Part 85

646 47 0
                                    

TAEHYUNG menggigit kuku jarinya, dia merenung pintu bilik kecemasan dengan perasaan gelisah dan risau.

Keluarga kepada Taehyung dan Ixuna hanya memandang gelagat Taehyung dengan kepala digeleng perlahan.

Tuan Han menepuk perlahan bahu menantunya sambil tersenyum kecil.

"Jangan risau, semua akan baik-baik saja. Berdoalah semoga isteri kamu dapat melahirkan anak korang dengan baik." kata Tuan Han lembut.

Taehyung tersenyum nipis mendengar nasihat daripada ayah mertuanya itu. Di dalam hati, dia lafazkan doa untuk Ixuna dan bakal anaknya.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik kecemasan terbuka dari dalam dan keluarlah seorang doktor wanita dengan senyuman manis terbias di bibirnya.

"Keluarga Ixuna Kim?"

"Ya kami dok, macam mana dengan menantu kami?" kata Puan Kim.

Doktor wanita dalam lingkungan 30-an itu, tersenyum sahaja sebelum matanya memandang ke arah Taehyung.

"Kamu mesti suami kepada Ixuna Kim?" soal doktor tersebut. Taehyung menganggukkan kepala.

"Ya saya. Macam mana dengan isteri saya dok dan anak saya? Apa mereka berdua baik-baik saja?" Taehyung menyoal dengan nada risau.

Doktor wanita itu tersenyum, dia memandang mereka semua lalu dia berkata.

"Isteri dan anak encik dalam keadaan baik-baik saja. Tahniah, isteri encik melahirkan anak perempuan." kata doktor itu, yang bernama Jang Eunmi.

Mereka semua tersenyum bahagia dengan berita tersebut. Taehyung mengesat air matanya yang sempat menitis. Air mata bahagia.

"Boleh kami masuk untuk jenguk mereka?" soal Tuan Kim. Dr. Jang menganggukkan kepalanya dengan senyuman manis.

"Boleh. Tapi, anak encik kami masih membersihkannya. Kejap lagi nurse akan hantarkan ke dalam. Kalau macam tu, saya permisi dulu." kata Dr. Jang sopan lalu dia beredar dari hadapan mereka berlima.

"Jom masuk."

•••••

DAHI isterinya dikucup lama, dia tersenyum manis pada Ixuna. Satu bisikan dia lafazkan di cuping telinga isterinya.

"Thanks so much sayang. I love you." bisik Taehyung lirih. Ixuna hanya tersenyum sambil mengusap pipi suaminya.

"Most welcome abang. Love you too." balas Ixuna lembut.

"So, kamu berdua dah ada nama ke nak bagi kat anak kamu ni?" cela Puan Han sambil menimang cucu pertamanya dengan perasaan girang.

Taehyung dan Ixuna berpandangan dengan senyuman lebar lalu mereka berdua memandang ke arah ahli keluarga mereka.

"Dah."

"So? Apa nama si kecil ni?"

"Kami letak nama Kim Nana."

Mereka berempat berpandangan seketika lalu mereka tersenyum.

"Kim Nana, nama yang comel. Pandai korang pilih." kata Tuan Han sambil mencuit pipi montel yang kemerahan bayi kecil itu.

"Hei Nana, welcome to Kim and Han family." ujar Puan Kim lembut, pipi kecil Kim Nana dikucup penuh kasih sayang.

Taehyung dan Ixuna hanya tersenyum suka, sambil memandang gelagat orang tua mereka yang asyik bermain dengan cucu pertama mereka.

******
Tbc. Sorry tau sbb chapt ni sedikit pendek and hambar. Hope you guys like it. 🤗

 🤗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now