PROLOG

8.5K 340 1
                                    

18 tahun lepas ,


LOLIPOP bulat yang berada di tangannya di simpan di dalam beg sekolahnya. Budak perempuan itu mengucapkan terima kasih sesudah dia membuat pembayaran dengan pak cik kedai tersebut.

Keluar sahaja daripada kedai runcit tersebut dia mula memulakan perjalanannya untuk pulang ke rumahnya yang berdekatan dengan kedai penyinggahannya tadi.

Matanya memandang awan yang mula hendak bertukar menjadi gelap. Pasti hujan akan turun sebentar sahaja lagi.

Kakinya laju dibawa untuk melangkah pulang ke rumah. Tiba-tiba dia terdengar suara rintihan seorang budak lelaki yang meminta pertolongan.

Laju kakinya berjalan ke lorong yang dilalunya. Badan kecilnya dibawa menyorok di sebalik dinding mendengar perbualan antara pemuda lelaki dengan budak lelaki yang dalam lingkungan seumur dengan dirinya.

"TOLONGGG TOLONGGG TSK....TSK...." sayu sahaja tangisan suara budak lelaki itu meminta pertolongan pada orang.

"Kau menangis apa budak. Tak ada siapa la nak tolong kau" pemuda lelaki itu gelak kuat. Gembira kerana dapat menakutkan seorang budak lelaki yang takut akan dirinya.

Mata budak perempuan itu yang sedari tadi memandang perlakuan pemuda lelaki tersebut mula mengeluarkan dirinya daripada menyorok. Tidak betah untuk mendengar suara tangisan budak lelaki tersebut.

"Pak Cik lepaskanlah budak lelaki tu" budak perempuan itu masih berkata tenang.

Pemuda lelaki itu menoleh memandang suara kanak-kanak perempuan yang berada di belakangnya.

"Baliklah budak ke kau nak nasib macam dia ni jugak?" pemuda lelaki tersebut tersenyum senget seakan mengejek dan memandang rendah akan budak perempuan itu.

Bibir budak perempuan itu ketap kuat. Menahan marah pada pemuda lelaki tersebut. Tanpa berlengah dia terus mendekati susuk tubuh pemuda lelaki itu. Kakinya diangkat dan disepak di bahagian kelakian pemuda lelaki tersebut.

"Ahhhhhhhhh" bergema jeritan di lorong sunyi itu. Kaki pemuda tersebut terjatuh melutut. Terasa senak bahagian kelakiannya akibat dari tendangan kaki pendek budak perempuan tersebut.

Inilah akibatnya bila seseorang memandang rendah akan kebolehannya. Walaupun mukanya kelihatan suci tapi dia ada tali pinggang hitam taekwandonya. Jadi tidak pelik kalau orang penjahat tidak takut akan dirinya.

Ni pun dia disuruh untuk masuk ke dalam kelas taekwando oleh Papanya. Tapi bagus jugak kerana dapat dia menyelamatkan diri dan menolong orang yang dalam kesusahan. Macam sekarang dia tolong budak lelaki tersebut.

Lamunan budak perempuan itu terhenti apabila pemuda lelaki tersebut mula melarikan diri sambil memegang bahagian kelakiannya.

Sakit mungkin ergh!

Setelah bayangan pemuda lelaki tersebut hilang dari pandangan mata. Budak perempuan itu mula memusingkan badannya dan berjalan ke arah budak lelaki yang tersandar pada dinding.

"Lelaki tu dah pergi. Awak boleh bangun" tangan kecilnya dihulur pada budak lelaki yang masih memandangnya dengan muka yang masih penuh dengan air mata yang bercucuran.

Teragak-agak tangan budak lelaki itu memegang tangan yang dihulurkan budak perempuan itu.

Budak perempuan itu yang melihatnya menggelengkan kepala sebelum tidak lama itu tangannya mula mencapai tangan budak lelaki tersebut dan menarik untuk bangun.

Beg hitam yang berada di dinding diambil dan dihulurkan pada budak lelaki itu yang masih tidak lepas memandang mukanya.

"Terima kasih sebab tolong saya. Nama awak apa?" sambil menyoal tangan budak lelaki itu mengambil begnya dan dipakai pada bahu. Air mata yang masih ada di pipi dihapuskan dengan lengan baju.

"Sama-sama. Nama saya Hana Adenin tapi awak boleh panggi saya Hana. Nama awak pulak?" senyuman dikoyakkan di depan budak lelaki tersebut.

"Nama saya Hayzack Iskandar. Awak boleh panggil saya Hayzack'' dia tersenyum manis kembali membalas perlakuan budak perempuan tersebut.

"Ouh selamat berkenalan Hayzack Iskandar" tangannya dihulurkan.

Hayzack yang melihat perlakuan Hana mula menaikkan tangannya dan menyentuh tangan Hana lembut.

"Selamat berkenalan jugak Hana Adenin"

Bibir mereka berdua mengoyakkan senyuman lebar. Masing-masing berbalas pandangan antara satu sama lain.



 Masing-masing berbalas pandangan antara satu sama lain

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Don't forget to vote and comment , thankies <3

His Babygirl [𝑪]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora