Part 84

660 49 0
                                    

"OMMA!"

Taehyung terjerit girang apabila melihat wajah orang tuanya yang mengunjungi rumahnya. Dia melompat, lantas dia berlari anak menuju ke arah ibunya.

Tubuh tua ibunya, dia peluk kemas. Pipi Puan Kim dikucup beberapa kali. Puan Kim hanya tergelak kecil melihat gelagat manja Taehyung itu, dia mengusap kepala Taehyung perlahan.

"Miss you mom." rengek Taehyung.

"I miss you too my beloved Kim Taehyung." ujar Puan Kim.

Tuan Kim dan Ixuna hanya tersenyum sahaja melihat dua beranak itu sedang bermanja.

"Hei Taehyung, appa ni kamu tak rindu ke? How dare you.." kata Tuan Kim yang berpura-pura berjauh hati. Dia memeluk tubuh dengan wajah muram.

Taehyung menggulingkan bebola matanya sejurus melepaskan pelukannya terhadap Puan Kim. Dia mendekati ayahnya seraya tubuh tua Tuan Kim, dia peluk kemas.

"I miss you too my dad. Muah!" kata Taehyung sambil mencium pipi ayahnya beberapa kali.

Tuan Kim tergelak geli hati sambil mendorong tubuh Taehyung agak menjauhi dirinya. Terasa geli pula apabila dicium begitu oleh anaknya itu.

Puan Kim dan Ixuna tergelak terbahak-bahak melihat wajah merah Tuan Kim yang disakat oleh Taehyung itu.

"Woi Kim Taehyung, dahlah. Lepaskan appa lah Taehyung, geli lah! Sampai bila kamu nak cium appa ha? Lepaslah!"

Tuan Kim memberontak didalam pelukan anak lelaki tunggalnya itu. Pipinya makin kuat berona merah, apabila Taehyung tidak berhenti daripada mencium pipinya.

"Tak nak. Selagi appa tak kata yang appa rindu Taehyung, selagi tulah Taehyung peluk appa dan cium appa." kata Taehyung dengan nada suara yang mengugut.

"What the h.."

"Hei darling, bahasa tu tolong di jaga! Lempang kang." Puan Kim memotong kata-kata Tuan Kim yang mahu mencarut itu.

Mulut Tuan Kim terkatup apabila dirinya ditegur oleh Puan Kim, isteri tercintanya itu.

"Fine. Appa pun rindu dengan Taehyung juga, si bayi besar appa ni. Bayi besar appa ni, manja mengalahkan ulat beluncas aje." kata Tuan Kim dengan nada perli.

Taehyung melepaskan pelukannya terhadap Tuan Kim. Dia memandang wajah ayahnya dengan perasaan tidak puas hati.

"I'm not a baby! Don't call me baby, i don't like!" rungut Taehyung kesal. Kakinya dihentak-hentak, melepaskan rasa geramnya.

Tuan Kim, Puan Kim dan Ixuna bermain mata lalu mereka bertiga menghamburkan gelak. Wajah Taehyung berubah cemberut apabila dirinya dijadikan bahan gelak.

•••••

MEREKA berempat menjamu selera dengan suasana yang ceria. Makan malam mereka dihiasi dengan gelak tawa dan gurauan.

"Sedap gila pengat pisang ni, siapa yang buat?" soal Tuan Kim sambil mulutnya dicomotkan dengan pengat pisang. Siap buat suara lagi, agar dapat menyatakan kesedapan pengat pisang tersebut.

Puan Kim hanya menggelengkan kepala sahaja melihat suaminya yang kekanakan itu. Ixuna tersenyum seraya jari telunjuknya dihalakan ke arah Taehyung.

"Abang Taehyung yang buat, makanan semua ni dia yang masak. Ixuna tolong juga, tapi tolong tengok aje. Hehe." kata Ixuna berjenaka.

Tersenyum Puan Kim dan Tuan Kim, mereka berdua memandang anak lelaki tunggalnya itu. Taehyung sudah tersenyum-senyum, sambil menunggu orang tuanya memuji masakannya itu.

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now