Part 46

858 74 1
                                    

JAM yang digantung pada dinding itu, dia kerling sekilas. Waktu sudah menunjukkan angka 1.45 pagi. Taehyung mengeluh, dia pandang fail yang masih bertimbun itu. Dia menyerabaikan rambutnya kasar.

"Aku nak balik. Nak balik, nak balik." gumam Taehyung gelisah. Kakinya dihentak-hentak dilantai dengan perlahan. Hatinya berasa gelisah dan resah.

Entah mengapa, di ruang matanya sudah terbayang-bayang katil dan bantalnya tidak lupa juga.. Isterinya, Ixuna Kim.

"Arg gila! Bila nak siap ni? Aku bakar juga fail-fail ni biar jadi debu, baru senang hati sikit!" leter Taehyung geram. Bibir dikemam kasar.

Nafas ditarik lalu dihembuskan secara perlahan. Dia merenung tajam fail-fail yang berada dihadapannya.

Dia hela nafas kasar, rambut disebak ke belakang lalu dia bangun daripada duduknya. Mahu kematu punggungnya, kerana duduk di kerusi itu selama 5 jam tanpa bergerak. Kau rasa?

"Lantaklah kat kau lah fail, aku nak balik! Dah nak masuk pukul 2 pagi dah, sampai esok pagi pun tak siap." amuk Taehyung diiringi dengan jelingan kepada fail-fail yang tidak bersalah.

Dompet, telefon dan kunci kereta dicapai lantas dimasukkan ke dalam poket seluar. Blazer yang berwarna merah, terdampar disofa itu dia sarung ke tubuh.

Taehyung melangkah keluar dari ruang pejabat, selepas mengunci pintunya. Kotak lif dituju, butang lif ditekan. Taehyung menerpa masuk ke dalam perut lif, tatkala pintu lif terbuka. Butang angka G ditekan.

"30,29,28,27,26.." mulut Taehyung mengikuti nombor yang terterang pada dinding lif.

"Lambat gila. Cepat sikit boleh tak?" keluh Taehyung.

Kerana bosan dan sepi, Taehyung bersenandung kecil.

Tak mungkin 'ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku kucuba 'tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu, sayang.

Takkan pernah 'ku mengalah
Untuk menjadi yang terbaik.

Entah mengapa, lagu tersebut seakan kena dengan dirinya. Suaranya mula bergema, didalam lif. Menghalang rasa sunyi dan sepi.

Tak mungkin kucoba untuk mensiakan rasa ini.
Walaupun 'ku tak pernah merasai sedikit kasih darimu.

Tak mungkin 'ku sekalipun akan mengalah.
Demi cintaku kucuba 'tuk menjadi yang terbaik.
Hanya untuk dirimu.

Andai kau menyedari
Besarnya cinta ini
Dan kuterus menanti
Kata akhir darimu.

Tepat disaat Taehyung mengakhiri nyanyiannya, pintu lif terbuka. Dia tersenyum kecil, air mata yang entah sejak bila membasahi pipinya itu dia kesat perlahan.

•••••

TAEHYUNG menolak perlahan pintu yang berada dihadapannya, dia memandang sekeliling bilik itu. Pandangan matanya jatuh pada katil. Dia tersenyum kecil bila mendapati Ixuna sudah pun terlena.

Kakinya digorak mendekati katil isterinya. Tanpa mandi atau tukar pakaian terlebih dahulu, Taehyung terus merebahkan tubuhnya disebelah Ixuna. Tangannya dilingkarkan ke pinggang Ixuna, lalu tubuh gadis itu ditarik ke dalam dakapannya.

Wajah isterinya dipandang dengan seulas senyuman tipis. Satu kucupan kudus didaratkan keatas dahi Ixuna, mata dipejam dan wajahnya disembam kebahu gadis itu.

"Goodnight, sayang."

•••••

"ARG!"

Pada pagi itu, suara jeritan daripada Ixuna menggema satu rumah banglo tersebut.

Gedebuk!

Seperti nangka busuk, Taehyung jatuh dari katil ke atas lantai bilik.

"Aduh! Best gila kena cium dengan lantai pepagi buta ni! Woi kau dah kenapa pompuan?!"

Hening seketika menyelimuti suasana diantara mereka berdua pada pagi itu.

"Kau dah kenapa pompuan jerit-jerit macam badak sumbu pepagi buta ha?  Ingat sedap gila ke kau punya suara tu? Macam orang asli adalah."

Sudut bibir Ixuna terangkat sebelah. Suara orang asli dia kata?

"Macam mana saya tak jerit, kalau tiba-tiba bangun aje dari tidur tengok ada orang peluk saya. Saya terkejut tau tak? Habistu awak tu, dah kenapa tidur bilik saya? Siap peluk saya lagi, dah buang tabiat?"

Taehyung mendiamkan diri dengan wajah berubah warna merah. Dia tahu, dia sudah tertangkap.

"Ma.. Mana ada aku tidur peluk kau? Perasan aje kau ni, tak ada masa aku nak peluk tubuh kau macam lidi tu? Tak ada gebu-gebunya pun." nafi Taehyung dengan berbaur perlian.

Ixuna tergelak, kedengaran agak sumbang. Gelak paksa.

"Awak hina saya, macam awak hina diri awak sendiri lah. Tak sedar diri, tubuh dia tak adalah sado-sadonya. Kurus cekeding aje." kini Ixuna pula membalas perlian Taehyung.

Mata Taehyung menghelang tajam ke arah Ixuna. Tidak berpuas hati.

"Apa, betullah kan?" sinis Ixuna berkata.

Taehyung mengetap bibir geram.

"Kau.."

"Apa nak gaduh? Mehlah!" Ixuna terus bangun daripada duduknya lalu dia melompat diatas katil sambil memasang kuda-kuda, bersedia untuk bergaduh dengan suaminya.

"Kau memang nak gaduh dengan aku ke pepagi buta ni? Kau jangan, tak pepasal tubuh kau tu aku kerat 50 dan bagi kat ikan paus dalam laut tu. Boleh kenyang seminggu dia, aku rasa."

Pucat terus muka Ixuna bila mendengar ayat yang agak psiko daripada Taehyung.

"Psiko!"

"That's me. Why not? Bla gila." kata Taehyung, dia tersenyum senget dengan kening dijongket beberapa kali lantas dia berlalu keluar dari bilik gadis itu. Meninggalkan Ixuna yang terpinga-pinga sendirian.

"Kim Taehyung!"

******
Tbc

Sorry if chapt ni kurang memuaskan hati korang. I hope you like it. 🤗

 🤗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now