Part 83

643 51 1
                                    

KENING Ixuna terjongket sebelah, tatkala melihat Taehyung yang semacam meroyan itu. Tidak pernah pula lelaki itu buat perangai yang gila-gila dihadapannya, ini kali pertama dia tengok gelagat suaminya yang kurang matang itu.

"Yeah you makin 'me a boy with love.
Oh my my my, oh my my my." suara serak basah daripada Taehyung menggema segenap rumah banglo itu.

Berdesing pula gegendang lubang telinga Ixuna yang mendengarnya. Dia tersenyum geli hati melihat suaminya yang terlolong dan memekak di ruang tamu.

"I've waited all my life, I want to be with you all. Oh my my my, oh my my my. Looking for something right. Now I know a little bit. Than a moment, than a moment, love."

"Ooh ah, ooh ah. I have waited longer. Ooh ah, ooh ah. For a boy with, for a boy with love."

"Abang.." panggilan daripada Ixuna hanya disahut oleh nyanyian Taehyung. Lelaki itu seakan asyik dalam dunia sendiri.

"Listen my my baby buyung, I'm flying high in the sky. With the two wings you gave me. It's too high here. I want to fit you in my eyes. Yeah you makin 'me a boy with love."

Badan digerak selincah mungkin, mengikuti gerakan daripada group band yang ditayangkan dalam TV.

"Sempat lagi kau selitkan buyung kat dalam lirik tu." Ixuna ketap gigi, di dalam hati sudah berkandang-kandang carutan dia sembahkan pada suaminya itu.

"Oh my my my, oh my my my. You got me high so fast, I want to be with you all."

"Abang.."

"Oh my my my, oh my my my. You got me fly so fast. Now I know a little bit, than a boy with love. Ooh ah ooh ah, love is nothing stronger."

Dengusan keluar dari mulut Ixuna tatkala Taehyung tidak menyahut panggilannya. Tangannya tergenggam kemas, bibir dikemam kasar.

"Abang!!"

Jeritan daripada Ixuna membuatkan Taehyung melatah sambil melompat kecil kerana kaget.

"Oh my my mak buyungku meletup!"

Taehyung menoleh ke arah Ixuna dengan muka terkejutnya. Tangan ditekap pada dadanya sejurus diusap perlahan sekadar untuk menenangkan rasa debarannya.

"Apa kau ni, terkejut aku tau tak? Nak tegur tu, bagilah salam dulu." kata Taehyung kesal.

Ixuna menggulingkan biji matanya lantas dia bergerak mendekati suaminya itu.

"Sayang panggil abang dah banyak kali, tapi abang buat der aje. Siapa tak sakit hati?" cemuh Ixuna geram. Pipi suaminya ditarik perlahan.

Taehyung hanya membiarkan sahaja pipinya menjadi mangsa oleh Ixuna, nak marah pun tiada gunanya juga sebab dia yang salah.

"Sorry. Kau duduklah, terseksa pula aku tengok kau dengan perut besar kau tu." kata Taehyung selamba sambil melabuhkan punggungnya di sofa sambil menarik Ixuna agar turut duduk disebelahnya.

"Siapa yang buat sayang jadi macam ni?" perli Ixuna sambil memeluk tubuh.

Kepala digaru dengan mata membulat mengerling Ixuna kesal.

"Aku." jawab Taehyung datar.

Senyap mengelubungi mereka berdua.

"Wei Xuna, kau rasa aku hensem tak?"

Taehyung bertanya sambil duduk menghadap ke Ixuna. Dia tersenyum-senyum, menunggu jawapan daripada isterinya itu.

Raut wajah Ixuna berubah, dia memandang Taehyung dengan wajah tidak percaya.

Dah kenapa dengan suami aku ni? Bisik hati Ixuna kehairanan dengan perangai Taehyung pada malam itu.

"Asal kau tengok aku macam tu? Aku hensem eh? Aku tau, kau tak payah jawab."

Taehyung tersenyum angkuh sambil menyebak rambutnya dengan penuh bergaya ke belakang.

Ixuna hanya mampu membuat muka aneh. Tidak tahu hendak berkata apa,  bila suaminya sudah angkat bakul sendiri. Geli pula anak tekaknya.

"Err.. Abang, sayang masuk bilik dululah. Rasa mengantuk pula dengar ayat perasan abang tu. Bye husband."

Seusai berkata begitu, Ixuna terus menonong pergi meninggalkan Taehyung di ruang tamu. Lelaki itu terpinga-pinga sendirian apabila dirinya ditinggalkan begitu sahaja oleh isterinya.

"Dah kenapa minah buyung tu?"  gumam Taehyung perlahan, keningnya digaru sejenak lalu dia menjongketkan bahunya.

"Lantak kau lah mak buyung."

•••••

Keesokan harinya..

ENTAH untuk kali keberapa, Taehyung mengeluh untuk hari ini. Rambutnya yang biru muda itu diserabaikan kasar.

"Huhuhu, ini kali pertama dan terakhir untuk aku. Selepas ini aku tak nak buat dia mengandung dah, aku kibar bendera putih." monolog Taehyung seorang diri.

Kulit bawang merah dikupas perlahan, sesekali dia akan mengesat pipinya yang basah oleh air mata.

Haruman yang menyengat daripada bawang merah itu membuatkan Taehyung menitiskan air mata. Hingus yang meleleh, dia kesat dengan menggunakan lengan bajunya.

Ixuna yang sedari tadi menonton gelagat suaminya hanya mampu tersenyum sahaja sambil meneguk air oren.

"Hak eleh, kupas bawang pun sampai nangis bagai. Kata gentleman?"

Kata-kata ejekan daripada Ixuna, buatkan Taehyung yang mendengar berasap satu badan.

"Kesah apa aku. Daripada kau yang bawa perut buncit tu ke hulu dan ke hilir, jalan pula terkedek-kedek. Lembap."

Habis sahaja Taehyung berkata begitu, terus wajahnya disiram air oren oleh Ixuna kerana geram.

"Satu sama." kata Ixuna lantas dia berlalu keluar dari ruang dapur itu.

Taehyung menghela nafas kasar. Bibir dikemam kemas. Wajahnya yang terasa melekit kerana disimbah dengan air manis itu, dia kesat kasar.

"Ingin aku berkata kasar. Dasar mak buyung, untung sayang."

Bibir Taehyung tercebik-cebik, dengan muka sedih. Air mata pula tidak henti mengalir ke pipi. Pedih dengan haruman wangi yang amat memedihkan matanya.

"Wahai bawang, asal kau buat aku nangis nak rak ni? Sedih yang amat menyedihkan aku betullah."

*****
Tbc.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now