Part 56

941 71 5
                                    

TAEHYUNG memandang Tuan Han dan Tuan Kim yang berdiri dihadapannya. Wajah mereka berdua serius sahaja.

"Kenapa dengan muka tu? serius aje." Taehyung menegur.

Tuan Han dan Tuan Kim berpandangan seketika lalu memandang Taehyung semula.

"Sebenarnya kami berdua ada benda nak kasi tau kamu." kata Tuan Kim serius.

Kening Taehyung terangkat sebelah.

"Apa?"

"Ni pasal kemalangan yang menimpa kamu dan orang yang cuba membunuh Ixuna hari tu."

Wajah Taehyung berubah serius, dia merenung ayahnya dan ayah mertuanya.

"Siapa dalang dibalik semua ni?"

"Lee Jiwoo, rakan model kamu tu. Dia dalang dibalik semua ni. Dia yang mengupah orang untuk bunuh isteri kamu tu. Dan kemalangan yang menimpa kamu pula, dia juga yang rancang."

Rahang Taehyung mengeras, bibir dikemam kemas. Tangannya tergenggam erat. Seakan tidak percaya yang wanita itu sanggup lakukan semua itu. Sungguh licik.

"Tak guna Lee Jiwoo."

"Kamu jangan risau kami.."

Kata-kata Tuan Han dipotong oleh Taehyung.

"Appa tolong bawa pompuan gila tu, kepada Tae hidup-hidup."

"Apa kamu nak buat dengan dia?"

Taehyung menyeringai sinis, kening dijongket beberapa kali sambil memandang wajah Tuan Kim dan Tuan Han.

"Otak gila!" jerit Tuan Kim. Manakala Tuan Han hanya mampu memandang bingung ke arah mereka berdua. Masih belum memahami apa yang di bincang oleh dua beranak itu.

"You know how much I am dad, so well I am."

•••••

IXUNA tersenyum kecil apabila melihat wajah Jungkook yang ceria itu. Mereka berdua kini melepak di taman hospital sambil melihat pesakit-pesakit yang menghuni di hospital tersebut.

"Happy aje akak tengok? Ada apa-apa ke?" Ixuna buka suara, bertanya apa yang menyebabkan si Jungkook itu gembira semacam pada hari ini.

Jungkook tersengih lebar lalu keningnya digaru sejenak.

"Kenapa? Akak nak tau ke, apa yang buat kookie happy hari ni?"

Ixuna menganggukkan kepala.

"Nak tau! Cepat lah cakap." kata Ixuna semangat.

"Hehe. Kookie happy hari ni, sebab esok kookie dah boleh balik! Yehet!"

Gelak mereka berdua bersatu.

"Lah sebab tu aje? Ingatkan apa tadi." kata Ixuna tidak berpuas hati.

Jungkook tersengih sahaja.

"Akak bila boleh balik? Taehyung hyung?"

"Esok juga!"

"Lah esok juga ke?"

"Yelah! Ingat awak sorang aje ke, yang boleh balik? Kami pun dah boleh balik juga lah."

Sekali lagi mereka berdua menghamburkan gelak. Ixuna mencubit pipi Jungkook geram, manakala Jungkook bertindak membalas pembuatan Ixuna dengan menarik hidung gadis itu.

"Arg! Lepas kookie, akak tak boleh nak bernafas ni!" omel Ixuna seraya menepis tangan Jungkook yang masih setia mengepit hidung mancungnya itu.

"I'm sorry." kata Jungkook dengan muka tidak bersalah, dia gelakkan Ixuna.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now