Part 21

1.3K 107 3
                                    

IXUNA memandang Mingyu yang duduk termenung dihadapannya. Segelas sirap ais, diteguk perlahan lalu diletak semula ke atas meja.

"So, kenapa kau nak jumpa aku?" Ixuna buka suara.

Mingyu mengangkat kepala memandang Ixuna.

"Bukan kau ke nak jumpa aku kelmarin malam?"

Jari dipetik, dia tersenyum sumbing.

"Ha'ah lah. Tapi aku nak jumpa kau semalam lepas balik dinner rumah aku, bukannya harini."

"Tapi sama aje kan? Semalam bukan aku, tak nak jumpa kau. Tapi dah lewat malam, nanti tak pasal ada yang ketiga. Fikirlah logik sikit dho!" kata Mingyu datar dengan jelingan tajam dihadiahkan kepada Ixuna.

Ixuna tersengih.

"Fine. Kau menang. Tch!" Ixuna berdecit, tangan disilang kedada. Bibirnya dijuihkan ke bawah.

"Tak payah buat muka macam tu lah, aku tengok dah macam badak sumbu aje." ujar Mingyu selamba.

Ixuna hanya merengus halus.

"Ok dah! Aku nak tanya kau, kenapa kau nak jumpa aku semalam?" soal Mingyu dengan nada suara serius. Pandangan matanya dipakukan pada wajah Ixuna.

"Hmm. Actually, aku nak tanya soalan simple aje kat kau. Korang kan selalu lepak bersama, so apa Taehyung pernah bermain dengan pompuan lain di belakang aku?"

Soalan berbalas soalan, membuatkan Mingyu terdiam seketika lalu dia tersenyum.

"Mesti kau risaukan kesetiaan Taehyung kat kau kan? Ok aku jawab. Taehyung tak pernah sentuh mana-mana pompuan, tapi dia yang kena sentuh dengan pompuan kat club tempat kitorang pergi. Itu pun jarang kitorang lepak kat club." kata Mingyu dengan jujurnya.

Ixuna mengangguk kepala faham dengan senyuman manis. Hatinya berasa sedikit tenang bila mendengar jawapan dari pertanyaannya.

"Kau tak payah risaulah, aku kenal dia dah lama dah. Walaupun perangai macam setan dan kata-kata dia yang agak berbisa bila bercakap, tapi dia tak pernah mainkan perasaan orang." Mingyu berjeda seketika.

"Kalau kau nak tau, orang yang dingin ni. Sebenarnya, hati dia lembut. Senang aje nak baca dia. Tapi Taehyung lain sikit."

Kening Ixuna bertaut. Hairan.

"Lain?"

Mingyu mengangguk dengan senyuman nipis.

"Ada sebab Taehyung jadi macam tu. Sebelum aku menjalinkan hubungan  persahabatan dengan dia, dia bukan macam sekarang yang kau tengok perangai dia tidak ada perasaan."

"Maksud kau? Dulu dia seorang yang mudah senyum ke?" Ixuna meneka.

Tekaan Ixuna sangat tepat bila melihat Mingyu mengangguk kepala.

"Betul tu. Aku kenal dia, di sekolah rendah. Tahun 3. Sifat dan perangai dia dulu jauh berbeza dengan sekarang. Dia dulu, seorang yang suka menolong dan murah senyum. Dia hyperactive dulu, aku suka sifat dia yang dulu."

"Tapi, selepas kami masuk ke tingkatan 2. Sifat Taehyung yang ceria berubah 360% kepada seorang yang dingin dan kejam. Hati aku sedikit terkilan dengan perubahan Taehyung yang mendadak tu. Tapi aku tau, mesti ada sebab dia jadi macam tu. Walaupun dia berubah, persahabatan kami tidak pernah renggang namun makin dieratkan."

Mingyu berhenti sejenak, dia meneguk milo ais sambil memandang reaksi Ixuna.

"Kenapa dia berubah? Kau tau ke sebab kenapa dia berubah tu?"

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now