60 | BABYGIRL

4.4K 112 2
                                    

"ANGAH aku hantar kau sampai sini jelah. Kalau ada masa nanti datanglah kat Italy lagi" ujar Hayzeri Ikmal sambil memberhentikan langkahnya apabila mereka sudah sampai di pintu gate pelepasan.

"In shaa Allah by the way aku nak cakap terima kasih dekat kau Along sebab jaga Hana waktu aku tak ada dekat hospital dulu" bibir Hayzack tersenyum hambar.

Mengingatkan perkara lepas membuatkan banyak keinsafan terbit dalam dirinya. Kali ini memang dia akan pastikan dia jaga Hana elok-elok.

"Tak ada hal lah. Lagi pun adik ipar aku jugak bukannya orang lain pun" bahu Hayzack ditepuk bersahaja.

Farisya yang berdiri di samping Hayzeri Ikmal tersenyum tawar. Dia turut bersimpati atas yang berlaku pada Hana. Lagi pun dia faham kerana dia sendiri pun pernah merasai pengalaman perit itu. Lebih perit daripada adik iparnya sendiri.

"Syukur tak ada benda yang jadi atas isteri aku. Kalau dia ni tak ada. Aku tak tahulah hidup aku macam mana"  pinggang milik Hana. Hayzack tarik rapat ke dada miliknya.

"Don't worry isteri kau dah okay dah. Aku harap lepas ni kau jaga Hana elok-elok. Sebab sekarang ni pun isteri kau tengah bawak satu nyawa dalam perut dia. Jaga dia macam mana kau lindungi Ayahanda dengan Bonda. Jaga dia setulus hati kau dan sayangkan dia macam mana kau jaga orang yang kau sayang. Jangan pernah buat kesilapan macam aku dulu" nasihat Hayzeri Ikmal tegas.

Anak lelakinya yang berada di tengah-tengah di antara dirinya dan isterinya , Farisya dipandang lama. Tidak henti lafaz syukur terbit di bibir Hayzeri. Bersyukur rasa kerana sempat merasai pengalaman sebagai seorang Ayah.

"Nanti kirim salam dekat Ayahanda dengan Bonda. Jaga diri kau dan jaga kesihatan. Jangan kerja terlalu kuat sangat. Ingat sikit kau hidup sekarang bukan bujang dah tapi dah kahwin. Tak lama lagi pulak nak dapat anak. Kalau Hayzack abai Hana bagitahu Along. Biar Along settle sendiri" pesan Hayzeri seraya bibir mengukir senyuman sinis pada Hayzack yang memandang tajam pada dirinya.

Mata Hayzack guling. Ingat dia gila sangat ke sampai nak abaikan Hana. Dia masih waras lagi nak buat benda macam tu. Cukup tentang peristiwa lepas pun buat dia hendak tercabut jantung.

Sedangkan baru beberapa hari isterinya tidak sedarkan diri. Tapi rasa gelisahnya dan takut semua muncul dalam diri.

"Dahlah tu aku nak pergi dah ni" tangan milik Hana dimasukkan dalam genggaman tangannya. Beg rodanya awal-awal lagi sudah diangkut masuk ke dalam private jet oleh Jones.

Dia sendiri yang menyuruh pengawalnya pergi dahulu tanpa menunggu dirinya. Takkan mahu tercongak duduk diam dekat sini saja.

Lagi pun dirinya masih ada lagi belas kasihan dekat orang. Lainlah seperti kawannya seorang itu Aysar Emeer. Lelaki itu hati kering!

"Hah yelah apa-apa pun semoga selamat sampai kat Malaysia" tangan milik Hayzack disalam gaya lelaki sebelum mereka berdua mula berpecah mengikut haluan masing-masing.

Sempat Hana berpelukan buat kali terakhir dengan kakak iparnya dan menyelitkan sedikit wang pada anak buahnya. Walaupun Hana tahu abang iparnya itu sendiri terlalu berkemampuan.

Tapi apa salahnya hulur duit. Lagipun bukan selalu dia dapat berkunjung ke negara Italy. Entah bila pulak dapat datang ke negara sini balik.

"Kau bagi berapa duit dekat Farish?"

Soalan yang dilontar oleh Hayzack mengejutkan Hana. Macam mana suaminya tahu? Rasanya tadi dia bagi sorok-sorok dekat poket baju anak buahnya.

"Awak nampak?!" mata Hana membulat.

"Even kau bagi sorok-sorok pun aku tahu sayang. Nak bagi tu janganlah nampak sangat duit tu dekat tangan" Hayzack geleng kecil.

Murah betul hati isterinya seorang ini. Sanggup bagi duit dekat anak buahnya. Haihlah isteri macam manalah dia tak sayang!

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now