Part 32

1.1K 94 0
                                    

IXUNA mengintai didalam bilik Taehyung, ingin mengetahui apa yang dibuat oleh lelaki itu.

Ixuna telan liur bila, melihat Taehyung yang baru sahaja keluar daripada bilik mandi dengan tuala melingkar dipinggang. Dia memandang Taehyung dari atas sampai bawah dengan wajah berbahang.

"Sejak bila aku jadi gatal ni? Baik aku bla sebelum dia nampak aku." bisik Ixuna seraya berlalu pergi menuju ke tingkat bawah.

Ruang tamu menjadi tujuannya, dia merebahkan dirinya diatas sofa.

"Esok birthday Taehyung oppa, aku nak buat surprise apa eh kat dia?" dagunya diketuk perlahan, fikirannya diputarkan untuk mencari idea.

"Ah! Aku tau, tapi kena minta tolong dengan si Mingming lah jawabnya. Nak ke tak eh dia tolong aku?"

"Belum cuba belum tau."

Ixuna mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar, lalu nombor Mingyu didail. Tidak sampai satu saat, panggilan tersebut dijawab.

"Helo Kim Mingyu disini, siapa disana?" jawab Mingyu bila talian bersambung.

Ixuna menggulingkan biji matanya, bila suara poyo sepupunya menyapa gegendang telinganya.

"Helo ini Ixuna Kim. Boleh saya bercakap dengan Kim Mingyu, si sepupu saya yang poyo itu tak?" kata Ixuna selamba. Dia tersenyum herot bila mendengar Mingyu mendengus.

"Disini tiada Kim Mingyu si sepupu awak yang berpoyo, melainkan sepupu awak yang terlebih hensem."

Bibir Ixuna menjuih kebawah, bila mendengar suara angkuh dan riak Kim Mingyu itu.

"Entah hensem kat mana kau tu? Bla lah. Aku call kau ni, sebab ada benda nak cakap."

"Tch! Potong line betul lah kau ni. Apa dia?"

"Kau rasa esok hari apa?" soal Ixuna.

"Kau call aku semata-mata nak tanya aku esok hari apa aje? Kau ni minah memang lah. Esok hari Ahad. 30 hari bulan 12 tahun 2018. So?" kata Mingyu datar.

"So? 30 hari bulan 12 tu hari apa?" Ixuna menyoal lagi, sengaja ingin menguji Mingyu.

"Kau ni, mana lah aku tau 30 hari bulan 12 tu apa.." tiba-tiba Mingyu terdiam.

Kening Ixuna terangkat sebelah.

"Eh tadi kau tanya esok 30 hari bulan 12 kan? Bukan ke esok hari befday Taehyung kau ke?" kata Mingyu bila dapat menangkap maksud daripada kata-kata Ixuna.

"Thats right boy. So, aku call kau ni sebab nak tanya kau. Surprise apa yang patut aku buat kat Taehyung, sempena hari befday dia ni. Kau ada idea tak?"

Mingyu terdiam seketika sambil mengaru keningnya, jari dipetik bila ada idea menyapa fikirannya.

"Aku tau!" jerit Mingyu kuat, buatkan Ixuna melonjak kerana terkejut.

"Woi! Pekak telinga aku nanti, nak jerit pun agak-agak lah. Ha apa idea kau?"

Mingyu diseberang sana, hanya tergelak kecil bila mendengar suara Ixuna yang bengang itu.

"Okay listen here. Esok.."

•••••

"ABE TAETAE!"

Taehyung tersentak kecil bila pintu pejabatnya dibuka dengan kasar. Tambahan lagi, jeritan yang membingitkan telinga daripada orang tersebut.

"Yah Kim Mingyu! Adab kau kat mana eh? Kat lutut? Kat punggung? Suka gucci kau nak rempuh masuk bilik orang macam tu aje, tak ada adab betul. Cubalah bagi salam dulu, nak masuk tu. Ni tak, macam rusa masuk kandang aje."

Mata Mingyu terkebil-kebil, apabila mendengar bebelan Taehyung yang panjang lebar itu. Tidak lama kemudian, dia tergelak sambil berguling-guling diatas lantai bilik Taehyung itu.

"Dah sewel agaknya budak ni, dah tak lama mungkin." kata Taehyung sinis, lantas dia menyambung kerjanya yang tergendala seketika kerana kedatangan Mingyu.

"Amboi bahasa kau, kasar betul."

Mingyu berhenti daripada berguling, lalu dia bingkas berdiri. Dia melabuh duduk berhadapan dengan Taehyung, kaki disilang sambil memandang Taehyung angkuh.

"Apahal dengan kau ni? Macam tak betul aje aku tengok, dah telan ubat belum? Tiba-tiba aje pandang aku dengan muka angkuh dan poyo kau tu, ingat aku heran."

Mingyu mendengus halus. "Nasib baik ni hari kau. Kalau tak, dah lama makan kasut aku."

Taehyung mengerlingkan matanya ke arah Mingyu lalu tersenyum herot.

"Kalau hari kau, kau nak balas dendam kat aku lah?" soal Taehyung acuh tak acuh.

Mingyu menganggukkan kepalanya.

"Maybe."

Mingyu menjongketkan keningnya, sejurus menongkat dagunya sambil memandang Taehyung yang serius mengerjakan tugasan.

"Kau tahu tak hari ni hari apa?" soal Mingyu, sengaja menguji Taehyung apakah lelaki itu mengingati hari lahirnya.

Kening Taehyung terangkat sebelah, dia melirik Mingyu sejenak.

"Hari ahad lah, kenapa tanya? Di telefon kau tak ada tarikh ke?" kata Taehyung, sedikit menyindir Mingyu.

"Saja tanya, dah tak boleh nak tanya kau dah ke? Tak apalah, macam ni lah kawan. Tak ingat kita.."

Ayat Mingyu dipotong Taehyung.

"Dah! Tak payah kau nak melalut entah apa-apa kat sini lah. Bila masa pula aku cakap tak boleh tanya ni?" kata Taehyung tegas. Fail kerjanya ditutup lalu diletakkan ke dalam laici.

"Tak ada pula kau cakap tadi." ujar Mingyu selamba.

Taehyung menggulingkan biji matanya, tangan disilang kedada. Wajah Mingyu dipandang datar.

"Dah tu, kenapa kau nak emo? Period?" bidas Taehyung savage.

"Period hotak kau! Kau ingat aku yang hensem ni, pompuan ke?" kata Mingyu dengan nada geram.

"Kau ni memang adik Seokjin betul lah, kuat perasan hensem. Worldwide handsome lah, apalah. Nanti masuk dalam kubur, buruk juga."

Mingyu mengetap bibirnya, deep rasanya bila dismash begitu. Dia menjeling Taehyung kesal. Mulutnya kumat-kamit mengumpat.

Taehyung hanya tergelak sinis, bila melihat raut wajah Mingyu.

"Anda terasa ke?" perli Taehyung.

"Diam kau."

*****
Tbc

*****Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now