Part 44

899 78 1
                                    

HANCUR. Itulah yang dirasakan oleh Yoongi. Dia lemah dengan permainan cinta ini. Bila hatinya sudah terpaut pada seseorang, dia susah untuk melupakan tentang seseorang itu. Walaupun sudah beberapa kali dia mencuba untuk melupakan Ixuna namun tidak berhasil.

Tubir matanya mengalirkan air jernih, turun ke pipi. Sehinggalah ada sepasang tangan, menyapu air matanya.

"Yoongi, please don't cry." tangan Ixuna yang masih melekat dipipinya itu, ditolak perlahan. Dia mendongakkan kepala memandang ke arah gadis itu.

"Macam mana kau boleh masuk?" soal Yoongi dengan suara yang kedengaran serak kerana menangis.

"Saya dah ketuk pintu tadi, tapi awak tak jawab pun. So, saya masuk aje lah.  Awak okey ke? Kenapa awak menangis?"

Soalan berbalas soalan. Yoongi berdecit, air mata yang masih tersisa dipipinya itu dikesat kasar.

"Keluar."

"Tapi.."

"Keluar!!"

Bahu Ixuna terangkat akibat bentakan daripada Yoongi. Dia merenung anak mata Yoongi dalam-dalam, mata itu menyimpan seribu rahsia dan penderitaan. Hatinya sakit dan amat bersalah.

"Yoongi saya.."

"Aku kata keluarkan? Keluarlah!"

Bibir dikemam. Kedua tangannya di genggam kemas. Matanya menghelang tajam.

"Saya tak akan keluar."

"Keluarlah! Asal kau degil sangat ni hah?"

"Saya tak akan keluar, sebelum awak jujur dengan perasaan awak terhadap saya!"

Kini Yoongi pula dibuat terkedu. "Apa maksud kau?"

Ixuna mengeluh kasar.

"Kenapa awak bohong dengan perasaan awak terhadap saya. Saya tau yang awak anggap saya ni lebih daripada seorang kawan. Kenapa awak sanggup berbohong dan bersakit?"

Sekali lagi Yoongi terkedu, lidahnya seakan kelu dan beku.

"Macam.. Macam mana kau tau?" soal Yoongi dengan perlahan.

"Saya tau pun, melalui gerak-geri dan layanan awak untuk saya. Walaupun awak dingin dan kasar, tapi awak selalu ambil berat tentang saya."

Dua pasang mata itu bertaut buat seketika, sebelum salah satu daripada mereka melarikan pandangan mata ke arah lain.

"Kenapa.."

"Yoongi.."

"Salahkan aku cintakan kawan aku sendiri? Aku selalu berharap yang dia juga ada perasaan yang sama macam aku ni, tapi apakah aku dapat balasan cinta dia? Sedangkan dia sudah pun menjadi milik seseorang yang bernama suami?"

Ixuna memandang Yoongi dengan perasaan bersalah, dia juga perasan akan mata lelaki itu yang bergenangan dengan air mata.

"Sorry Yoongi, I'm sorry."

"Ixuna bolehkah aku tanyakan satu soalan kat kau, untuk kali kedua dan terakhir mungkin? Sebab aku dah pernah pertanyakan soalan ini kat kau, tapi kau tak jawab."

"Apa?"

"Tapi aku nak kau jujur kat aku, selepas itu aku akan pergi daripada hidup kau."

"Awak nak pergi mana?"

Yoongi menghiraukan soalan daripada Ixuna, melainkan dia yang menyoal gadis itu semula.

"Do you love me?"

Lagenda Suami Durjana (K.T.H FF) [C]√Where stories live. Discover now