Part 86

632 49 0
                                    

SENYUMAN manis yang merekah di bibir Taehyung tidak pernah pudar, sesekali dia tergelak kecil apabila melihat gelagat anak perempuannya yang diberi nama Kim Nana.

"Alah bucuk-bucuk daddy, jom mandi dengan daddy." kata Taehyung sambil menimang anaknya yang berumur sebulan lebih itu.

Hidungnya digeselkan pada hidung mungil Nana. Pipi tembam yang kemerahan Nana, dia kucup beberapa kali.

Ixuna yang berada diatas katil hanya tersenyum sahaja melihat gelagat suaminya itu, sambil itu dia menyuap bubur sayur ke dalam mulut.

"Xuna, Nana ni nakal macam kau lah. Dia gigit jari aku dengan gusi dia." adu Taehyung dengan wajah cemberut.

Ixuna tergelak kecil. "Dia nak sakat daddy dia lah tu. Cuba abang tengok muka Nana, dia mirip dengan siapa?"

Kening Taehyung terangkat sebelah, kepalanya dilentokkan ke kiri. Jari telunjuknya mengetuk bibir. Anak matanya dipakukan pada wajah Nana yang berada didukungannya.

"Hmm, muka dia banyak ikut muka daddy dia lah. Cuma bibir dia aje yang ikut kau." kata Taehyung dengan muka bangga. Kening dijongket beberapa kali pada Ixuna.

Bibir Ixuna terjuih ke bawah, anak matanya dijulingkan ke atas. Kesal.

"Tak payah nak bangga sangat eh? Dah! Abang pergilah mandi dengan Nana dulu, kejap lagi diorang sampai payah pula nanti. Dah, pergi." kata Ixuna sambil menghalau Taehyung untuk segera pergi ke bilik air.

Taehyung hanya mendengus jengkel, hidung isterinya ditarik kasar membuatkan Ixuna terjerit kecil. Taehyung tersenyum suka lalu dia beredar ke bilik air bersama Nana didukungannya.

"Jom mandi baby."

"Abang."

Taehyung menoleh sambil menjongketkan kening.

"Apa?"

"Jangan mandi lelama sangat, mandi malam-malam ni tak elok untuk Nana dan abang pun. Okey?" kata Ixuna lembut berbaur tegas.

Kepala Taehyung terangguk perlahan, faham dengan apa yang Ixuna katakan itu.

"Okey sayang."

•••••

PADA malam itu, rumah Taehyung dan Ixuna riuh rendah dengan suara daripada ahli keluarga, sepupu dan kawan mereka yang datang berkunjung. Mereka semua berada di halaman rumah, barbeku.

Ahli keluarga Kim dan Han sedang melepak di wakaf sambil bermain dengan cucu mereka. Manakala para lelaki pula, sedang membuat kerja masing-masing seperti membakar daging, ayam dan sosej. Ada juga yang sedang memasak dan pelbagai lagi.

Sedangkan Ixuna hanya bersantai sambil berbual dengan isteri kepada sepupunya, Haeyoun.

"Congrats."

Kepala Taehyung terangkat lalu ditoleh ke sebelah. Dia mendapati Yoongi sedang memandangnya dengan senyuman manis lalu lelaki itu menunduk sambil membalikkan daging yang sedang dia bakar itu.

Kedua sudut bibir Taehyung terangkat, lalu membentukkan sebuah senyuman kecil.

"Thanks."

"Most welcome. Hmm, can we be friend?"

Mendengarkan kata-kata Yoongi tersebut buatkan Taehyung terkedu sejenak. Dia menolehkan kepala ke arah Yoongi.

"Can you?"

"Yes! Why not? I'm a friend with Ixuna, I'm not gonna be friend with you anyway? Ixuna friend means your friend too?"

Mata Taehyung terkerdip-kerdip, dia tersenyum manis sambil menganggukkan kepala. Bahu Yoongi ditepuk perlahan.

"All right, we're friends. In fact, I've been friends with you for a long time but I'm afraid you do not want to be friends with me and aku takut kau bencikan aku aje."

"Seriously? Tak lah, aku taklah sampai macam tu. Kan aku dah kata, aku kawan Ixuna bermaksud kawan kau jugalah. Aku tak pernah benci kau pun, sebaliknya kau yang patut ada perasaan tu. Sebab aku dah taruh hati kat isteri kau tu."

Gelak kecil tercetus dibibir Taehyung, kepalanya digeleng perlahan.

"Aku pun sama dengan kau, hyung. Aku dah lupakan perkara tu. Biarlah ia berlalu. Kita buka kisah baru dan tutup kisah dahulu. Aku tak benci kau, hyung. But.."

"But?"

Taehyung merenung anak mata Yoongi dalam-dalam lalu dia tersenyum sambil berkata.

"But, you do not expect anything from my wife anymore right?"

Soalan daripada Taehyung tersebut bagaikan menghentak hati dan perasaan Yoongi. Dia terdiam cukup lama sambil merenung daging lembu yang sedang dia bakar itu.

Seulas senyuman nipis terlakar diwajah Yoongi, dia mengerling Taehyung.

"Tak. Aku dah tak mengharapkan apa-apa daripada isteri kau lagi." Yoongi berjeda seketika.

"Aku hanya menganggap Ixuna seperti adik aku sendiri, sudah tidak lebih daripada itu. Walaupun kenyataannya rasa itu, memang susah untuk dihilangkan dengan mudah. I hope you understand, what I mean."

Taehyung hanya tersenyum sahaja sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Yoongi. Dia faham apa yang Yoongi maksudkan.

"Aku faham hyung. Nak hilangkan perasaan itu bukanlah mudah, ia akan memakan waktu yang lama untuk hilangkan dan digantikan dengan yang baru."

"Thanks for understanding me, friend."

"No problem, friend."

*****
Tbc. I hope you like it this chapt, Sorry for typo my English language. 😅.

 😅

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oh sebelum terlupa, jom cek ff sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oh sebelum terlupa, jom cek ff sebelah. Sya ada up ff baru LID, Lagenda Isteri Durjana tapi Cast dia Min Yoongi. Ff ni menceritakan kisah isteri yang zalim pada suaminya. Hope you guys like it. 🤗

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now