Part 15

1.3K 110 0
                                    

IXUNA mengerling jam dinding yang tergantung diruang makan. Dia tersenyum.

"Dah pukul 7 setengah. Lagi setengah jam, kawan oppa akan datang. Apa lagi eh?" Ixuna mengetuk dagunya, berfikir.

Dia memandang ke arah meja makan yang sudah terhidang pelbagai jenis makanan yang telah dia hidangkan.

"Ah! Aku tahu, pencuci mulut tak buat lagi. Hmm, nak buat apa eh sebagai pencuci mulut? Hmm, kalau pancake ok juga. Ok!"

Baru sahaja Ixuna mahu menuju ke dapur, dia terdengar suara langkah seseorang dari belakang. Ixuna menoleh.

"Dah siap?" soal Taehyung sambil memandang ke arah meja makan.

Ixuna mengangguk kepala sambil tersenyum nipis.

"Dah oppa. Cuma pencuci mulut aje belum buat," kata Ixuna. Taehyung hanya mengangguk acuh.

"Listen, selepas siap semua ni. Pergi masuk bilik, jangan keluar sampai kawan aku balik. Faham?" kata Taehyung tegas, menikam wajah isterinya dengan panahan mata yang tajam.

Tanpa banyak suara Ixuna hanya mampu mengangguk faham. Tidak berani membantah kata-kata suaminya itu.

"Baiklah." jawab Ixuna perlahan. Taehyung mengerling Ixuna sekilas dan terus beredar daripada situ.

Selepas perginya Taehyung, Ixuna menghela nafas berat.

"Mungkin kawannya semua lelaki yang datang nanti, dan dia risau kat aku? Maybe?" monolog Ixuna sendirian sambil menjongket bahunya acuh. Bibirnya diulas senyuman kecil.

•••••

"YO!"

Sapa mereka kepada Taehyung  selepas lelaki itu membuka pintu rumah untuk mereka.

Taehyung mengangguk acuh.

"What's up man, how about you?" kata Alex kawannya yang berasal dari london.

"Fine. Jom masuk. Kita cakap kat dalam." Taehyung mempelawa kelapan kawannya termasuk Mingyu yang hanya berdiam diri sedari tadi.

Saat Mingyu melintas di depannya, Taehyung menegur perlahan.

"Kau dah kenapa?" soal Taehyung sambil menutup pintu rumah. Dia dan Mingyu berjalan beriringan menuju ke ruang tamu.

"Nothing. Cuma aku tak suka kau ajak diorang ke sini lagi-lagi si budak london tu. Dahlah kat sini ada sepupu aku." kata Mingyu datar. Taehyung mencebik.

"Kau memang, selalu tak akur dengan bebudak tu. Kenapa?"

"Dah aku tak suka." balas Mingyu, mengerling Taehyung sekilas.

"Dan satu lagi, perasaan aku mengatakan ada sesuatu yang akan terjadi. Aku rasa tak sedap hati lah." keluh Mingyu bernada risau.

Taehyung menggulingkan biji matanya. Dia merangkul bahu kawannya itu.

"Jangan risaulah. Tu cuma mainan perasaan kau aje. Jangan dilayan sangat." kata Taehyung.

"Korang berdua berbual apa tu? Serius aje muka." tegur salah seorang daripada mereka bertujuh.

"Nothing." jawab Taehyung bersahaja, manakala Mingyu hanya mendengus halus.

"Oppa." panggilan lembut daripada Ixuna mengalihkan pandangan mereka semua.

"Apa?" Taehyung menjawab, lantas dia melangkah menghampiri Ixuna.

"Makanan dah saya siapkan." kata Ixuna dengan senyuman manis.

"Ok. Sekarang kau pergi masuk bilik. Jangan keluar sampai kawan aku balik. Faham." kata Taehyung perlahan.

"Baik. Oppa, boleh tak cakap kat Mingyu yang saya nak jumpa dengan dia sebelum dia balik?"

"Ok." jawab lelaki itu sepatah. Ixuna hanya tersenyum, lalu dia berlalu ke biliknya yang berada ditingkat dua.

Mingyu memandang kepergian Ixuna,  lantas dia mengalih pandang ke arah ketujuh lelaki yang duduk di sofa. Seketika kemudian, dia terpandang lelaki yang bernama Alex dan Hyunbin. Dia perasan yang mata kedua lelaki itu sedang asyik memerhatikan Ixuna. Tiba-tiba perasaannya menjadi tidak tenang, bila melihat senyuman Alex.

"Guys jom makan, isteri aku dah hidangkan makanan untuk kita. Jom." ajak Taehyung.

Mereka bertujuh bersorak kecuali Mingyu.

"Ni yang aku tertunggu ni. Makanan. Hehe." kata Lucas dengan senyuman riang.

"Kau memang, kalau bab makan laju aje." omel mereka dengan tawa mengejek.

"Biarlah." Lucas menjeling kesal sejurus menonong ke ruang makan. Mereka yang ada disitu hanya menggelengkan kepala sahaja.

Taehyung mengerling kawan-kawannya yang sudah menuju ke ruang makan. Taehyung menoleh memandang ke arah Mingyu yang masih berdiri ditepi sofa sambil memandang ke arahnya.

"Kau pula asal ni? Jomlah." ajak Taehyung pada Mingyu.

"Tae.."

Taehyung berdeham.

"Biarlah tak jadi." kata Mingyu, lalu dia beredar ke ruang makan meninggalkan Taehyung yang sedang memandang belakang tubuh Mingyu dengan perasaan bingung.

"Dah kenapa mamat tu? Lantak dialah."

*****
Tbc

*****Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now