13 | BABYGIRL

4.3K 198 1
                                    

BERGEGAS Hana berlari masuk ke dalam perkarangan Hospital Swasta Mawar itu.

"Bilik wad Dato Adhwa di mana?" terjah Hana pada nurse yang duduk di hadapan kaunter.

"Dato masih di bilik bedah di tingkat 24. Awak boleh belok ke arah kanan nanti awak akan jumpa sepasang keluarga dekat situ" ujar nurse perempuan itu.

"Thank you" bibir Hana melorek senyum manis sebelum berlari kembali.

Lift yang berada di belah kanannya dimasuk dan terus menekan punat 24 seperti disebut oleh nurse itu padanya.

TING

Hana melangkah keluar sebelum mengikut arahan nurse itu yang menyuruhnya untuk membelok ke sebelah kanan. Dari jauh susuk tubuh Mamanya dan Adik lelakinya sudah kelihatan.

Berlari anak Hana ke arah Harraz yang tidak lepas memandang bilik pintu bedah.

"Harraz macam mana dengan Papa?" soal Hana apabila sudah sampai di hadapan bilik pembedahan itu. Nafas yang mengah ditarik dalam.

Datin Aderin yang menangis dari tadi sudah terlelap di bahu Harraz. Dua jam dia menangis tanpa henti akibat risau dengan suaminya.

"Papa masih tak keluar lagi kak" ujar Harraz sambil mengeluh perlahan. Tubuh Datin Aderin dipeluk erat. Tangan menggosok lembut belakang tubuh kurus yang terlelap itu. Air mata yang masih sememeh di pipi Datin Aderin di seka dengan ibu jarinya.

"Mama menangis ke?" soal Hana apabila ternampak muka sembab itu. Kerusi di sebelah Datin Aderin dilabuhkan punggungnya.

Anggukan kepala dari Harraz membuat Hana mengeluh berat.

Muka pucat Hana ditutup dengan bedak compact sebelum datang ke sini. Dia tak nak merisaukan siapa-siapa padanya cukup Dato Adhwa sihat itu pun sudah buat dia gembira.

Pintu bilik bedah yang terkuak itu membuat Hana terus bangun dari tempat duduk.

Harraz hanya melihat dari jauh kerana tubuh Datin Aderin masih bersandar pada bahunya. Lagi pun dia tidak mahu menganggu Mamanya yang kelihatan penat itu.

"Doktor keadaan Papa saya macam mana?" soal Hana terus tanpa menangguh. Muka cuba dikawal dari kelihatan risau. Tubuh yang lemah diendahkan sekarang ni Papanya lebih penting.

"Saya harap awak bersabar dengan semua ujianNya. Saya terpaksa tahan Dato di wad kerana demamnya masih tidak kebah. Dan saya dapati tadi kemungkinan besar yang Dato ada kanser otak stage 2" ujar doktor lelaki yang bertugas itu.

Berdentum kuat jantung Hana mendengar penerangan doktor itu. Seolah tidak percaya pun ada. Padahal baru semalam mereka bergembira bersama-sama. Saling berkongsi cerita tentang hal syarikat.

"Doktor main-main kan?" soal Hana tersengih. Cuba menutup gusar di hati.

"Saya tak main-main cik. Saya betul-betul tak tipu" ujar doktor lelaki itu. Muka serius ditayang pada Hana.

Lemah kaki Hana rasakan sekarang. Tubuh Hana yang mahu jatuh sempat disambut oleh Harraz. Titisan jernih mengalir perlahan-lahan di pipi mulus itu. Tubuh Datin Aderin yang masih terbaring di kerusi dipandang sayu.

"Tapi jangan risau nanti saya akan set tarikh untuk buat pembedahan Dato. Kanser itu masih tidak membesar lagi. Nanti saya akan mintak nurse untuk bagi surat kebenaran pembedahan pada awak sekeluarga. Kalau tak ada apa-apa lagi saya mintak diri dulu" ujar Doktor lelaki itu tersenyum pahit sebelum melangkah pergi.

Dia faham bagaimana perasaan sebagai anak lagi-lagi kalau melibatkan orang tua sendiri.

"Kak , bangun kak jangan buat malu kat sini" tubuh Hana cuba dibangun. Namun , Hana tetap mengeraskan diri.

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now