Part 31

1.1K 87 0
                                    

"NAH!"

Mingyu dengan selambanya, mencampakkan sampul surat berwarna putih ke atas meja.

Ixuna menjeling sambil mengambil sampul surat tersebut.

"Kau memang tak ada adab eh? Cubalah bagi tu dengan cara yang molek. Ni tak, main ikut nak campak eh?" sindir Ixuna geram.

Mingyu hanya tergelak kecil dengan senyuman yang paling menyampah.

"Eleh. Buat apa aku nak jaga adab dengan kau? Kau pun dua kali lima aje, adab kat mana?" Mingyu membidas sindiran Ixuna terhadapnya.

"Hahaha. Lucu." kata Ixuna cuak dengan gelak yang dibuat-buat.

"Cepatlah buka, aku tak sabar nak tengok reaksi kau ni." Mingyu menggesa Ixuna.

Ixuna merengus halus, seraya membuka sampul surat tersebut. Dia mengeluarkan isi dalam sampul itu dan diletakkan diatas meja. Didalam sampul surat itu, terdapat dua keping gambar dan sepucuk surat dari hospital.

"Ni gambar real ke edit?" soal Ixuna, tatkala melihat dua gambar tersebut. Di gambar itu, terdapat suaminya dengan Jiwoo sedang berpelukan diatas katil.

"Kalau kau cerdik, kau akan tau gambar tu real or edit. Dunia dah moden lah, semua benda manusia boleh buat dengan hujung jari aje." kata Mingyu selamba sahaja sambil mengunyah kaki ayam goreng.

"Aku rasa ni edit. Sebab kat hujung gambar ni ada tulis tarikh dan tempat. Kalau dengan fikiran logik aku lah, Taehyung tak akan keluar atau melepak dimana aje kalau tak dengan kau kan?" kata Ixuna dengan bernasnya.

Mingyu memetikkan jarinya.

"Exactly! Thats my girl. So?"

"So, kat sini tertulis tarikh dimana aku masuk hospital sebab bleeding. Dan tempat kejadian pula, dihotel bertarafkan tiga bintang. Taehyung pada waktu itu, tidak pergi ke mana-mana melainkan jaga aku kat hospital sampailah aku boleh keluar dari hospital. So, apa masalah minah ni?"

Mingyu tersenyum sinis, dia memeluk tubuh seraya mengangkat keningnya.

"Dia nak cari populariti lah tu." kata Mingyu dengan gelak terbahak-bahak. Kemudian dia tersengih bila ditenung begitu tajam oleh Ixuna.

"Kau ni mabuk ke hah, minum air ketum sebab tu jadi sewel. Orang tengah serius, dia boleh pula main-main." bebel Ixuna geram. Dia melempar seketuk kaki ayam goreng kepada Mingyu, tepat kena dahi lelaki itu.

"Woi! Ayam goreng ni, rezeki kut. Sedap kaki ayam aje, kau lempar rezeki ye. Kau memang tak pernah nak bersyukur ye dengan rezeki yang Tuhan bagi? Kena tarik baru tau!" kini Mingyu pula membebel kepada Ixuna.

Gadis itu menggulingkan biji matanya.

"Ni nak tanya, kau boleh ada gambar dan surat ni macam mana?" soal Ixuna.

Mingyu mengusap dagunya.

"Hmm. Dari sumber yang boleh dipercayai?" kata Mingyu, ingin bermain tarik tali dengan sepupunya itu.

"Kau ni, aku tanya betul-betul kan?"

"Fine. Aku kasi tau kau macam mana, aku boleh ada gambar ni dengan surat DNA dari hospital."

"Gambar tu aku dapat dari bekas classmate aku di sekolah menengah dulu, kebetulan pula dia yang jadi fotografi pompuan tu. So, senanglah kerja aku." kata Mingyu.

Ixuna menganggukkan kepala. Dia memandang sepucuk surat itu, sekali tengok dia sudah tahu apa yang tertulis disitu.

"Surat ni pula?" soal Ixuna.

"Surat ni, aku dapat dari hyung aku."

"Hyung kau?"

Mingyu menganggukkan kepalanya.

"Yelah. Hyung aku, kebetulan juga dia adalah doktor kandungan. So, time dia selesai buat pemeriksaan keatas minah tu. Minah sewel tu, minta tolong Seokjin hyung untuk buat satu surat yang mengatakan dalam perut dia tu anak kepada Kim Taehyung, suami kau tu."

"Seolah familiar dengan nama tu, Seokjin hyung terus call aku. Seokjin hyung beritahu lah aku pasal tu. So, aku pun mintalah Seokjin hyung untuk buat permintaan minah tu. Dengan bantuan Seokjin hyung dengan Namjoon hyung, terhasillah surat palsu ni."

"Maksudnya, kau buat macam tu. Sebab nak bagi lakonan minah tu berjaya dan nampak real? Macam tu?" Ixuna meneka.

Mingyu tersenyum senget seraya menepuk tangan.

"Thats right girl. I'm clever right?" kata Mingyu sambil mendabik dada.

Ixuna mencebik. "Boleh lah. So, pelan kau apa?"

Mingyu tersenyum sinis dengan kening dijongket beberapa kali. Ixuna turut tersenyum, bila dapat menangkap maksud daripada pandangan mata Mingyu.


******
Tbc


Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now