25 | BABYGIRL

5.8K 182 15
                                    

SORRY SEBAB BUAT KORANG MENUNGGU , MAYBE LEPAS NI UPDATE LAMBAT SIKIT SEBAB MINGGU NI EXAM SORRY :(

BADAN tegap Hayzack ditahan dengan tangan kecilnya dari merapat. Hana menoleh memandang ke arah lain. Takut hatinya yang teguh kembali goyah dengan lelaki di hadapannya. Dagunya ditolak lembut oleh jari kasar itu.

"Kenapa kau tak nak pandang aku. Dah ada jantan lain. Macam tu?" soal Hayzack sinis. Bukan dia tidak perasan tadi yang perempuan di hadapannya duduk dengan seorang lelaki. Mesti nak try goda seperti dirinya dahulu.

Mata Hayzack galak meneroka segenap muka putih mulus yang tiada cacat cela itu. Masih lawa seperti dulu.

"Apa awak ni" badan Hayzack cuba ditolak ke belakang. Namun , satu apa pun tak bergerak statik sahaja. Manusia ke gajah ni?

"Baru 2 minggu kita tak jumpa. Tapi kau dah pandai cari jantan lain. Patutlah murah" bisik Hayzack sinis di telinga Hana. Di akhir ayat sengaja diperlahankan tapi masih dapat didengari oleh Hana.

Merah padam muka Hana mendengar. Murah? Wah sesuka hati sahaja lelaki di hadapannya berkata begitu. Tubuh badan Hayzack ditolak kuat. Hanya dua langkah sahaja lelaki itu berganjak ke belakang.

Kesabaran Hana sudah tidak dapat ditahan. Mungkin sebelum ni dia boleh bersabar lagi tapi tidak untuk kali ni. Maruahnya seakan senang sahaja dipijak pada pandangan lelaki di hadapannya.

"Seteruk saya pun. Saya tak pernah nak hina seseorang tu. Tapi awak ni kan memang tak sedar diri kan. Acah cool acah hebat macam awak ni Tuhan. Cubalah sekali-sekala fikir sikit perasaan orang. Bukan awak je yang ada perasaan orang lain pun ada. Mana pergi hati nurani awak ni?" jari telunjuk Hana menunjuk pada dada Hayzack kasar. Ditolak-tolak seakan melepaskan kemarahan.

Air mata yang bergenang ditahan daripada mengalir di depan Hayzack. Tidak pernah lagi dia marah akan seseorang seteruk ini. Tapi kali ni memang benar kata-kata Hayzack buat dia tidak tahan untuk menegur. Siapa je tak sakit hati kalau dilabelkan sebagai perempuan murah?

"Bercakap dengan awak ni kan kadang-kadang buat orang sakit hati. Tahu sebab apa? Sebab awak ni tak ada perasaan. Tak pernah pun jaga hati orang. Memang patutlah tak ada seorang pun perempuan sangkut dengan awak kecuali girl yang hari tu awak maksud tu kan. Tapi mana girl awak tu hilang ke? Nampak sangat dia pun tak tahan dengan perangai awak" sindir Hana pedas.

Hayzack diam berkutik. Mendengar sahaja tomahan yang Hana lemparkan. Mulutnya seakan terkunci untuk membalas bicara Hana.

Baru sahaja Hana mahu melangkah pergi lengannya sekali lagi disambar oleh lengan kekar itu.

Tubuhnya dihimpit di dinding untuk sekian kali. Muka mereka bertentangan. Lama mereka berdiam diri melihat muka masing-masing. Bibir Hana ketap kuat.

Tak guna!

"Aku tak suka kau dekat dengan mana-mana jantan—" ujar Hayzack dengan nada perlahan. Ayatnya dibiar tergantung. Jarinya masih mengelus pipi Hana lembut. Tiba-tiba dia mencengkam pipi Hana dengan kuat.

Berkerut dahi Hana. Serious tak tipu sakit. Hampir menitis air matanya. Tangannya cuba menolak tangan Hayzack dari terus mencengkam pipinya. Tapi tidak berjaya kerana Hayzack menekan lebih kuat.

"Sebab kau tak layak. Sedarlah diri tu sikit yang kau kalau dah murah selamanya akan jadi murah" sambung Hayzack sinis. Tangannya terus melepaskan pipi Hana. Bibirnya tersenyum senget.

Usai itu dia terus berlalu pergi meninggalkan Hana bersendirian. Biar je perempuan tu dekat situ. Dia buat begitu supaya orang lain tidak kena seperti dirinya dahulu.

Setelah hilang bayangan Hayzack dari pandangan matanya. Badan Hana terus melorot jatuh ke lantai. Teresak-esak Hana menangis. Salah ke dia mahu bahagia seperti orang lain?

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now