Part 3

1.6K 148 4
                                    

IXUNA mendongak memandang signboard besar itu. Jeon's Bunny Cafe.

"Wah. Nama kafe ni, comel lah." Ixuna gelak kecil. Yoongi tersenyum nipis.

"Ni kafe sepupu aku. Dia muda dua tahun dari kau. Tuan punya kafe ni pun comel, nak aku kenalkan kau dengan sepupu aku?" kata Yoongi. Ixuna mengangguk kepala dengan senyum manis.

"Boleh juga. Jom masuk nanti tak sempat pula nak lunch."

Mereka berdua melangkah masuk kedalam kafe tersebut. Meja yang agar tersorok dari pengunjung menjadi pilihan mereka berdua.

"Order bang? Kak?" seorang pelayan lelaki bertanya. Nota kecil dan pen berada ditangan, bersedia menerima pesanan.

Yoongi menjeling ke arah pelayan itu.

"Tak payah nak berabang akak bagai lah. Jeon bunny."

Lelaki itu tersengih sambil mengaru pipinya dengan pen.

"Whatever. So, abang Yoongi dan akak?" Ixuna dipandangnya dengan kening dijongket.

"Ixuna." sahut Ixuna.

"Ok. Akak Ixuna, nak order apa?"

"Geli doh. Bunny, aku nak order cappucino ice dan pau yang inti kacang merah. Kau nak apa?" kata Yoongi, dia memandang Ixuna dihadapannya itu.

"Bagi saya, air milo ais dan tteobeokki ye?" ucap Ixuna.

Jungkook mengangguk kepala dengan senyum manis. Sebelum dia beredar untuk membuat pesanan mereka berdua, dia mencubit pipi Yoongi kuat.

"The last warning from me, don't call me bunny okay. I'm Jungkook not bunny. I'm human okay? Kalau abang Yoongi panggil Kookie macam tu lagi, siap abang kookie kerjakan nanti." ugut Jungkook, dia membulatkan mata kepada Yoongi si sepupunya itu. Lantas dia beredar dari hadapan Yoongi dan Ixuna.

Yoongi merengus sambil mengusap pipinya yang berasa pedih kerana dicubit jari ketam Jungkook.

"Korang nampak rapat. Dia pun nampak macam manja dengan awak." omel Ixuna selamba. Yoongi hanya menjongket bahunya.

"Budak arnab tu memang manja kalau dengan orang yang dia sayang." kata Yoongi datar.

"Kenapa awak panggil dia bunny?" soal Ixuna ingin tahu. Keningnya bertaut.

"Sebab dia ada gigi arnab yang besar, tu sebab aku panggil dia bunny." jelas Yoongi. Ixuna anggukkan kepalanya, dia tersenyum kecil.

Senyap buat seketika diantara mereka sehinggalah Jungkook datang membawa pesanan mereka.

"Pesanan anda tiba." Jungkook meletakkan dulang yang berisi dua gelas air dan makanan. Dia menghidangkan pau, tteobeokki dan dua gelas air dihadapan mereka berdua. Dulang tersebut diambil dan dipeluk.

"Selamat menjamu. Heaven." ucap Jungkook dengan senyuman lebar, menampakkan gigi arnabnya yang comel.

"Comel lah awak ni."

"Eh?" Jungkook memandang Ixuna dengan muka blur lalu dia mengangguk kepala dengan senyum polos.

"Hehe bye." Jungkook terus melesat pergi dengan wajah berbahang kerana dipuji oleh Ixuna.

****
Tbc

Sorry chapt ni pendek dan sikit hambar. Btw, enjoy.😊

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now