Part 4

1.6K 148 5
                                    

"SO, dia masih layan kau macam tu lagi ke?" mata menghala ke wajah gadis dihadapannya. Mulut mengunyah pau dengan perlahan.

Ixuna berdeham sejenak bila mendengar soalan itu dari mulut Yoongi. Entah kenapa selera makannya jadi hilang mendadak bila menyentuh hal tersebut.

"Macam tulah." Ixuna menjongketkan bahunya, wajahnya dikawal sebaiknya agar Yoongi tidak perasan yang dia mulai murung.

"Hmm." Yoongi menjeling sekilas Ixuna, helaan nafas terlepas dari mulutnya.

"Jeon Jungkook!" Yoongi dan Ixuna tersentak bila mendengar suara seseorang menjerit nama Jungkook dengan nada geram. Mereka berdua berbalas pandang lalu memandang ke arah Jungkook dengan seorang gadis yang berpakaian pelayan sedang beradu mulut.

"Hei sopan sikit ye cik? Aku ni bos engkau, suka hati engkau aje kan nak jerit kat aku? Aku ke kau bos kat sini huh?" geram Jungkook berkata. Dia bercekak pinggang, memandang tajam ke arah pekerjanya itu.

"Kau lah bosnya," kata gadis itu dengan wajah datar.

"Habistu?"

"Aku tak suka kau bermain mata dengan pompuan gedik kat situ lah. Kau nak aku ikat kau kat pokok pisang ke apa?" gadis itu memandang Jungkook bengang. Jari telunjuknya menolak-nolak bahu lelaki itu perlahan.

Jungkook merengus dan ditepisnya tangan gadis itu. Dia mendekatkan wajah kearah gadis itu. Anak mata gadis itu ditenung tajam, membuatkan pipi gadis dihadapannya itu berbahang.

"Kau sapa nak arah aku huh? Normallah, nak bergurau dengan pelanggan. Itu cara nak tarik pelanggan tau tak?" kata Jungkook geram. Gadis itu menentang mata Jungkook walaupun jantung sudah berdegup kencang.

"Sapa aku? Aku ni bakal isteri kau tau tak? Tapi cara kau nak tarik pelanggan tu, macam kau nak jual muka kau aje tau tak? Tahulah muka hensem, tapi tak payah lah nak jual muka macam tu. Aku tak suka, kau faham tak? Aku tak suka." kata gadis itu tegas dan memandang anak mata bulat lelaki itu dalam-dalam.

Kini pipi Jungkook pula berona merah. Dia berdeham.

"Dahlah. Malas aku nak layan kau. Cakap dengan kau, tau nak merepek kerepek aje. Baik aku blah." Jungkook terus berlari kecil ke ruang dapur kafe. Gadis itu hanya mampu memandang kepergian Jungkook, dia simpan senyum yang hendak terlakar dibibir tatkala melihat wajah Jungkook yang kemerahan. Comel.

Yoongi hanya menggeleng kepala sahaja melihat gelagat sepupunya yang naif itu. Ixuna menyunggingkan senyum lucu.

"Siapa pompuan tu?" soal Ixuna.

Yoongi mengangkat wajah memandang Ixuna.

"Yang aku dengarlah. Budak pompuan tu tomboy, dan dia menaruh hati kat si Jungkook tu." jawab Yoongi. Ixuna mengangguk kepala faham.

"Saya rasa diorang berdua nampak cocok dan comel bila jadi pasangan." kata Ixuna dengan seulas senyum manis. Yoongi hanya menjongket bahunya sambil mengukir senyum kecil.

"I think so.."

•••••

TAEHYUNG melangkah masuk ke dalam rumah, pintu ditutup. Kasut hitamnya dibuka lalu diletakkan ke dalam almari kasut. Kakinya dilangkahkan menuju ke tangga untuk ke tingkat atas.

"Oppa.." Kaki Taehyung berhenti untuk mendaki anak tangga, dia mendongak memandang Ixuna yang berdiri dihadapan beberapa meter darinya. Gadis itu memandang kearahnya dengan senyuman manis.

"Oppa dah makan? Kalau belum, saya masakkan." kata Ixuna lembut. Taehyung merengus halus.

"Dah kenyang. Tepi! Aku nak lalu." Ixuna ditolaknya ketepi, kerana agak kuat tolakan daripada Taehyung. Ixuna tersungkur jatuh ke atas tangga. Dia ketap bibir menahan sakit dipinggul dan buku lalinya.

Taehyung hanya mengerling lalu beredar dari situ, meninggalkan Ixuna begitu sahaja tanpa belas kasihan.

"Tuhan tolonglah lembutkan hati suami aku, aku dah tak kuat menahan rasa sakit ini Tuhan. Tolonglah.." bisik Ixuna perlahan. Air jernih mengalir ditubir matanya itu dikesat perlahan.

Ixuna berdiri dengan perlahan sambil berpegangan pada dinding. Dia menuruni anak tangga lalu menuju ke ruang tamu dengan langkah terhincut-hincut.

Dia melabuh duduk disofa, buku lalinya yang berasa berdenyut sakit diurut dan diusap perlahan.

Tubuh disandar pada badan sofa. Siling ruang tamu direnungnya, dengan tatapan mata yang kosong penuh dengan kedukaan. Helaan nafas keluar dari kedua belah bibirnya. Mata dipejam, tidak lama kemudian dia terlena.

****
Tbc.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now