Part 28

1.2K 100 3
                                    

DI rumah Taehyung dan Ixuna pada malam itu amat meriah, dengan sanak saudara yang datang untuk menyambut hari krismas bersama.

Ixuna dan Mingyu berdiri ditepi pokok krismas sambil berbual, manakala Taehyung pula hanya memandang dari jauh sesekali dia akan menyampuk perbualannya dengan kedua sepupunya. Jung Hoseok dan Park Jimin.

"Mingming, abang-abang kau tak datang ke?" soal Ixuna sambil menyedut air sirap bandung dengan menggunakan straw.

Mingyu menggelengkan kepala, dengan mulut mengunyah kek beras dia berkata.

"Tak. Sebab mereka busy dengan pesakit kat hospital, so diorang tak boleh nak lepas tangan macam tu aje. Kau kan tau, akhir-akhir ni kan banyak orang kemalangan dan macam-macam lagilah." kata Mingyu seadanya.

Ixuna menganggukkan kepala faham, sesekali dia akan menggelengkan kepala, bila melihat pipi Mingyu yang turun naik kerana mengunyah kek beras.

Kening Mingyu terangkat sebelah.

"Pehal kau tengok aku macam tu? Aku tau lah, aku ni sepupu kau yang paling hensem dan.." kata-kata Mingyu dipotong oleh Ixuna.

"Dan kuat perasan plus poyo gila." bidas Ixuna selamba sambil mencubit pipi lelaki itu, geram.

Mingyu mendengus seraya menepis tangan Ixuna daripada pipinya yang menjadi mangsa cubitan Ixuna.

"Pipi-pipi jangan main ye, ni pipi untuk bakal isteri sah aku aje yang boleh cubit dan cium." kata Mingyu dengan wajah miangnya.

Ixuna tergelak lepas, melihat gelagat Mingyu itu. Ada-ada sahaja sepupunya itu.

"Gatal punya jantan!"

"Aku lelaki bukan jantan ok? Jantan adalah singkatan nama untuk ayam berjantina jantan aje. Aku ni lelaki dan aku seorang manusia bernama Kim Mingyu yang paling kacak lagikan bergaya. Aku ju.."

"Bla, bla dan bla. Jangan nak perasan dan riak sangat lah. Nanti Tuhan tarik balik wajah hensem kau tu, jadi hodoh baru tau. So, bersyukurlah diri kau tu dah kira sempurna walaupun akal fikiran kau tu kurang sempurna. Sewel!" kata Ixuna bersahaja dengan nada mengejek.

"Biadap punya sepupu! Sini kau!"

Mingyu meraih kepala Ixuna lalu dikapit ke celah ketiaknya. Kepala Ixuna diluku perlahan.

Gelagat duo sepupu itu, mengundangkan gelak dari mereka semua yang ada disitu kecuali Taehyung.

Wajah Taehyung sedikit berbahang, rahangnya mengeras. Seperti ada bibit-bibit cemburu, yang mula menguasai dirinya.

Hoseok dan Jimin berpandangan dengan senyuman senget.

"Sepertinya ada yang cemburu lah kat sini." bisik Hoseok ditepi telinga Jimin, walaupun dia berbisik Taehyung disebelahnya dapat mendengar.

"Siapa yang cemburu?" soal Taehyung dengan mata menikam wajah kedua sepupunya itu.

"Entah! Mungkin orang tu yang cemburu." mulut Hoseok dan Jimin memuncung ke arah Taehyung.

"Korang dah kenapa, muncungkan mulut tu hah? Mintak sedekah penampar dengan selipar jepun aku ke apa huh?" kata Taehyung geram, walha dia ingin melarikan topik pembicaraan sebentar tadi.

"Eleh. Nak mengelat lah tu! Pengecut." perli Hoseok dan Jimin lantas tawa mereka bersatu.

Taehyung hanya mengerlingkan matanya sahaja. Malas mahu berdebat dengan kedua sepupunya yang mulut macam laser itu.

Taehyung berkalih pandang ke arah Ixuna dan Mingyu yang masih bergurau senda ditepi pokok krismas. 

Tanpa sedar, dia merengus tidak suka. Lalu dia berpaling semula ke arah Jimin dan Hoseok yang tersengih-sengih sambil memandangnya dengan kening dijongket beberapa kali.

"What's wrong with your smile like that boys?" soal Taehyung acuh tak acuh dengan wajah datarnya.

Tiba-tiba Hoseok dan Jimin tergelak terbahak-bahak.

"Alololo. Ada orang tu jeleslah, tengok bini dia bermesra dengan laki a.k.a sepupunya tu. Dah jeles, tapi taknak mengaku. Ego betul. Kan Hoseok hyung kan?"

Taehyung memandang tajam ke arah mereka berdua yang ber'high five' riang itu sambil menggelakkan dirinya yang polos ini. Eleh! Poloslah sangat.


*****
Tbc


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now