Part 13

1.4K 114 0
                                    

MEREKA bertiga hanya mendiamkan diri sambil bermain dengan gelas masing-masing.

Jungkook yang jenis tidak suka dengan suasana sepi dan canggung itu, mula membuka suara sekadar untuk menghalang suasana yang agak membosankan dirinya.

"Hoi! Asal kita diam ni? Ada roh lalu dengan motor skuter bulat ke?" kata Jungkook spontan, mengundang tawa daripada Ixuna dan Yoongi pula hanya memandang Jungkook datar.

"Kau dah kenapa? Kau pernah nampak roh naik motor skuter ke?" kini Yoongi bersuara pula dengan wajah bersahaja.

"Tak pernah lah pula? Hyung pernah ke?" jawap Jungkook dengan muka polosnya.

"Asal kau dungu sangat ni? Tersalah makan ubat ke tadi? Sampai otak dah belok ketepi, tu pasal bodoh semacam." Yoongi membidas selamba.

Ixuna hanya menjadi penonton tidak berbayar disitu, melihat sepasang sepupu dihadapannya itu tengah bertengkar lidah. Dia tersenyum kecil melihat gelagat mereka berdua, comel sahaja.

"Korang ni, tau nak gaduh aje. Cubalah akur sikit." kata Ixuna tenang.

"Mana ada kitorang gaduh, kitorang cuma gaduh ajelah." sahut Jungkook dengan ayat dungunya. Ixuna dan Yoongi sudah menepuk dahi.

"Sama ajelah dungu." kata mereka berdua serentak. Bibir Jungkook sudah memuncung sedepa, bila dirinya dipanggil dungu. Dia tidak dungu ok, cuma sedikit dungu sahaja.

"Ok dah. Kita ke topik utama. Kau tak payah nak buat muka macam tu, ingat comel ke? Macam biawak adalah." kata Yoongi bersahaja. Sengaja ingin menyakiti hati sepupunya itu.

"Ish! Akak Xuna, tengok mamat putih macam mayat hidup ni. Dia samakan kita dengan biawak. Dia tu pula dahlah tak sedar diri yang diri tu dah tua, masih lagi nak acah remaja." adu Jungkook pada Ixuna, sedikit memberi ayat-ayat mengejek pada Yoongi.

Yoongi yang mendengar sudah menjeling-jeling dengan hujung mata ke arah Jungkook. Budak arnab itu memang nak kena dengan dia selepas balik ini.

"Asal jeling-jeling? Nak juling ke?" kata Jungkook bila perasan akan perbuatan Yoongi.

"Kau yang juling nanti." balas Yoongi datar dan dingin.

Ixuna sudah menggelengkan kepala.

"Ish! Korang ni, tak habis-habis lagi. Kalau korang nak gaduh, baik saya balik ajelah." ujar Ixuna dengan nada suara yang serius dan sedikit merajuk.

"Ok, ok. Kitorang tak gaduh dah. Janji!" kata Jungkook dan Yoongi serentak dengan muka dibuat secomel mungkin.

Ixuna mengangguk kepala dengan menggulingkan biji matanya.

"Yelah! Janji tak gaduh dah, kalau tak wajahmu dicium oleh penumbuk comel aku ni." kata Ixuna tenang dengan senyuman senget.

"Eleh, dia punya penumbuk dahlah kecil. Ada hati nak tumbuk kita yang sado ni." bidas Yoongi selamba. Jungkook mengangguk kepala setuju dengan sepupunya itu.

"Eh, penumbuk kecil ye? Korang memang pandang rendah betul kat aku yang pompuan ni? Pernah rasa kasut tumit tinggi masuk dalam mulut kau orang ke? Nak rasa ke?" kata Ixuna dengan senyuman herotnya.

Kedua-dua lelaki yang berada dihadapannya, sudah bermandi peluh. Laju sahaja kepala mereka menggeleng.

"Tak apalah. Tak payah susah-susah." kata Jungkook kalut. Dia menayangkan muka comelnya, agar gadis berusia dua puluh tiga tahun itu cair dengannnya.

Yoongi merengus bila melihat Jungkook yang sudah mengeluarkan jurusan menghancurkan hati para gegadis bahkan makcik-makcik yang lalu-lalang turut berfangirl.

"Ish, tak payah kau nak buat muka macam tulah. Naik pula lemak aku nanti." kata Ixuna cuak sambil mengesat air matanya yang bergenang kerana melihat makhluk Tuhan yang comelnya. MasyaAllah.

Kepala Jungkook melentok ke tepi dengan matanya yang sudah semulajadi bulat itu semakin membulat.

"Betul ke lemak akak akan naik bila tengok muka kookie yang comel ni?" Jungkook menyoal bingung, Ixuna dipandangnya dengan mata dikedip-kedip.

Lemah lutut dan mata Ixuna yang melihat gelagat Jungkook itu. Kerana tidak tahan, dia mencubit pipi Jungkook yang tembam itu geram membuatkan si budak arnab itu mengadu sakit.

"Aduh sakitlah pipi comel kita ni." Jungkook mengusap pipinya perlahan. Ixuna hanya tersengih.

"Ehem. Aku rasa macam ditugulkan aje kat sini. Tolong sedar ye, kat sini masih ada hamba Tuhan yang hensem tahap dewa ni." kata Yoongi sarkastik. Geram kerana dipalau oleh dua makhluk hidup kat situ.

Jungkook dan Ixuna sudah buat muka acah mahu muntah kerana mendengar ayat yang agak perasan daripada Yoongi itu.

"Apa nak muntah? Tu tong sampah kat luar tu, pergi lah muntah." bidasnya sinis bila melihat gelagat Jungkook dan Ixuna itu.

"Tak jadilah. Dah masuk balik." kata mereka berdua. Yoongi buat muka geli.

"Pengotor punya olang lu dua ni."

"Well." Jungkook dan Ixuna menjongketkan bahu dengan acuhnya.

Yoongi hanya menjeling mereka berdua.

"Ok dah. Kita balik ke topik utama. Dan aku ada soalan untuk kau, kenapa muka kau lebam? Dan juga,  kenapa suara kau macam nangis aje aku dengar time kau call aku tadi? Jujur dengan aku, apa yang terjadi." Yoongi ubah topik dan terus menyoal Ixuna bertubi-tubi.

"Betullah kak Xuna, kenapa ye? Kasihan muka akak yang cumil tu, dah lebam." celah Jungkook pula. Matanya meneliti segenap wajah Ixuna itu.

Ixuna mengeluh halus, dia menautkan jari-jemarinya.

"Sebenarnya.." kata-kata Ixuna dipintas oleh Yoongi.

"Mamat yang tak cukup kalsium tu yang buat kan?" teka Yoongi yang sangat tepat bila melihat anggukan daripada Ixuna.

"Mamat tak cukup kalsium? Siapa tu?  Mak dia tak ada kalsium ke nak bagi kat anak dia semasa dia kecil, sampai dia tak cukup kalsium bila dah besar ni?" Jungkook tanpa green-line terus mencelah masuk.

Mahu gelak ada, nak marah pun ada. Tapi disabarkan juga hatinya bila melihat wajah Jungkook yang comel itu. Ixuna menggelengkan kepala. Manakala Yoongi sudah memberikan pandangan tajam ke arah Jungkook.

"Kau budak dungu, baik kau duduk diam aje. Sebelum aku sumbat sotong gulita yang masih hidup kat akuarium tu kedalam mulut kau. Biar cerdik sikit, tak adalah bongok selalu." kata Yoongi geram.

Jungkook memandang akuarium yang berada ditepi kaunter pembayaran. Dia pandang sotong itu dengan perasaan gerun. Sotong yang sebesar kepalanya itu mahu disumbat kedalam mulutnya?  Simpang malaikat empat puluh empatlah gamaknya.

Dia beralih ke arah Yoongi pula dengan senyuman comelnya.

"Hehe. Tak payah susah-susah, aku dah kenyang makan tadi. Tahun yang abad keenam puluh baru aku mahu telan benda tu. Baik aku diam ajelah hyung. Aku diam ok, tapi tak selamanya." kata Jungkook dengan selamba menzipkan mulutnya dengan tangannya.

"Tsk! Abaikan dia. Kita sambung balik, so apa pula dia buat kat kau kali ni?" kata Yoongi datar sambil menahan rasa ingin menumbuk budak dungu disebelahnya itu.

"Macam biasalah." jawab Ixuna cuba mengelat daripada soalan Yoongi itu.

"Macam biasalah tu macam mana?" Jungkook yang tidak pernah mahu makan saman itu menyampuk. Yoongi hanya menjeling sekilas.

Ayat dia agar berbelit-belit, buatkan Ixuna termenung seketika.

"Ish. Dia tak faham ayat kau yang berbelit-belit macam ular tulah dungu. Diam sahaja lah. Tampo kang." marah Yoongi. Jungkook terus menekup pipinya, takut jikalau Yoongi menamparnya.

"Sorry, tak buat dah." lirih sahaja suara Jungkook kedengaran seperti orang merajuk dan patah hati.

****
Tbc

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now