Part 76

838 58 2
                                    

DIA memerhatikan dua pasangan suami isteri itu, niat di hati mahu mendekati mereka. Namun, dia segan. Helaan nafas ditarik lalu dihembuskan perlahan.

"Bos okey?" teguran daripada pekerjanya, buatkan Jungkook berpaling daripada memandang Taehyung dan Ixuna yang berada di sudut kafenya. Dia tersenyum manis.

"Okey aje. Kenapa? Kau tengok aku tak okey ke?" kata Jungkook pada pekerjanya yang bernama Park Jihoon.

Kepala Jihoon terangguk perlahan, dia memeluk dulang yang sedari tadi dia pegang.

"Saya tengok bos, sejak dua menjak ni asyik mengelamun aje. Kenapa? Bos ada masalah ke? Ke bos rindu Yoongi hyung?" kata Jihoon.

Jungkook hanya tersenyum lalu dia menggelengkan kepala. Sedikit sebanyak, ayat Jihoon ada betulnya. Sudah seminggu Yoongi pergi ke kampung halamannya, dia rindu mahu mengusik si sepupu bekunya itu.

"Tak ada apalah. Tu ada pelanggan masuk, pi ambil order cepat."

Jungkook dengan cepat menukarkan topik, dia mendorong tubuh Jihoon ke arah pelanggan yang datang.

"Okey bos! Saya pergi ambil order dulu, urusan kita belum selesai lagi. Nanti kita bual lagi, okey bos!" Jihoon mengenyitkan matanya seraya meluru pergi ke arah pelanggannya.

Jungkook menggulingkan bebola matanya, nampaknya dia tidak boleh lari daripada Jihoon lepas ini. Budak itu, memang suka jaga tepi seluar orang betullah.

Pandangan matanya dihala ke arah Taehyung dan Ixuna, dia tersenyum tipis.

"Tegurlah. Nanti diorang kata apa pula, datang kafe aku tapi aku pula tak tegur diorang. Mesti kecil hati nanti." gumam Jungkook.

Jungkook mengorak langkah menuju ke arah pasangan suami isteri itu. Dengan perlahan dia menepuk bahu Taehyung. Jungkook tersenyum manis apabila Ixuna dan Taehyung memalingkan wajah ke arahnya.

"Hai hyung, akak. Korang sihat? Lama tak jumpa."

Jungkook dan Taehyung berlaga tumbuk, lalu mereka berdua tergelak kecil. Ixuna hanya tersenyum sahaja melihat mereka berdua.

"Hai juga. Kami sihat aje, kau sihat?" kata Taehyung dengan senyum kecil.

"Macam yang hyung tengok, aku sihat walafiat aje. Korang dah berbaik ke? Mesra aje kook tengok."

Kata-kata Jungkook, buatkan Taehyung dan Ixuna tersenyum kekok.

"Ya. Macam tulah." jawab mereka serentak. Jungkook tersenyum sambil menganggukkan kepala.

"Baguslah. Semoga kehidupan korang akan lebih baik daripada sebelum ni." kata Jungkook lembut yang sangat ikhlas daripada hatinya.

Dua pasangan suami isteri itu, tersenyum lebar.

"Terima kasih." kata mereka berdua.

"Oh kookie, duduklah." Ixuna mempelawa Jungkook untuk duduk,  namun lelaki itu hanya menggelengkan kepala.

"Tak apalah. Lagipun kookie hanya sebentar aje ni, ada banyak lagi kerja nak buat." Jungkook menolak pelawaan Ixuna dengan lembut.

"Jungkook."

"Ya?" kening Jungkook terangkat sebelah, dia memandang Taehyung hairan dengan senyuman masih menghiasi wajahnya.

"Sepupu kau mana? Tidak silap aku, nama sepupu kau Min Yoongi kan?"

"Ya, kenapa?"

"Saja tanya. Dia ke mana? Dia tak datang sini ke?" soal Taehyung.

Senyuman Jungkook perlahan-lahan luntur dam diganti pula dengan senyuman paksa.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now