14 | BABYGIRL

4.4K 191 2
                                    

BERMULA seminggu dari sekarang Dato Adhwa akan dibedah. Untuk itu Hana tersenyum gembira. Tak lama lagi Papanya akan sihat kembali.

Siapa je yang tak suka ayah sendiri bakal sihat?

Bercakap tentang kesihatan. Sudah tiga hari dia discharge keluar dari wad. Dan sekarang dia sudah sihat sepenuhnya. Tentang kejadian yang berlaku di pejabat dia sudah lupakan. Namun mungkin akan tinggal parut di hati. Siapa je sukakan lelaki yang kita cintai peluk perempuan lain?

"Hari ini Papa macam mana okay?" soal Hana sambil mengambil tempat duduk di hujung katil Dato Adhwa.

"Aduhai , tadi Mama kamu lepastu Harraz pulak sekarang pulak kamu" bibir Dato Adhwa sudah memuncung itik.

Hana tergelak kecil memandangnya. Amat jarang melihat Papanya merajuk.

"Alahai Papa sorrylah. Hana mana tahu Papa tak suka. Siapa je tak risaukan Papa. Lagi-lagi Mama tu setiap hari tengok Papa mesti nak menangis" kutuk Hana selamba.

"Amboi , kutuk Mama ya" telinga Hana sudah ditarik Datin Aderin.

"Aduh-aduh Mamaaa sakit" tangan menggosok telinga yang sudah memerah. Bibir dicebik ke depan.

Dato Adhwa dan Harraz yang sedari tadi menjadi penonton sudah menggelakkan diri Hana , kelakar. Bukan Hana Adenin kalau tak cari pasal dengan orang.

"Cakap lagi macam tu Mama piat telinga kamu kat sini lagi" jelingan diberikan pada anak pertamanya. Ingat dia tak dengar.

Kalau iya pun nak mengutuk duduk lah jauh sikit ada ke patut kutuk duduk sebelah-sebelah. Tergeleng kepala Datin Aderin dengan sikap nakal dan suka mengusik anak perempuannya ini.

"Hehe sorry Mama" kepala disandar pada dada Datin Aderin , manja.

"Eh eh jangan sandar kat permaisuri Papa lah. Kalau nak pergi cari orang lain" tangan Datin Aderin ditarik Dato Adhwa. Mengusik anak perempuannya.

Memerah pipi Datin Aderin dengan kelakuan suaminya.

"Sampai hati Papa. Merajuklah macam ni" badan dipusing ke belakang dari memandang susuk tubuh Dato Adhwa.

"Merajuklah sorang-sorang. Tak ada siapa nak pujuk kamu" usik Dato Adhwa lagi.

"Sampai hati" Hana membangunkan dirinya sebelum melangkah ke arah Harraz. Kepala disandar ke dada Harraz. Acah merajuk katakan.

"Eh eh tadi Mama sekarang Harraz pulak dia pergi. Bertuah punya anak" tergeleng kepala Dato Adhwa. Macam-macam hal anak perempuannya ini.

Lama mereka berdiam diri selepas itu sebelum Dato Adhwa memecahkan kesunyian kembali antara keluarga itu.

"Harraz dengan Hana. Papa rasa sudah sampai masa Papa serahkan jawatan Papa dekat kamu berdua. Sebab Papa rasa pun papa patut berehat. Lagi pun kamu berdua sudah tahu kan selok-belok syarikat kita?" soal Dato Adhwa.

Hana dan Harraz menganggukkan kepala serentak.

"Papa rasa Papa akan jadi kan Hana sebagai CEO dan Harraz sebagai COO. Maksudnya Harraz orang kedua terpenting dalam syarikat selepas kedudukan kakak kamu" ujar Dato Adhwa terus terang.

Harraz mengetap bibir kuat. Cuba menahan marah dari melenting di hadapan ibu bapanya.

"Hana tak kisah Papa. Hana ikut je mana yang okay" bibir tersenyum kecil cuba meyakinkan diri. Bukan dia tidak perasan riak muka Harraz yang berubah.

'Tch okay sebab kau yang dapat jawatan tu' bisik Harraz sebal di dalam hati.

"Harraz macam mana pulak okay dengan cadangan Papa?" soal Dato Adhwa sambil mengangkat kening sebelah.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now