Part 58

899 70 5
                                    

KEPALA Taehyung melentok ke kiri dengan mata terkebil-kebil memandang isterinya yang sedang menyapu losyen pada tubuhnya di meja solek. Bau wangian daripada losyen yang Ixuna pakai itu, menyapa hidungnya.

Ixuna yang perasan dengan tatapan mata Taehyung padanya terus menoleh.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Awak nak pakai losyen juga ke?" kata Ixuna.

Mata Ixuna mengerling Taehyung. Dia pasti yang lelaki itu bakal menolak. Namun tekaan Ixuna meleset, tatkala mendengar jawapan daripada Taehyung.

"Nak! Boleh ke?" jawab Taehyung dengan wajah polosnya.

Mulut Ixuna terbuka kecil, dengan teragak-agak dia mengangguk. Satu senyuman di ukirkan untuk lelaki itu.

"Boleh. Awak datanglah sini." Ixuna mengamit tangan agar Taehyung datang mendekat.

Taehyung mengangguk, lantas dia menggerakkan tayar kerusi rodanya untuk mendekati isterinya.

"Nah!" Taehyung menghulurkan kedua tangannya pada Ixuna dengan senyuman manis terbias di bibirnya.

Jantung Ixuna seakan berhenti daripada berdetak, apabila melihat senyuman manis yang menghiasi wajah suaminya itu.

"Hei! Kau menungkan apa tu? Cepatlah sapukan aku losyen tu, aku nak tido pula ni!"

Suara garau Taehyung memecahkan lamunan Ixuna terhadapnya. Ixuna tersengih sumbing.

"Baiklah abang Taetae."

Losyen yang berjenama Baby Lotion itu, Ixuna lumurkan pada kedua lengan tangan Taehyung.

"Okey siap. Jom tido."

Botol losyen di letakkan ke atas meja solek, lantas dia berdiri. Dia mendorong kerusi roda, membawa Taehyung ke arah katil.

"Oh saya lupa. Abang nak tido bilik saya ke bilik abang?" soal Ixuna sambil berhenti daripada mendorong kerusi roda itu. Dia menunduk untuk memandang wajah Taehyung.

Taehyung menoleh ke belakang lalu dia mendongakkan kepala memandang ke arah Ixuna.

"Aku.."

"Abang?"

"Aku.. Err aba.. Abang nak tido sini boleh tak malam ni?" kata Taehyung dengan nada gagap, lantas dia  membuang muka ke arah lain.

Ixuna tersentak namun dia tersenyum lebar. Keningnya terangkat sebelah.

"Apa? Saya tak dengarlah, boleh abang ulang balik?" sakat Ixuna.

"Tiada siaran ulangan." datar sahaja Taehyung bersuara.

Bibir Ixuna terjuih ke bawah.

"Ala! Astro boleh aje ulang cerita yang sama, tak akan lah abang tak boleh?  Boleh lah, saya betul-betul tak dengar tadi."

Taehyung ketap bibirnya.

"Fine! Abang.. Abang nak tido sini malam ni boleh tak?" Taehyung dengan wajah berona merah kembali mengulangi semula ayatnya tadi.

"Apa?" usik Ixuna sekali lagi, dia tersenyum-senyum melihat wajah Taehyung yang kemerahan itu.

"Kau ni sengaja kan? Aku kata nak tido sinilah bongok! Kau tanya lagi, aku belasah kau!" herdik Taehyung dengan wajah merah. Bengang dan malu.

"Alahai comelnya. Okey, okey."

Ixuna tergelak kecil sambil mencuba untuk mencubit pipi suaminya, namun tangannya terlebih dahulu ditepis oleh lelaki itu.

"Nak cubit sikit pun tak boleh."

"Tak boleh!"

"Kedekut."

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now