Part 11

1.5K 115 11
                                    

YOONGI menggulingkan biji matanya,  melihat Jungkook yang ke hulu dan ke hilir sambil menggigit kuku jari.

"Kau ni dah kenapa? Boleh tak kau duduk diam-diam? Aku tengok kau pun serabut tau tak?" getus Yoongi datar. Jungkook berdecit seraya melabuh duduk disebelah Yoongi.

"Ish hyung ni. Hyung tau tak yang sepupu comel hyung ni dalam masalah besar dan stress?" kata Jungkook, dia bersila diatas sofa dan mengadap ke arah Yoongi.

Kening Yoongi terangkat sebelah, dia melirik Jungkook sekilas dan kembali melanjutkan mainan video didalam telefonnya. Mobile Legends.

"Apa yang masalah besar tu? Apa yang kau stress kan tu?"

"Err.. Entahlah." jawab Jungkook dengan wajah polosnya.

Yoongi merengus halus dengan mata digulingkan ke atas.

"Victory."

"Yes! Swag." kata Yoongi dengan senyuman lebar kerana memenangi permainan video tersebut. Jungkook mencebikkan bibirnya.

"Eleh! Baru kat grandmaster 3 je? Kook dah kat epic 1 dah." kata Jungkook dengan suara bangga.

"Riak nak mampus." kata Yoongi datar dengan wajah toyanya. Dia meletak telefonnya diatas meja kopi. Jungkook disebelahnya dipandang dengan wajah tidak ada perasaan.

"Apa kau nak?"

"Nak apa? Hmm.. Oh! Kook sebenarnya nak luahkan perasaan ni."

Mata Yoongi membulat.

"You means? Kau nak luahkan perasaan cinta kau kat aku ke? I'm not gay okay! I'm normal okay!" bentak Yoongi kasar.

Bulat mata Jungkook dengan mulut ternganga luas bila mendengar ayat Yoongi. Wajah Jungkook masam dengan mulut dimuncung sedepa.

"Ish hyung ni! Hyung ni bengong ke bodoh huh? Bila masa aku kata nak luahkan perasaan cinta kat kau. Aku pun lurus lagi ok! Hyung ni, main ikut tekak dia nak tuduh kita gay. Cuba lah bagi aku habis cakap dulu baru nak celah masuk." marah Jungkook geram. Dia memeluk tubuh seraya menjeling Yoongi tajam. Setajam mata pisau yang baru diasah.

Yoongi mengaru pipinya yang mula berubah warna merah-kemerahan kerana malu. Dia tersengih.

"Sorry. Tak payah lah nak merajuk, bukannya ada yang nak pujuk kau." bidas Yoongi selamba. Jungkook merengus halus.

"Tak sporting punya pakcik Yoongi."

"Apa kau panggil aku? Pakcik?" mata Yoongi mengilat marah bila dipanggil 'pak cik' oleh Jungkook. Terasa diri ini tua pula.

"Apa betullah kan? Pakcik kan dah tua, calon isteri belum ada. Umur dahlah nak uzur dah." kata Jungkook dengan suara deepnya.

Terjegil mata Yoongi yang mendengar. Terus dia meluku kepala Jungkook kasar. Jungkook mengaduh sakit menerima habuan sayang daripada Yoongi.

"Sakitlah pakcik!"

"Kau panggil aku pakcik lagi, jagalah kau nanti." kata Yoongi geram.

"Pakcik nak jaga saya? Saya bukan anak pakcik. Pakcik demam ke?"

Terus Jungkook ditumbuk oleh Yoongi sehingga pengsan dua minit.

"Waterpark punya anak jebon ni, macam mana lah omma Jeon boleh mengandungkan anak jebon ni ye. Perangai macam orang tak minum vitamin je." omel Yoongi.

"Aduh!" Jungkook tersedar daripada pengsannya.

"Dah sedar jebon?"

Jungkook menjeling Yoongi yang tersenyum mengejek kearahnya.

"Tak guna."

Yoongi hanya menjongket bahunya acuh.

"So? Berbalik ke topik asal, kau nak luahkan apa tadi?" Yoongi menyoal. Kini tumpuannya dihala sepenuhnya pada Jungkook.

Serta-merta wajah Jungkook yang masam plus mencuka terus berubah pucat dan gugup.

"Err.. Sebenarnya kan, ada orang lamar kook jadi isteri eh suami dia." kata Jungkook gugup dan perlahan. Dia menutup wajahnya malu. Dari celah jari-jemarinya, dia memandang Yoongi.

Yoongi tersedak air liurnya. Mulutnya terbuka kecil.

"Apakah? Gediknya kau ni, tak payahlah sampai nak tutup muka bagai. Nak muntah aku tengok, tau tak?" bidas Yoongi sarkastik. Jungkook menjuihkan bibirnya sejurus menurunkan kedua tangannya dari terus menutup mukanya ke bawah.

"Tsk!" itu sahaja yang keluar dari mulut Jungkook.

"So? Pompuan mana yang lamar kau yang buruk rupa ni?"

Jungkook menghiraukan Yoongi yang mengutuknya.

"Dia pekerja Kook. Hyung mesti kenal."

Yoongi berdiam diri, dalam diam dia sedang berfikir.

"Apakah pompuan tu, Jeong Cumi? Si gadis tomboy tu?" teka Yoongi. Jungkook mengangguk kepala dengan wajah berona merah sambil bibir bawahnya digigit. Yoongi menjeling Jungkook yang tingkahnya macam perempuan dilamar lelaki. Gedik!

"Habistu kau terima tak?"

Jungkook menggelengkan kepala. Kening Yoongi terangkat sebelah.

"Asal kau tak terima?"

"Tak! Tak gentle langsung kalau pompuan yang lamar lelaki sejati lagikan hensem macam kook ni. Jatuh standard lah." kata Jungkook.

"Hensem ke? Bolehlah, tapi hensem lagi aku." komen Yoongi.

"Kalau hyung hensem macam ni jadinya rupa hyung."

Jungkook menolak hidungnya keatas, terserlah lubang hidungnya yang luas dan tak lupa juga bulu hidungnya. Matanya pula dijulingkan keatas.

"Tak guna kau jebon. Sini kau!"

Yoongi terus mengejar Jungkook yang sudah melarikan diri. Jungkook tergelak berdekah-dekah sambil berlari mengelilingi ruang tamu.

*****
Tbc

(Jeon Jungkook)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Jeon Jungkook)

(Jeon Jungkook)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Min Yoongi)

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now