65 | BABYGIRL

4.2K 124 2
                                    

MEMUNCUNG bibir Hana apabila tangannya yang mahu ditarik kembali dipegang utuh oleh Hayzack. Siap dengan jelingan maut dia dapat dari suaminya.

"Aysar" Hayzack memanggil apabila terpandangkan susuk tubuh kawannya yang duduk di kerusi bangku biru di luar wad milik Rayyan.

Kepala Aysar menoleh. Terlorek senyuman sengetnya bila terpandangkan tangan milik Hayzack yang menggengam tangan Hana. Protective huh?

Mereka berjabat tangan sesama mereka.

"Rayyan macam mana? Dia dah okay ke" soal Hayzack bernada risau.

"Dah hari ni dia dah boleh discharged dari hospital. Kejap lagi aku yang akan hantar dia balik. Jadi kau janganlah risau sangat. Keadaan dia pun dah stabil lepas doktor masukkan air dalam badan dia pagi tadi" jawab Aysar meyakinkan kawannya.

Hayzack melepaskan keluhan.

"Macam mana aku tak risau. Rayyan tu jarang tunjuk emosi dia selama kita kenal and semalam dia jumpa aku dia menangis bro depan mata aku. Aku tak tahu nak buat apa. Aku cuba bagi dia beberapa nasihat but after dia kata yang perempuan dia suka tu dah kahwin aku jadi terdiam" terang Hayzack tentang kejadian malam semalam sewaktu Rayyan berjumpanya.

Terpaku Aysar apabila mendengar penerangan Hayzack. Pinggang dicekak Aysar seraya rambutnya diraup ke belakang.

"Aku pun bukannya mahir bab-bab bercinta ni" kata Aysar senada.

Ya , dia bukannya mahir bab percintaan. Tentang dia dengan Nisa pun gadis itu yang mengejar dirinya beberapa tahun lepas. Itu pun dia macam banyak tak layan sebab dirinya sewaktu itu banyak menfokuskan pada kerjaya kerjanya.

Hana yang mendengar di tepi mencebik bibir. Tahu pun diri tu tak tahu bab percintaan. Entah macam manalah Nisa boleh jatuh hati pada kawan baik suaminya ini.

"Apa-apa pun nanti kalau ada information tentang Rayyan sakit ke apa. Kau cepat-cepat bagitahu aku" pesan Hayzack.

Aysar mengangguk kepala.

"Kau jangan risau—"

Tidak sempat Aysar menghabiskan ayatnya. Jeritan yang datang dari isteri sahabatnya mematikan niatnya.

"Ahhhhh sakit" genggaman tangan Hayzack dipegang Hana kuat. Dapat Hana rasakan perutnya yang memulas kuat. Takkanlah waktunya sekarang ni. Walhal duet date Hana ada lagi dalam 10 hari lagi.

Bertukar cemas riak wajah Hayzack dibuatnya. Perut milik Hana dipegang . Membulat mata Hayzack apabila terpandangkan air ketuban Hana yang mula membanjiri segenap lantai hospital.

"Woi kau buat apa lagi. Pergilah hantar isteri kau dekat wad depan sana. Takkan itu pun aku nak bagitahu" tergeleng kepala Aysar. Macam manalah dia boleh berkawan dengan sahabatnya yang bebal ni.

"Hah okay-okay. Sayang bertahan sikit okay babygirl" dahi milik Hana dikucup sekilas lalu.

Tidak menunggu lebih lama tubuh kecil milik Hana dicempung Hayzack. Sempat Hayzack berselawat kecil di telinga milik Hana untuk menenangkan Hana yang sudah melepaskan tangisan di dadanya.

Doktor perempuan yang kebetulan ada di kaunter yang melihat aksi cemas Hayzack mula memanggil kakitangan nurse untuk mengambil stretcher pada Hana.

"Babygirl sabar sikit je lagi sayang. I know you strong sayang" tidak berhenti Hayzack cuba memujuk Hana yang semakin kuat menangis.

"Sa...sakit hus...husband" tersekat-sekat Hana berbicara seiring dengan tangisannya. Rangkulan di leher suaminya semakin diketatkan Hana.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now