Part 19

1.4K 108 2
                                    

TAEHYUNG berdiam diri sambil memerhatikan gerak-geri Ixuna yang sedang menghidangkan makanan untuk sarapan pada pagi itu.

Bihun goreng bersama secawan tea 'o' panas yang dihidang dihadapannya itu dipandang sepi.

"Oppa, makanlah." kata Ixuna mempelawa Taehyung untuk makan. Dia melabuh duduk berhadapan dengan suaminya itu.

Taehyung mengerling bihun goreng dengan Ixuna silih berganti. Tanpa membuang masa, Taehyung meraih sudu dan garpu lalu makan dengan senyap.

Seulas senyuman terlakar dibibir Ixuna, tatkala melihat suaminya yang sudi menyentuh makanan dari hasil air tangannya.

Lelaki itu tidak banyak protes mahupun membantah, dia hanya makan dengan keadaan senyap. Untuk kali pertama, mereka berdua makan semeja bersama.

Namun, sudah cukup membuatkan Ixuna berasa gembira.

"Ok tak bihun tu? Secukup rasa tak oppa?" soal Ixuna, sengaja ingin menguji Taehyung.

Taehyung memandang Ixuna sekilas lalu mengangguk perlahan. Hati Ixuna menjerit girang bila mendapat respon yang positif daripada suaminya itu.

Ixuna berdeham, mencuba menahan senyuman dan perasaan terujanya yang hendak terlakar itu.

"Oppa, hari ni oppa balik rumah pukul berapa?" Ixuna bertanya dengan nada suara berhati-hati.

Taehyung meletak garpu dan sudu diatas pinggannya lalu memandang Ixuna dengan wajah mendatar.

"Enam setengah." jawab Taehyung pendek dan padat. Secawan tea 'o', dihirupnya dengan perlahan.

"Oh! Baguslah. Nanti bolehlah kita makan malam bersama ye oppa?"

"Hmm."

Itu sahaja yang Taehyung balas, akan tetapi sudah cukup membuat hati Ixuna melonjak gembira. Gadis itu tersenyum lebar, bila pandangan matanya dengan Taehyung bertembung.

Taehyung bangun dari kerusi, sebelum dia beredar. Taehyung memandang Ixuna lalu berkata.

"I want you to know one thing, never give up with me. That all." seusai berkata begitu, Taehyung berlalu pergi daripada ruang makan.

Terkebil-kebil mata Ixuna, mencuba untuk memahami maksud daripada kata-kata Taehyung sebentar tadi.

"Apa maksud dia?" bisik Ixuna, bingung.

Namun, pandangan matanya jatuh ke pinggan Taehyung yang sudah licin tanpa bersisa. Spontan Ixuna tersenyum lebar, bahagia.

•••••

YOONGI mendengus bila Ixuna mengendahkan dirinya, disaat gadis itu melewati dihadapannya. Dia perasan yang wajah Ixuna hari ini amat cerah, dengan senyuman lebar tersungging dibibir gadis itu.

Mesti ada sesuatu yang membuat hati gadis itu gembira. Dia mesti ambil tahu. Yoongi mengangguk kepala perlahan.

"Aku akan tanya dia, nanti rehat. Mesti ada yang tak kena ni." bisik Yoongi.

"Hoi cikgu Min, cakap dengan siapa tu? Cakap sesorang ke?" sergah satu suara dari belakang mengejutkan Yoongi.

"Ish! Kau ni budak memang nak kena dengan aku lah!"

Telinga Jinyoung menjadi mangsa pulasan dari tangan Yoongi, menjerit si anak Bae itu.

"Ampun cikgu, saya janji tak buat cikgu terkejut lagi. Lain kali kalau saya nak tegur cikgu saya bagi salam dulu ok? Lepaslah telinga saya cikgu, malu saya dengan bebudak yang tengok saya kena piat telinga dengan cikgu."

Jinyoung merengek, sambil merayu pada Yoongi agar melepaskan telinganya itu.

Yoongi mengerling anak murid ciliknya sudah datang bersama ibu bapa masing-masing, ada diantara mereka menahan gelak melihat aksi spontan kedua guru muda itu. Yang cilik sudah menghamburkan gelak melihat cikgu Jinyoung yang kena pulas telinga dengan cikgu Yoongi.

"Lantak kau punya malu lah. Kau buat lagi, bukan setakat telinga kau tapi dengan tubuh kau, aku pulas nanti." kata Yoongi sarkastik dengan senyuman kejamnya. Dia melepaskan telinga Jinyoung dengan kasar lantas berlalu kedalam taska.

Jinyoung memandang Yoongi yang sudah menghilang ke dalam taska. Dia memandang tubuhnya gerun bila diingatkan dengan ancaman mesra alam Yoongi tersebut.

"Sila meninggal."

******
Tbc

******Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now