36 | BABYGIRL

5.5K 145 2
                                    

KERTAS maklumat itu dilempar di atas meja. Ternaik hujung bahu Hana terkejut. Air liur ditelan melihat muka lelaki itu berubah tegang dan tiada secalit senyuman.

"Aku nak kau sendiri bukak. Tengok sendiri apa yang tunang kesayangan yang kau agung-agungkan tu buat" bisik Hayzack tajam di telinga Hana. Kedua tangannya diletak di sisi Hana dari belakang mengepung.

Gulp!

Perlahan-lahan tangan Hana menyelak kertas itu. Bebola matanya bergerak satu-persatu membaca ayat yang tentera pada kertas itu. Tergamam diri Hana seolah tidak percaya dengan ayat yang tentera pada kertas maklumat itu.

Air mata yang bertakung di tubir mata ditahan. Bibirnya dikemam rapat. Walaupun Hana masih tidak mencintai tunangnya lagi tapi kepercayaan itu amat berharga untuk suatu ikatan.

"Why babygirl tak percaya dengan tunang kesayangan kau buat kerja jahat ni ke hmm" pipi Hana dikucup pantas. Tubir mata gadis kecilnya yang berair diseka dengan ibu jarinya.

"S...saya tak sangka sampai macam ni sekali dia tergamak buat dekat saya" bahu Hana terhinjut-hinjut. Jadi selama ni dirinya hanya digunakan ke? Pandangan dua kawan Hayzack di hadapan diendahkan. Yang penting hatinya terlalu sakit apabila dapat mengetahui kebenaran ini.

Kepala Hana menunduk. Jatuh menitik air matanya ke atas riba. Jadi selama ni hanya kepuraan sahaja ke tunangnya tunjuk. Jika benar dia lah insan paling bodoh menerima lelaki tu.

Ya Allah dia memang selalu ditakdirkan untuk disakiti ke?

"Jangan menangis babygirl untuk lelaki tak guna tu. Buat bazir air mata kau je menangis untuk muka penipu tu" pesan Hayzack bernada keras. Giginya diketap menahan amarah melihat air mata yang sememeh di pipi memerah itu.

Tersungging senyuman senget pada bibir Aysar melihat drama yang tak berbayar di hadapan matanya. Dalam dingin pun ada sweet jugak kawannya ni. Tengoklah sekarang layan Hana macam gadis itu sudah menjadi hak milik mutlaknya pulak!

"Kau memang tak nak duduk ke?" tanya Aysar bernada sarkastik. Lebih kepada memerli pada kawannya sebenarnya.

Danish pulak seakan tidak terganggu. Jari-jemarinya masih lincah mengetik papan kekunci pada laptop di atas meja hadapannya. Sesekali tetikus digerakkan. Bergerak bebola mata itu membaca maklumat yang tentera di skrin menyala itu. Jumpa sahaja terus dipusingkan menghadap ke arah Hayzack.

"Tuan Muda ni ada lagi maklumat lain yang saya dah dapat. Apa yang saya fikirkan selama ni memang betul seperti tekaan saya" beritahu Danish lagi.

"Nanti aku tengok. Sekarang ni aku nak pergi hantar gadis kecil aku balik rumah dulu. Maklumat tu kau hantar kat aku ikut e-mel macam biasa" tangan Hana ditarik pergi tanpa menunggu jawapan Danish.

"Awak janganlah pegang saya" Hana meronta meminta Hayzack melepaskan sedikit pegangan pada tangannya yang terlalu erat.

Badan Hayzack pusingkan. Kedua bahu Hana dipegang erat.

"Kau dengar sini , babygirl. Aku nak kau balik rumah nanti kau terus masuk bilik. If kau nak lepaskan apa yang terbuku dalam hati kau just do. Jangan tahan apa yang kau nak buat , okay?" pesan Hayzack dingin. Mukanya masih beku memandang Hana.

Kepala Hana mengangguk kecil. Tubir matanya berair apabila teringat kembali apa yang tunangnya buat di belakangnya. Namun  , lekas-lekas diseka dengan jari runcingnya. Dadanya sesak menahan esakan.

"I'm sorry babygirl sebab bagitahu kau pasal perkara ni lambat. Aku tak nak kau jadi tempat tempias dendam dari perempuan tu" terang Hayzack. Jam rolexnya ditilik sekilas.

His Babygirl [𝑪]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum