Part 24

1.3K 105 0
                                    

RAMBUTNYA diselak kebelakang dengan kasar. Dia hela nafas gusar. Sedari tadi, jantungnya tidak berhenti daripada berdebar. Perasaan resah dan gelisah sahaja.

Mingyu, Hoseok dan Jimin hanya memerhatikan tingkah laku Taehyung yang ke hulu dan ke hilir. Mahu juling mata mereka kerana mengikuti gerak-geri lelaki itu.

"Apasal dengan sepupu korang tu? Dah sewel ke?" Mingyu memecahkan keheningan diantara mereka bertiga.

Jimin dan Hoseok mengangkat wajah, memandang ke arah Mingyu yang duduk dikerusi berhadapan dengan mereka.

"Sepupu kami, tapi kawan karib kau juga kan?" ujar Hoseok. Jimin mengangguk kepala, setuju dengan sepupunya itu.

Mingyu tersenyum nipis sambil menjongketkan bahunya.

"Sure." jawab Mingyu cuak.

"Woi Taehyung! Kau dah kenapa huh?  Pening kepala kitorang tengok kau macam seterika bergerak aje. Ke hulu ke hilir. Sit down please." kata Jimin mendatar.

"Yelah. Semak aje aku tengok kau ni." bidas Mingyu selamba.

"Kaulah yang semaknya," Taehyung membidas kembali kata-kata Mingyu.

Mingyu hanya tergelak kecil melihat wajah beremosi Taehyung itu.

Taehyung melabuh duduk disebelah Mingyu sambil menyilang tangan kedada.

"Kan bagus duduk macam tu, ni tak macam seterika aje." perli Hoseok, membuatkan Mingyu dan Jimin tergelak terbahak-bahak bila melihat wajah kelat Taehyung.

"Cis! Amboi kau Mingyu, kalau dengan kawan kita yang tujuh orang tu kau tak ada nak gelak sakan macam ni. Tapi, dengan dua sepupu aku yang kurang kalsium ni boleh pula kau gelak macam langsuir."

Taehyung menyindir Mingyu, dia tersenyum herot bila lelaki itu merengus halus sambil menjeling ke arahnya.

"Suka hati aku lah, kau nak sibuk kenapa? Sibukkan diri kau tu dulu, jangan nak sibukkan hal orang. Diri sendiri pun masih kurang betul." sindiran berbalas sindiran.

Kepala Hoseok dan Jimin terangguk-angguk setuju dengan wajah bengang.

"Betul tu! Sedap nasi kari mak aku masak aje kata kitorang ni kurang kalsium. Kau kurang siuman dho." kata Hoseok dan Jimin serentak.  Mata mereka berapi-api merenung Taehyung.

"Eleh! Kisah apa aku." Taehyung mencebikkan bibirnya. Tidak sedikit pun, berasa gerun dengan panahan tajam daripada Jimin dan Hoseok itu.

"Taehyung." panggilan Jimin, buatkan Taehyung memandang ke arahnya.

"Apa?"

Jimin dan Hoseok berpandangan sejenak lalu menganggukkan kepala.

Mingyu hanya menjadi penonton tidak berbayar disitu. Mulutnya sibuk mengunyah popcorn, yang entah daripada mana dia rembat itu.

"Appa Kim dan omma Kim, minta kau balik ke rumah. Diorang rindu nak jumpa kau. Sejak kau kahwin dan pindah keluar dari rumah tu, kau dah lama tak jenguk mereka berdua. Ixuna aje yang datang jenguk mereka berdua." kata Hoseok.

"Betul tu Tae, balik lah. Kasihan kat omma dan appa kau tu. Aku tau kau masih belum maafkan diorang, tapi fikirlah secara dewasa. Diorang rindu kat anak tunggalnya ni, diorang dah insaf Tae. Cubalah maafkan mereka."

"Baliklah ke Daegu. Jumpa mereka. Aku kesian tengok muka mereka berdua yang penuh dengan kerinduan kat kau Tae. Tolonglah. Kisah lama tak payah dikenang kembali. Itu perkara dah lepas, biarkanlah ia berlalu pergi. Kau harus buka buku baru."

Jimin dan Hoseok berjeda. Silih berganti mereka berdua menasihati Taehyung. Mereka berdua memandang Taehyung yang hanya diam tanpa reaksi. Mingyu hanya mampu berdiam diri sambil mendengar dan melihat kejadian itu.

"Tae, kitorang cakap macam ni sebab kau tu sepupu dan adik kitorang tau. Sebelum kau menyesal dikemudian hari, baik kau hargai apa yang ada sebelum kau kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup kau."

"Walaupun perangai diorang buruk, tapi diorang tetap ibu bapa kita. Kalau bukan sebab mereka, kita tak kan pernah wujud kat dunia ni. Buruk ke baik ke, kita kena terima seadanya. Kitorang tak nak kau jadi anak derhaka Tae. Tambahan lagi, kau anak lelaki. Banyak lagi kewajipan seorang anak lelaki untuk ibu bapanya. Tidak tercium syurga jikalau menderhakakan ibu bapa kita, terutama ibu kita."

Taehyung terdiam mendengarkan bait-bait kata yang meniti dibibir kedua sepupunya itu. Hatinya berasa bagaikan ditampar ombak yang deras, setelah mendengar ceramah dan nasihat daripada mereka berdua.  Terbit pula rasa sakit dan bersalah didalam dirinya. Tidak terasa tubir matanya bergenang oleh air mata.

Terasa pula dirinya itu penuh dengan dosa dan seorang yang kejam kerana memperlakukan kedua ibu bapanya begitu. Makin ditahan, makin sesak dadanya.

Setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipinya. Taehyung menundukkan kepala, bibirnya mengeluarkan esakan.

Mingyu, Hoseok dan Jimin terdiam melihat Taehyung yang terkenal  berwajah dingin dan kejam itu, buat pertama kali menitiskan air mata dihadapan mereka bertiga.

Mereka bertiga melihat bagaimana dulunya, seorang Kim Taehyung yang dingin dan tidak berhati perut dihadapan semua umum kini menjadi rapuh. Mereka turut berasa sedih melihat keadaan Taehyung itu.

"Tae.."

"Betul apa yang korang cakap tu, aku memang seorang anak yang tidak pernah nak berbakti kepada orang yang telah melahirkan anak bodoh macam aku ni. Aku jahat dan kejam. Ego! Tapi, diorang juga ada salah. Diorang yang buat aku jadi macam ni."

Mereka bertiga hanya mendengar luahan hati Taehyung tanpa menyela. Ingin memberikan peluang pada lelaki itu untuk meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku. Mereka tahu yang Taehyung terseksa dan kesepian. Ada keluarga tapi, macam tiada keluarga. Masing-masing lebih mementingkan kerja daripada meluangkan masa dengan orang tersayang.


*****
Tbc


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now