Part 87

635 49 2
                                    

Beberapa tahun kemudian..

SEORANG gadis kecil berusia tiga tahun, berlari terkedek-kedek ke ruang dapur. Dia memandang Ixuna yang sedang memasak untuk sarapan pagi, lantas dia menerpa Ixuna lalu dia memeluk kaki Ixuna, ibunya.

Ixuna berhenti seketika daripada mengacau susu di dalam teko kecil, dia menunduk ke bawah. Seulas senyuman manis merekah di bibirnya.

"Oh Nana, kenapa ni?" kepala anaknya diusap perlahan lalu dia kembali melanjutkan pekerjaannya yang tergendala seketika dengan kedatangan permata hatinya itu.

Bibir Nana termuncung sedepa dengan wajah cemberut.

"Mommy, daddy kacau Nana tidur. Nana kan mengantuk lagi. Daddy nakal mommy." adu Nana dengan pelatnya. Mulutnya tercebik-cebik.

Ixuna hanya tersenyum sahaja, pipi anak gadisnya itu dicubit perlahan. Ixuna yang mahu bersuara terus terbantut apabila ada sebuah suara yang agak garau mencelah masuk di perbualan mereka berdua.

"Ala, baby janganlah merajuk. Baby kan dah tau, daddy tak boleh kalau sehari tak kacau baby Nana kesayangan daddy ni."

Ixuna memandang Taehyung yang sudah bercangkung di hadapan Nana,  dia melihat bagaimana Taehyung yang amat menyayangi Nana.

Taehyung dan Nana memang rapat, adakala juga mereka bagaikan kucing dan tikus sahaja. Suka sangat bergaduh, namun mereka hanya bergaduh sebentar sahaja lepas itu mereka berdua akan berbaik semula.

Hati Ixuna berasa hangat melihat keakraban mereka berdua, dua orang yang amat bermakna dalam hidupnya.

"Mommy!" jeritan Nana menyentak lamunan Ixuna.

Dia memandang Taehyung yang sedang mendukung Nana. Mereka berdua memandang ke arahnya dengan pandangan bingung.

"Kenapa?" soal Ixuna hairan.

"Mommy tu, orang panggil tak dengar. Mommy menungkan apa? Mommy nak daddy baru ke?"

Kata-kata daripada Nana membuatkan mata Taehyung membulat lebar, manakala Ixuna sudah menghamburkan gelak.

"Hei! Biadap punya mulut. Habistu daddy ni macam mana kalau mommy Nana nak pasang daddy baru?" kata Taehyung dengan muka bengkek.

"Kalau daddy simpan dalam poketlah, kalau perlu baru dikeluarkan." ucap Nana savage.

Sekali lagi gelak Ixuna terhambur keras apabila melihat muka Taehyung yang sudah berubah kesal dan geram akan mulut Nana yang berbisa itu. Ni mesti ajaran si cikgu Yoongi ni.

"Grr, daddy nanak kawan dengan baby lagi. Bye!"

Taehyung menghumban Nana ke dalam pelukan Ixuna lalu dia beredar pergi dari ruangan dapur dengan wajah cemberut.

"Haha, daddy macam budak kecil bila merajuk. Tak gentleman langsung."

Kepala Ixuna tergeleng perlahan dengan gelagat si Nana itu.

"Nana, mommy pernah kata kan jangan buat daddy kecil hati. Nana tu masih kecil, tak baik tau cakap macam tu kat daddy. Nanti tuhan marah, Nana nak masuk neraka ke?"

Nana mendongakkan kepala memandang ke arah ibunya, dia terdiam buat seketika lalu kepalanya digeleng perlahan.

"Nana tak nak masuk neraka. Maafkan Nana mommy, Nana akan minta maaf kat daddy sekarang okey?"

Bibir Ixuna membentukkan sebuah senyuman. Dahi anak gadisnya itu dia cium kejap.

"Macam ni lah anak mommy."

"Anak daddy juga!"

Ixuna tergelak kecil apabila melihat wajah cemberut Nana itu.

"Ya! Kim Nana adalah permata hati mommy dan daddy, kami sayang Nana."

Nana tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

"Nana pun sayang daddy dan mommy, kerana daddy dan mommy adalah raja dan permaisuri di dalam hati Nana yang comel ni. Yehet!"

Gelak mereka berdua bersatu. Ixuna dan Nana berlaga hidung dengan senyuman manis terlakar diwajah mereka.

•••••

NANA merenung wajah serius ayahnya yang sedang menonton berita.

"Daddy.." panggil Nana dengan suara manja. Namun, Taehyung hanya mendiamkan diri sambil mengendahkan kehadiran si kecil itu.

"Woi daddy! Nana panggil daddy ni, pekak eh?"

Bibir Taehyung terkemam kasar. Mulut budak ni. Desis hati Taehyung.

"Apa woi, woi? Ingat daddy ni kawan Woi ke? Adab mana? Kat pampers?"

"Kat pampers tak ada daddy, kat pampers cuma ada shishi dan adab kan ada kat mulut. Kerana bahasa, badan binasa." kata Nana selamba. Sekejap lupa diri dengan umurnya yang baru sahaja tiga tahun lebih itu, apabila dia sudah mula keluarkan kata-kata aras tinggi.

"Suka hati kamu lah. Daddy malas nak layan." kata Taehyung dengan nada suara malas.

Nana hanya memandang Taehyung dalam-dalam, pipinya dikembungkan.

"Nana pun malas sebenarnya nak layan daddy. Macam budak-budak sahaja."

Taehyung mengerling mata ke arah Nana. Rengusan keluar dari mulutnya.

"Min Yoongi hyung, siap kau nanti bila kita berjumpa. Berani betul kau ajar benda yang bukan-bukan kat Nana. Ish, geram betul hati kita ni." bisik Taehyung geram.

"Selain pekak, daddy pun suka cakap sesorang? Dasar aneh."

Selepas berkata begitu, Nana terus melarikan diri. Takut jikalau dia dijadikan ayam panggang oleh Taehyung nanti.

"Budak ni.."

Taehyung hanya mampu memandang anaknya yang sudah berlari terkedek-kedek menuju ke arah dapur. Kepalanya digeleng perlahan dengan senyuman kecil terbias di bibir.

*****
Tbc.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now