Part 27

1.2K 100 0
                                    

MINGYU meletakkan bunga tulip yang dia bawa, diatas meja bersebelahan dengan katil pesakit.

Mingyu tersenyum manis kepada Ixuna sejurus mendudukkan dirinya dikerusi yang tersedia disitu.

"Happy merry christmas Ixuna Kim, my beloved cousin." ucap Mingyu.

Ixuna tersenyum nipis. "Happy merry christmas too, my dear cousin Kim Mingyu."

Seketika kemudian, gelak mereka berdua terletus.

"Taehyung kata yang kau dah boleh balik petang karang. Betul ke?" Mingyu bertanya.

Ixuna menganggukkan kepalanya.

"Betullah. Dalam pukul tiga setengah, macam tulah. Kenapa?" kata Ixuna dengan kening dijongket.

"Tak ada apa. Saja je tanya. Hmm, Taehyung mana?"

"Dia pergi makan kat kantin hospital." jawab Ixuna.

"Oh. Dia baru pergi ke, atau tadi lagi?" soal Mingyu pada Ixuna.

"Hmm. Baru aje dia pergi, dalam dua minit macam tulah. Lepastu kau pun datang. Kenapa?"

Ixuna memandang wajah sepupunya hairan.

"Tak ada apa. Cuma aku nak kasi tau kau, pasal minah yang kau suruh aku siasat tu." kata Mingyu dengan suara perlahan. Wajahnya turut berubah menjadi serius.

Ixuna memetik jarinya dengan senyuman lebar.

"Ha'ah lah. So, kau dah dapat belum maklumat minah tu?"

Mingyu menganggukkan kepalanya.

"Dah. Semua maklumat dia, aku dah dapat. Lengkap! Nanti aku kasi tau kau, selepas kau keluar dari hospital ni. Nanti aku mesej kau, untuk berjumpa dimana. Ok?"

Senyuman Ixuna mengembang lebar, lantas tubuh tegap sepupunya dipeluk kejap.

"Ok! By the way, thanks Mingyu. Ni yang buat aku makin sayang kat kau ni." kata Ixuna girang.

Mingyu hanya gelak sahaja, seraya menepuk perlahan bahu sepupunya itu.

"You're welcome dear. But.."

Ixuna menjongketkan keningnya sejurus meleraikan pelukan mereka. Dia memandang Mingyu dengan wajah hairan.

"But?"

"Aku ada idea nak kasi tau kau. Maybe idea aku ni sedikit berisiko."

"Idea? Idea apa?" soal Ixuna panasaran.

"Nanti aku kasi tau kau." kata Mingyu datar, dia bersandar pada badan kerusi sambil memeluk tubuh.

"Ok."

Ixuna hanya mampu menganggukkan kepala sambil tersenyum nipis.

"Wei Xuna, malam ni kitorang sambut hari krismas. Kau nak join tak?" kata Mingyu.

"Bila? Kat mana?" Ixuna bertanya sambil mengambil segelas air suam diatas meja, lantas dia meneguk perlahan.

"Pukul lapan lebih, macam tulah. Kat rumah kau dan Taehyung."

Mata Ixuna membulat, hampir tersembur dibuatnya kerana terkejut. Dia meletakkan gelas diatas meja, lalu memandang Mingyu dengan wajah tidak percaya.

"Rumah kitorang? Taehyung kasi ke?"

Mingyu menganggukkan kepalanya.

"Ha'ah. Dia kasilah, sebab dia yang bagi cadangan tu. Parents korang pun, akan sambut kat situ juga. Diorang dah buat persiapan serta hias rumah korang. Lagi ramai lagilah meriah kan." kata Mingyu semangat dengan senyuman lebar.

"Wah! Mesti akan seronok kan? Tak sabarnya nak balik. Hadiah ada ke?"

"Mestilah ada."

Gelak mereka bersatu, sehinggalah bunyi pintu wad dibuka mengalihkan pandangan mereka ke arah pintu. Gelak mereka juga turut terhenti, bila melihat wajah Taehyung terjengul dibalik daun pintu. Lelaki itu mengorak langkah menghampiri mereka berdua.

"Hye bro! What's up man!"

Mingyu bingkas berdiri seraya menepuk bahu Taehyung dan mereka berdua melagakan penumbuk masing-masing. Mingyu tergelak kecil, manakala Taehyung hanya mendiamkan diri dengan muka tiada perasaannya.

"Hye bro, smile please. Tak baik masam-masam ni, nanti Tuhan tolak rezeki kita tau. Senyuman ni sedekah tau? So, smile like pretty boy." kata Mingyu selamba berbaur nasihat yang terselit.

Taehyung mengerlingkan matanya ke arah Mingyu seraya merengus halus.

"Whatever. Banyaklah kau punya pretty boy."

Ixuna dan Mingyu tergelak lepas dengan kepala tergeleng-geleng melihat telatah Taehyung itu.

"Bukan awak pretty boy ke?" sakat Ixuna dengan senyuman senget.

Taehyung hanya menjeling dengan wajah ketat.

"Relax brader, don't emo-emo okay. Tidak baik untuk kesihatan kita ok?" kata Mingyu dengan nada mengejek.

"Aku tau kau ejek aku." Taehyung memandang Mingyu datar sambil memeluk tubuhnya.

Mingyu berpura-pura terkejut, mulutnya ditutup dengan tangan.

"Mana kau tahu aku ejek kau? Kau ahli nujum ke? Wah, daebak!" kata Mingyu dengan gelak terbahak-bahak.

Ixuna tergelak kecil melihat gelagat Mingyu itu. Suka betul menyakat orang, tambahan pula Taehyung yang menjadi mangsanya.

******
Tbc

******Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now