Part 45

903 75 2
                                    

JUNGKOOK menghembuskan hingusnya pada tisu. Air matanya disekat penuh drama. Wajah datar Yoongi dipandang sayu.

"Hiyong janganlah tinggalkan kookie sesorang kat Seoul ni, kalau hiyong pergi kookie hanya sebatang kera aje. Huhuhu. Tolonglah hiyong jangan tinggalkan kookie."

Yoongi menggulingkan biji matanya, menyampah pula dia rasa bila melihat wajah sepupunya yang sayu itu. Namun dalam hatinya terasa juga sebak, bila mengingatkan yang dia akan pergi ke Daegu pada esok hari.

"Hiyong, kookie dah insaf hyung. Kookie janji tak akan nakal-nakal lagi dan buat hiyong sakit hati lagi dengan perangai kookie yang menyebalkan ini. Kookie tak akan marah kat hiyong kalau hiyong nak panggil kookie bunny ke, arnab ke, rabbit ke?"

"Kookie hyu.."

"Alah hiyong! Please, please, please! Don't leave meh hiyong!" jerit Jungkook menggema satu rumah banglo itu.

Yoongi menekup kedua belah telinganya. Dia menjeling ke arah Jungkook. Niatnya yang mahu marah pada lelaki itu, terus terbantut bila melihat wajah sepupunya yang menyedihkan itu.

"Kookie dengar sini. Shut up please and listen to me!" pinta Yoongi tegas.

Dia memegang wajah Jungkook dan mata bulat milik sepupunya itu ditenung lembut. Kedua belah pipi tembam Jungkook dikucup perlahan. Sisa air mata yang masih mengalir dipipi Jungkook dikesat perlahan.

Jungkook mengedip-ngedipkan matanya bila menerima perbuatan Yoongi terhadapnya. Pipinya merona merah.

"Hiyong.."

"Listen here. Hyung balik Daegu sebab nak tenangkan diri dan fikiran, kau tau kan apa yang terjadi kat aku?" kata Yoongi. Jungkook menganggukkan kepalanya dengan bibir memuncung seinci.

"Kookie tau, maaf sebab kookie tak faham perasaan hiyong. Kookie tau, kalau hiyong stay sini lagi, mungkin hiyong payah nak lupakan dia. Lagi-lagi korang berdua kerja ditempat yang sama. Maybe, untuk lupakan dia akan ambil masa yang lama."

Yoongi tersenyum tipis lantas dia melagakan hidungnya pada hidung Jungkook.

"Thats my boy. Kaulah sepupu, saudara dan adik hyung yang hyung sayang. Kau selalu ada untuk hyung dan memahami diri hyung ini. Hyung sayang kookie sangat-sangat. So, kookie jangan pernah kecewakan hyung ye?"

Jungkook menganggukkan kepalanya dengan senyuman manis. Dahi Yoongi diciumnya sepantas kilat, membuatkan Yoongi menggulingkan biji matanya dengan gelak kecil.

"So, hiyong balik Daegu berapa hari?" soal Jungkook.

"Tak pasti lagi. Maybe hyung akan pindah sana terus, duduk dengan keluarga hyung dulu. Lepastu baru hyung cari apartment, dan mungkin hyung akan ganti appa hyung." kata Yoongi berterus terang.

Mata Jungkook bergenangan.

"Jadi hiyong nak tinggalkan kookie sesorang lah ni kat sini? Sunyilah kookie nanti bila hiyong tak ada. Kalau macam tu kookie pindah kat Daegu jugalah." muka Jungkook berubah monyok, dengan mulut dimanyunkan kebawah.

Yoongi mencubit pipi kanan Jungkook lalu rambut sepupunya diusap kasar.

"Janganlah macam ni, habistu kafe kookie tu nak bagi siapa jaga? Please, jangan jadi kebudak-budakan. Hyung tak suka. Lagipun, hyung akan datang sini kalau ada masa lapang. Kookie pula, tak nak balik Busan ke? Masih nak merajuk dengan appa Jeon dan omma Jeon?"

Wajah Jungkook masam mencuka bila mendengar nama ayah dan ibunya disebut oleh Yoongi. Dia bukan benci pada kedua orang tuanya, tapi dia masih merajuk akan sesuatu dengan kedua orang tuanya itu.

"Hmm. Nanti kalau ada masa kookie balik lah." jawab Jungkook mendatar.

"Alasan kau tu dah tak boleh dipakai. Kau selalu guna alasan tu, bila hyung tanya. Dah lapuk dah."

Jungkook hanya membuang muka, tangannya disilang kedada. Bibir dikemam.

"Merajuklah tu. Manja macam pompuan lah kau ni! Suka sangat merajuk." Yoongi mula membebel. Jungkook hanya menggulingkan matanya.

"Whatever."

•••••

IXUNA memandang langit yang ditemani oleh bintang-bintang yang berkelipan. Fikirannya melayang pada kejadian petang tadi.

"Yoongi maaf." bisik Ixuna perlahan. Kepalanya ditundukkan, dia merenung gelang yang melingkari pergelangan tangannya.

Setitis air mata jatuh kepipi. Ixuna hanya membiarkan sahaja air matanya membasahi pipinya.

Ting!

Telefon Ixuna berbunyi, menandakan dia menerima sebuah mesej daripada seseorang. Dengan perlahan Ixuna membuka mesej yang dihantar oleh Taehyung.

Malam ni aku tak balik, so tak payah tunggu aku.

Keluhan keluar dari mulut Ixuna tatkala membaca mesej daripada Taehyung tersebut. Pipinya yang basah oleh air mata, dikesat perlahan.  Telefonnya mematikan telefonnya tanpa membalas mesej Taehyung.

"Taehyung.."

"Kenapalah awak susah sangat nak terima saya dalam hidup awak? Kenapa? Kenapa awak perlu muncul dalam hidup saya? Kalaulah saya tak kenal awak, mungkin saya dah terima cinta Yoongi."

Ixuna bingkas berdiri daripada duduknya, lantas dia berlalu masuk ke dalam bilik. Pintu gelangsar yang menghubungkan balkoni dengan biliknya itu ditutup rapat dan dikunci.

*******
Tbc


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now