Part 93

574 45 0
                                    

TAEHYUNG memandang wajah anak perempuannya yang sudah terlena diulik mimpi itu. Seulas senyuman terbias dibibirnya. Satu kucupan kudus hinggap di dahi Nana.

"Abang." pandangan Taehyung pada Nana teralih apabila suara isterinya menyapa cuping telinganya. Dia tersenyum kecil pada Ixuna yang berdiri di muka pintu bilik.

"Ya? Kenapa sayang tak tidur lagi?" Taehyung bertanya lembut. Ixuna hanya tersenyum sumbing.

"Sayang tak boleh tidur kalau abang tak ada kat sebelah sayang, hehehe." kata Ixuna dengan gelak kecil.

"Yelah tu."

Taehyung cebikkan bibirnya, lantas bingkas berdiri. Dia mengerling anaknya buat seketika.

"Goodnight baby." Bisik Taehyung, lalu dia mengorak langkah keluar bilik Nana diikuti oleh Ixuna daripada belakang.

Taehyung dan Ixuna masuk ke dalam bilik utama mereka. Ixuna melabuh duduk di tengah katil, sambil memandang suaminya yang sedang menyapu losyen di permukaan telapak tangan serta lengan dan leher. Kepala Ixuna tergeleng kecil.

Dah macam pompuan. Desis hati Ixuna.

"Melamun lah tu!" sergahan daripada Taehyung menyentak perasaan Ixuna yang sempat melamun itu. Dia toleh wajah ke arah Taehyung yang sudah mengambil tempat di sebelahnya.

"Mana ada lah." nafi Ixuna. Taehyung menjongket bahunya dengan muka malas.

"Abang." panggilan Ixuna buatkan Taehyung memalingkan wajah ke arah isterinya. Kening dijongket.

"Hmm?" gumam Taehyung malas. Dia merenung wajah Ixuna dengan mata kuyunya itu. Mengantuk.

"Esok kan besday Nana, kita nak buat surprise apa kat dia esok?" Ixuna bertanya dengan kening bertaut. Dia duduk bersila mengadap ke arah suaminya.

"Pasal tu, kita fikir esoklah. Abang nak tido, mengantuk gila ni. Boleh sayang?" Taehyung membuat muka seposennya, mata dikedip-kedip.

Ixuna hela nafas, dia lemah bila dihadapkan dengan muka minta penampar sulungnya itu.

"Yelah abangku sayang!" kepala Taehyung diusap kasar, pipi lelaki itu dia cubit kerana geram.

Taehyung hanya tersengih sahaja sejurus merebahkan tubuhnya ke katil.

"Thanks sebab memahami. Jom tido, goodnight sayang."

Ixuna yang baru sahaja hendak membuka mulut, terus bungkam apabila cuping telinganya menangkap suara denguran halus daripada Taehyung.

Ixuna tersenyum dengan kepala tergeleng kecil, dia turut menjatuhkan tubuhnya disebelah Taehyung. Wajah suaminya dia tenung dengan pandangan mata yang lembut. Rambut suaminya dibelai perlahan, satu kucupan dia daratkan ke atas dahi Taehyung.

"Goodnight too, abang."

•••••

DIA tersenyum lebar, mata bulatnya berbinar senang. Dia melompat-lompat girang.

"Betul ni hyung?" soalnya pada Taehyung.

"Ya! Kau bawalah Nana pergi jalan-jalan, tepat pukul 8 malam nanti kau datanglah dengan Nana. Boleh?" kata Taehyung yang mula jengkel apabila melihat wajah Jungkook yang secerah matahari itu.

"Okey! Tapi.."

"Tapi?" kening Taehyung berkerut, tatkala terpandang wajah Jungkook yang tersengih-sengih membawa maksud tersirat itu.

"Duit jajannya?" kedua tangan ditadah di depan wajah Taehyung, mata bulatnya dikedip-kedip dengan senyuman lebar.

Taehyung merengus jengkel, dahi lelaki dihadapannya itu ditunjal perlahan.

"Kau ingat aku bapak kau ke nak minta duit bagai?" cantas Taehyung bengang. Dia menjeling Jungkook geram.

"Hyung memang bukan bapak aku tapi, hyung tu adalah bapak ayam yang panas baran." usai berkata begitu, Jungkook terus mengambil langkah seribu untuk larikan diri sebelum dia diamuk oleh Taehyung.

"Jeon Jungkook! Tak guna punya budak, sini kau!" laung Taehyung geram, sejurus itu dia mengejar Jungkook yang sedang menyorok di bawah sofa.

Yoongi yang sedang bermain dengan Nana hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kedua budak ribena itu.

"Tak swag langsung punya perangai. Bila nak berubah entahlah."

******
Tbc.

******Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now