Part 70

885 70 7
                                    

"NAH!"

Tiga keping tiket, menyapa pemandangannya. Dahi dia berkerut, kepala diangkat lalu dia memandang ke arah lelaki di hadapannya.

"Tiket apa ni?" soal Ixuna hairan.

Namjoon mendengus perlahan seraya melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.

"Kau pandai bacakan? So, bacalah sendiri." jawab Namjoon selamba sambil meletakkan tiga keping tiket tersebut di atas meja.

Ixuna menggulingkan biji matanya  lantas tiket yang terdampar di atas meja, dia kerling seketika. Dia terdiam.

"Tiket ke Seoul?"

Namjoon melirik ke arah Ixuna dengan hujung mata, dia menganggukkan kepala.

"Ya! Hujung minggu ni, kita akan balik ke Seoul."

"Tapi, bukan ke ada dua minggu lagi kita duduk kat sini?" Ixuna menyoal dengan nada perlahan, dia berpaling menghadap ke arah sepupunya.

Keluhan keluar dari mulut Namjoon, tangan disilang kedada. Wajah Ixuna, dia pandang tajam.

"Kerja aku dengan Seokjin hyung dah settle kat sini, so kita boleh lah balik awal. Why? Kau tak nak balik ke? Tak rindu kat your family and your.. Husband?"

Mendengar perkataan 'Suami' yang meniti di bibir Namjoon, buatkan Ixuna terdiam.

"Asal kau diam? Kau tak rindu kat diorang ke?" soal Namjoon.

Ixuna mengeluh, tangannya mengusap perutnya yang sudah membuncit itu.

"Xuna bukan tak nak balik, cuma Xuna.."

"Kau tak bersedia lagi nak jumpa dengan Taehyung kan? Keputusan kau dah ada belum?" pintas Namjoon.

Kepala Ixuna tergeleng-geleng namun kemudian dia menganggukkan kepala. Namjoon memicit pelipisnya.

"Mana satu ni? Yes or yes?"

Ixuna menjeling Namjoon kesal.

"Sama ajekan yes or yes? Asal tak yes or no?" kata Ixuna datar.

Namjoon tergelak kecil. "Sebab oppa tak nak kau, sebut no!"

Macam tu pula? Desis hati Ixuna. Dahinya dia tepuk perlahan.

"So? Siapa pilihan kau?"

Ixuna diam, tidak menjawab pertanyaan daripada Namjoon.

"Sure kau nak bercerai dengan Taehyung, misalnya kau pilih Yoongi hyung nanti? Kau tak akan menyesal bila benda tu berlaku?"

Melihat Ixuna masih mendiamkan diri, Namjoon mengambil peluang untuk melanjutkan kata-katanya.

"Make sure, kau fikirkan betul-betul  siapa yang perlu kau tuju. Tanya sama hati kau yang paling dalam tu." Namjoon berjeda, dia tarik nafas panjang.

"Misalnya lah kan, kau pilih untuk bercerai juga. Apakah kau tega jauhkan anak kau dengan ayah dia? Suatu hari nanti, bila anak kau dah besar lah kan dan dia tahu bahawa siapa ayah kandung dia yang sebenarnya. So, kau nak jawab apa?"

Perasaan Ixuna mula bergelora dan bercampur aduk hingga menjadi sesak. Matanya mula kuyu, tubir matanya berair.

"Xuna tak tau."

"Tak tau? Gila kau ni." kata Namjoon kesal, ingin sekali dia meluku kepala Ixuna. Geram dia, rasa nak campak budak sebelahnya itu ke pantai Jeju.

Namjoon bingkas berdiri, dia pandang Ixuna seketika.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now