56 | BABYGIRL

4.6K 131 5
                                    

DUA hari sudah berlalu. Namun , keadaan Hana masih dalam kondisi yang sama terbaring kaku. Dato Adhwa dan Datin Aderin yang diberitahu oleh Hayzack tentang keadaan Hana terus terbang ke negara Italy.

Anak lelakinya , Harraz awal lagi sudah kembali semula ke Malaysia pada pagi semalam. Katanya banyak kerja yang tertangguh di syarikat dan ada banyak meeting yang perlu dia hadir.

"Hana , Papa dengan Mama dah nak balik dah ni. Mama tahu anak Mama ni seorang yang kuat. Cepat sedar okay sayang. Tak baik tinggal lama-lama suami kamu tu. Mama tengok Is tu pun dah macam tak terurus" ujar Datin Aderin sambil tergelak kecil. Air mata yang mengalir di pipi diseka dengan ibu jari.

Kepala Dato Adhwa tergeleng.

"Dahlah tu Yayang. Awak tak kesian ke dengan anak awak. Setiap kali datang ke sini mesti awak menangis. Apa nanti nak jawab kalau Hana tengok keadaan awak macam ni. Mesti dia sendiri tengok akan kecewa" ujar Dato Adhwa.

Dia tahu isterinya sedih apatah lagi dia. Dia sendiri pun waktu pertama kali melawat keadaan anaknya hampir menitiskan air mata. Namun , dia cuba kuatkan diri dari menangis. Dah kalau semua menangis siapa lagi yang mahu menjadi tukang pemujuknya.

"Saya bukan apa Abang. Hati saya sakit tengok keadaan anak yang saya jaga tanpa cacat cela dianiya dengan orang yang busuk hati. Mana pergi hati nurani orang tu? Apa salah anak saya bang" jawab Datin Aderin teresak.

Selama ni dia menjaga Hana tidak pernah sekali pun dia memperlakukan anaknya sampai teruk begini. Tiba-tiba minda Datin Aderin teringat perbualannya bersama menantunya pada pagi tadi.

Makin kuat Datin Aderin teresak di bahu suaminya. Dato Adhwa menggosok lembut belakang badan Datin Aderin sebelum perlahan tubuh kecil itu cuba dibawa keluar dari wad yang duduki Hana. Takut pulak tangisan dari isteri menganggu tidur anaknya.

"Kejap bang saya nak cium anak saya buat kali terakhir sebelum kita pergi" tangan Dato Adhwa yang berada di bahu ditolak lembut. Puncak kepala Hana , Datin Aderin cium lembut cuba menyalurkan rasa kasih sayang melalui perbuatannya.

Setelah itu pasangan sejoli itu akhirnya beredar. Sempat Datin Aderin memandang sekilas tubuh kaku anak perempuannya sebelum akhirnya dia mengikut langkah suaminya dari belakang.

Seorang lelaki yang sedari tadi menjadi pemerhati di sebalik dinding kelakuan pasangan tua itu akhirnya memunculkan diri. Bilik wad yang tidak didiami oleh sesiapa itu dia masuk.

Kerusi yang berada bersebelahan katil itu di labuhkan punggung. Matanya jatuh pada perut kempis Hana. Dia tahu disebalik baju itu ada satu nyawa yang kian membesar dalam perut gadis itu.

"Bila Hana nak sedar? Hana tak kesian ke dengan adik lelaki Along. Along tahu Hana dengar apa yang Along bualkan dengan Hana. Jadi Along mintak sangat Hana cepat-cepat sedar. Walaupun Along selalu bergaduh dengan adik lelaki Along. Tapi kalau hal ni Along tak sanggup tengok adik Along jadi macam tu. Dah macam orang hilang bini Along tengok—" jeda.

Bicara yang mahu di sambung kembali kian terhenti apabila melihat kelopak mata gadis itu bergerak-gerak seakan mahu terbuka.

Tidak tunggu lama butang berwarna merah yang berada di atas kepala katil Hana terus Hayzeri Ikmal tekan. Dalam beberapa minit muncul seorang doktor perempuan bersama dua orang nurse di belakang.

"Il signor può aspettare vicino all'esterno. Dopo aver finito di esaminare il mio paziente , ho contattato signor (Encik boleh tunggu dekat luar. Selepas saya selesai memeriksa pesakit saya , saya panggil encik)" pinta doktor perempuan italy itu sebelum menutup rapat pintu bilik wad milik Hana.

Badan dibawa sandar pada dinding di belakang. Sementara menunggu doktor periksa adik iparnya sempat Hayzeri Ikmal membuat panggilan telefon untuk memaklumkan pada adik lelakinya.

His Babygirl [𝑪]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora