebudak semua sudah masuk." tegur Jinyoung, dahinya berkerut apabila melihat  wajah gelisah Ixuna itu.

Ixuna tersentak, lantas dia tersenyum tipis. Kepala diangguk kecil.

"Baiklah. Nanti saya masuk." jawab Ixuna. Jinyoung hanya menganggukkan kepala dan dia berlalu masuk ke dalam taska.

Ixuna memandang sekeliling taska buat kali terakhir, sebelum dia berlalu ke dalam taska. Keluhan keluar dari mulut Ixuna.

•••••

YOONGI berdiri dihadapan tingkap dan merenung Ixuna yang sedang bergurau senda dengan murid-muridnya. Yoongi sedikit terkejut apabila Ixuna memandang ke arahnya, mata mereka bertaut buat seketika.

Ixuna tersenyum pada Yoongi, namun lelaki itu hanya membalas dengan senyuman yang terasa hambar. Mungkin senyuman untuk kali terakhir untuk gadis itu.

Yoongi mengambil telefon bimbit di kocek seluarnya. Lalu dia mendial nombor Ixuna. Dia melihat Ixuna tersenyum sambil mengangkat panggilan daripadanya.

"Saya ingat awak tak datang, kenapa call? Kenapa tak masuk aje?"

"Aku malas nak kacau kau dengan bebudak tu."

Yoongi hanya tersenyum apabila melihat wajah cemberut Ixuna.

"Eleh, awak ni. Masuk ajelah."

Yoongi tidak menghiraukan ajakan daripada Ixuna. Malah dia pandang wajah Ixuna dari jauh.

"Ixuna.."

"Ya?"

"Aku.. Aku ada benda nak sampaikan untuk kau."

"Apa?"

Yoongi diam buat seketika, pandangan mata mereka berdua bertaut. Yoongi kembali buka suara.

Bila malam, bila rindu.
Tiap kali ku cuba untuk melupakanmu.
Bukan aku mau jauh, bukan juga ku benci pada dirimu.

Bukan niat ku lukai kamu, bukan diriku. Benar ku hanya sayang padamu, bukannya takdirku untuk bersamamu. Jika setiap langkah ku ini, terhenti di sini untuk selamanya. Izinkan ku pergi.

"Goodbye Ixuna Kim, I love you so bad. I hope you always happy with him but not me."

Ixuna terkedu dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. Dia seakan tidak menyangka yang Yoongi mengucapkan selamat tinggal padanya.

"Yoongi.. Yoongi? Helo?" Ixuna memandang ke arah tingkap kelas, dia mengetap bibir apabila tidak mendapati Yoongi di sana.

"Helo Yoongi! Tolonglah jawab!" Ixuna menahan tangis tatkala mendapati panggilan itu sudah dimatikan oleh Yoongi.

"Cikgu! Cikgu kenapa?"

Ixuna tidak menjawab pertanyaan daripada anak muridnya, dia berlari keluar dari kelas ingin mengejar Yoongi.

"Yoongi!!" jerit Ixuna kuat, membuatkan langkah Yoongi terhenti. Lelaki itu berpaling.

"Yoongi tolong jangan pergi, tolonglah jangan."

Air mata Ixuna jatuh ke pipi, apabila melihat Yoongi hanya diam.

Yoongi tersenyum manis. "Bye Ixuna Kim my first love, kalau dipanjangkan umur kita jumpa lagi atau.. tidak. I'm sorry for everything, my first love. Goodbye."

Yoongi berpaling dan melangkah pergi ke arah kereta. Yoongi masih tersenyum, namun senyuman itu mula luntur secara perlahan-lahan. Setitis air mata mengalir di pipi.

Ingin dikejar namun, kakinya bagaikan melekat kuat pada tanah. Kerana tidak kuat, Ixuna jatuhkan dirinya ke atas tanah. Matanya memandang kereta Yoongi yang sudah berlalu pergi dari hadapannya. Mungkin pergi buat selamanya daripada hidupnya.

Air matanya makin disekat makin banyak yang mengalir keluar. Esakan kecil keluar dari mulut Ixuna.

"Min Yoongi, kenapa kita perlu berakhir macam ni. Awak kawan saya yang paling saya sayang. Kenapa awak perlu buat saya macam. Apakah luka di hati awak amat dalam saya torehkan? Sebab itu awak pergi tinggalkan saya? I'm sorry."

******
Tbc.

Hola sis ada bawa ff baru, if ada yang berminat boleh lah baca.  🤗 Please support me, thankiu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now