Part 17

1.3K 126 0
                                    

MINGYU bangun dari duduknya, mereka yang berada dimeja makan memandang ke arah Mingyu.

"Kau nak pergi mana?" soal Jaemin. Yang lain hanya menganggukkan kepala.

"Ke tandas, nak kencing. Kenapa?" jawab Mingyu sarkastik.

Wajah Jaemin berubah cemberut, mereka yang melihat hanya mampu menyembunyikan tawa yang hendak meledak.

"Yelah. Pergilah, nanti terkencing pula kat sini." halau Jaemin sambil mengunyah ayam goreng dengan kasar.

Mingyu mendengus halus dan berlalu dari situ. Taehyung hanya mengerling lalu dia turut berdiri.

"Kau pun nak pergi tandas?" soal mereka yang ada disitu. Taehyung hanya mendiamkan diri sambil menjongket bahunya acuh.

"Biarkanlah mereka, baik kita makan." kata Minhyuk.

Lucas, Jaemin, Jungmin, Junwoo dan Hyunbin mengangguk kepala seraya menyambung makan.

•••••

ALEX mengerling bilik yang berada paling hujung itu. Bilik itu masih terang dan pintu bilik itu sedikit terbuka, bermaksud tuan punya bilik masih belum tidur.

Dengan langkah perlahan, Alex menuju ke arah bilik tersebut. Kerana pintu bilik itu tidak ditutup dengan rapat membolehkan Alex untuk melihat suasana di dalam bilik tersebut.

Alex telan liur bila melihat isteri kepada Taehyung keluar dari tandas dengan tuala melingkar ditubuh.

"Cantik."

"Apa yang cantik?" sergah satu suara dari belakang mengejutkan Alex.

Alex dengan segera berpaling kebelakang. Dia terkedu bila mendapati Taehyung dan Mingyu memandangnya dengan wajah datar dan dingin. Dia tersenyum canggung.

"Aku tanya kau kan tadi, apa yang cantik tu?" soal Mingyu dengan nada suara ketara dinginnya.

"Kau skodeng isteri aku ya?" kini Taehyung pula bersuara sambil berpeluk tubuh.

Alex menggeleng kepala. "Tak. Aku.. Aku tak sengaja ke sini,"

Minggu tersenyum sinis.

"Tak sengaja? Ke kau sengajakan diri untuk ke sini, semata-mata nak cuci mata tengok tubuh molek aku punya sepupu huh?" bidas Mingyu selamba sejurus berdecit perlahan. Alex membulatkan matanya.

"Mana ada lah! Aku.."

Taehyung memintas kata-kata Alex.

"Dah. Aku tak nak dengar apa-apa. Ok, kitorang percaya yang kau tak sengaja datang ke sini. Aku maafkan kau. Dah jom pergi, kesian pula kat budak berenam tu tertunggu lama."

"Ok. Tapi percaya lah aku memang tak sengaja ke sini." nafi Alex masih mahu berdalih.

Mingyu mendengus seraya menjeling tidak berpuas hati dengan perangai Taehyung yang sangat mudah mengambil keputusan untuk mempercayai Alex.

"Okey, but my eyes will always keep an eye on your every step, i watch you!" kata Mingyu dingin lalu dia melanggar bahu Alex dan pergi dari situ.

Taehyung memandang tajam ke arah Alex membuatkan lelaki itu tergugup seraya menelan liur dengan susah payah.

"Tae.."

"Pergi." kata Taehyung perlahan.

"Tae aku.."

"Aku kata pergi kan pergilah bongok!" bentak Taehyung geram, dijelingnya Alex tajam.

Alex tanpa berlengah terus pergi dari situ, meninggalkan Taehyung yang masih setia dihadapan bilik Ixuna.

"Oppa, tadi saya dengar macam.."

"Diam!" Taehyung menolak tubuh Ixuna ke dalam bilik. Ixuna hanya mampu berdiam diri bila diperlakukan begitu.

"Kalau kau berada dalam bilik ke, nak mandi ke, tidur ke. Pastikan bilik tu bertutup or kunci, tu pun nak kena aku ajar ke? Kau memang suka eh kalau orang masuk bilik kau? Lagi-lagi  kawan aku ada kat sini."

Mata Ixuna terkedip-kedip mendengar bebelan Taehyung. Dia bingung. Pertama kali dia melihat Taehyung membebel kepadanya.

"Eh.."

"Kau faham tak?" kata Taehyung geram bila melihat wajah blur isterinya itu.

Ixuna mengangguk kepala dengan cepat sebelum Taehyung makin mengamuk.

"Saya faham. Lain kali saya tak kan cuai lagi untuk biarkan pintu tak ditutup. If kawan awak yang datang bertandang ke sini, kalau kita berdua tak apalah kan saya nak buka pintu luas-luas." kata Ixuna cuak dengan senyuman senget.

Taehyung merenung tepat ke anak mata Ixuna, kemudian dia merengus.

"Kau memang tak sayang nyawa kan? Dungu." katanya sejurus menunjal dahi isterinya itu lalu dia mengangkat kaki keluar dari bilik tersebut.

Ixuna mencebik melihat Taehyung yang sudah berlalu pergi. Seulas senyuman terlakar dibibir.

"Eleh, cakap ajelah dia risaukan aku. Tu pun sombong nak jujur ke?" komen Ixuna. Pintu biliknya dikatup rapat lalu dia merebahkan tubuh di atas katil.

****
Tbc

****Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now