Part 64

805 67 15
                                    

JAM yang tergantung di permukaan dinding dia kerling sekilas, angka sudah menunjukkan pukul 8 malam. Kakinya digorakkan ke arah bilik tamu yang berada di tingkat bawah.

Ixuna memulas tombol pintu, dengan tarikan nafas panjang dia kuakkan daun pintu itu. Di saat pintu bilik itu terbuka, dia memandang ke arah Taehyung yang sedang berada di balkoni bilik sambil termenung panjang.

Ixuna menghela nafas sejenak, lantas dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dia menuju ke arah Taehyung lalu dia melabuhkan duduk di kerusi yang sudah tersedia di situ.

"Abang.." panggilan Ixuna, menyentakkan lamunan panjang Taehyung. Lelaki itu menoleh ke arah isterinya, setelah itu dia melarikan wajah ke arah lain.

Ixuna tersenyum hambar, melihat tindakan Taehyung itu padanya. Sedikit terasa, namun dia tidak ambil hati kerana dia tahu yang bersalah di sini adalah dia.

"Abang dah makan? Saya ada masak makanan kegemaran abang tadi, jom kita makan malam bersama."

Ixuna buka suara. Dia pandang Taehyung, dengan pandangan mengharap agar lelaki itu menerima ajakannya itu.

"Aku tak lapar." jawab Taehyung datar dan pendek. Kedengaran dingin pada nada suara Taehyung.

"Bohong. Saya tau awak lapar. Awak kan belum malam lagi, hari ini. Jomlah makan, nanti perut awak masuk angin macam mana? Awak juga yang sakit nanti." pujuk Ixuna lembut.

Taehyung mendengus perlahan seraya menumpukan matanya pada Ixuna. Dia hela nafas.

"Baiklah."

Ixuna tersenyum lebar, tatkala ajakkannya diterima oleh Taehyung. Dia bingkas berdiri lalu mendekati Taehyung.

"Biar saya tolak awak ke ruang makan." kata Ixuna seraya mendorong kerusi roda Taehyung, dia membawa Taehyung keluar daripada bilik dan menuju ke ruang makan.

Setiba mereka di ruang makan, Taehyung melihat makanan yang terhidang di atas meja itu. Pelbagai jenis makanan yang Ixuna buat, kebanyakan adalah makanan kegemarannya.

"Abang boleh tak, saya nak suapkan untuk awak?"

Permintaan spontan yang keluar dari mulut Ixuna, buatkan Taehyung terkedu. Dia memandang wajah Ixuna, dengan teragak-agak dia menganggukkan kepala. Melihat anggukkan daripada Taehyung, bibir Ixuna terangkat membentukkan senyuman manis.

"Thanks abang."

Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Pinggan nasi di capai, sup tomyam dia sendok lalu di bubuh ke atas nasi. Nasi digaul dengan menggunakan tangan.

"Buka mulut." arah Ixuna, sejurus menyuakan nasi pada Taehyung.

Taehyung membuka mulutnya, seperti yang gadis itu pinta. Dia menerima suapan daripada Ixuna.

"Sedap?"

"Hmm." kepala Taehyung terangguk perlahan dengan muka tiada perasaan. Ixuna hanya tersenyum sahaja.

"Makan yang banyak ye abang, biar cepat sihat macam dulu. Nah!"

Suapan kedua, Taehyung terima dengan baik. Dalam diam dia menangis, menerima perlakuan manis tersebut. Namun, dia ragu. Apakah Ixuna ikhlas melakukan ini semua padanya? Dia risau dan takut hatinya akan sakit lagi.

•••••

WAJAH Taehyung yang sudah lena itu, dia pandang dengan senyuman nipis. Pipi suaminya yang cengkung itu, dia belai perlahan.

"I'm sorry abang. Saya memang isteri yang zalim, sebab dah goreskan hati dan perasaan awak."

Ixuna merebahkan kepalanya diatas dada Taehyung, pinggang suaminya dia peluk.

"Izinkan saya tidur dengan awak untuk malam ni, sebelum saya pergi buat seketika." bisik Ixuna dengan mata dipejam rapat. Pelukannya pada Taehyung dieratkan.

"Goodnight my love husband."

"Goodnight too my love wife."

Mata Ixuna yang terpejam, terus terbuka apabila mendengar balasan daripada Taehyung itu. Kepalanya didongak, dia memandang wajah Taehyung.

Taehyung membukakan matanya, lalu dia membalas pandangan mata Ixuna. Tangannya terangkat, dia membalas pelukan Ixuna terhadapnya. Ixuna tersentak dengan perbuatan Taehyung itu, namun dia tidak nafikan yang dia suka akan hal itu.

"Saya ingat awak dah tidur." kata Ixuna.

"Macam mana aku nak tidur, kalau kau duk memekak tepi telinga aku macam nyamuk." bidas Taehyung datar, dengan anak matanya galak memandang wajah Ixuna. Redup sahaja, pandangan matanya.

Bibir Ixuna terkemam kasar, dia palingkan wajah ke arah lain.

"Maaf."

"Hmm."

"Awak.."

"Hmm?"

"Nanti bayi ni lahir, awak nak namakan apa?"

Mendengar soalan daripada Ixuna itu, buatkan Taehyung terkedu. Dia terdiam buat seketika.

"Kenapa kau tanya aku?" soalan berbalas soalan. Ixuna menjuihkan bibirnya.

"Alah jawab ajelah. Saya nak tau." rungut Ixuna kesal.

Taehyung hanya mendiamkan diri sambil merenung isterinya. Perasaan segan mula menguasai diri Ixuna, apabila melihat renungan teduh Taehyung padanya.

"Kenapa awak tenung saya macam tu?"

"Saja. Kalau kau nak tau, aku boleh kasi tau. Aku tak kisah kalau dia lahir nanti perempuan or lelaki, dengan kehadiran mereka sudah cukup buat hidup aku berwarna. If bayi itu perempuan aku nak letak nama dia Kim Nana, if lelaki aku nak letak nama Kim Taejun."

"Kenapa nama diorang nak dekat sama dengan nama kita?" soal Ixuna.

"Nama mereka adalah gabungan dari nama kita berdua."

Senyuman Ixuna terbit, tatkala mendengarkan itu. Dia terharu, dengan kata-kata Taehyung itu.

"Thanks abang."

Taehyung hanya menganggukkan kepala dengan senyuman nipis.

"Tolong jangan pernah tinggalkan aku, Xuna."

Bisikan Taehyung menyapa gegendang telinga Ixuna, gadis itu terkedu. Mereka berdua berbalas pandangan mata, sehinggalah Ixuna mengambil tindakan untuk berpaling ke arah lain. Bibirnya digigit perlahan, mukanya di sembamkan pada dada Taehyung.

"Saya.. Saya tak dapat janji. Maafkan saya."

Taehyung hanya tersenyum sahaja, namun tidak dengan hatinya. Merintih kesedihan.

"Tak apa aku tau. Dahlah, jom tidur."

Taehyung melepaskan pelukannya pada Ixuna lalu dia berpaling membelakangi isterinya. Tepat disaat Taehyung berpaling, air matanya jatuh ke pipi. Dia menangis dalam diam.

*****
Tbc.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now