35 | BABYGIRL

5.8K 175 6
                                    

SUDAH 2 hari dia tidur di pejabatnya gara-gara menyiapkan kertas projeknya. Dan hari ni baru dia balik ke villanya kembali. Mana tidaknya kawannya seorang tu yang memaksanya balik.

Baru sahaja kakinya mahu melangkah setapak masuk ke dalam rumahnya , telefonnya yang berada di dalam poket berdering kuat. Keluhan kecil terlepas dari seulas bibirnya. Mesti kliennya yang call.

Poket seluarnya diseluk sebelum objek nipis itu dikeluarkan. Berkerut dahinya melihat nama si pemanggil. Butang hijau itu terus diseret ke tepi dan terus dilekap pada telinganya.

"Speak"

"Maaf , mengganggu Tuan Muda. Saya cuma nak bagitahu maklumat rancangan mereka. Boleh kita jumpa secara depan-depan sebab saya nak tunjuk sekali bukti" ujar Danish.

"Give me 15 minutes. Aku nak pergi tukar baju kejap. Nanti kau hantar je location kat aku" kata Hayzack mendatar. Matanya terpejam melihat villanya yang bersepah.

Baru 2 hari tak balik tapi dah tunggang langgang serupa nak roboh dah. Mana taknya dengan makanan ringan yang bersepah dekat atas meja ruang tamu. Bantal kecil berselerak atas kapet. Ginilah kalau rumah bujang.

"Baik , Tuan Muda" sejurus itu talian telefon yang sudah ditutup itu direnung dengan pandangan kosong.

Walaupun dirinya sudah tidak menganggu gadis kecilnya tak bermakna dia tidak mengambil perihal tahu hal keselamatan gadis kecilnya. Pengajaran lepas banyak mengajar dia untuk menghargai. Dan untuk kali ini dia takkan sia-siakan peluang ini. Biar pun nyawanya terpaksa jadi galang-ganti sekalipun asalkan gadis kecilnya selamat!

"Baru sampai ke. Asal aku tak dengar bunyi kereta kau" celah Aysar. Keropok di tangan masih dikunyah-kunyah. Riak mukanya ditayang seolah tidak membuat jenayah.

Jari telunjuk Hayzack menunding pada ruang tamu yang bersepah. Aysar yang seakan faham meneguk air liurnya yang terasa kelat. Mampuslah kau Tengku Aysar Emeer!

"Kau pergi kemas sekarang. Aku baru tak ada dekat villa 2 hari dah jadi tunggang-langgang rumah aku!" jerkah Hayzack kuat. Pinggangnya dicekak dengan sebelah tangan. Tajam pandangannya memanah pada muka Aysar yang bertukar pucat lesi.

Itulah bangunkan lagi singa yang tengah tidurkan dah kena. Walaupun dia mafia dia sendiri gerun dengan Hayzack. Jangan dibuat main dengan baran kawannya seorang ni.

Pernah sekali dulu waktu dekat zaman belajar Hayzack layangkan pinggan kaca dekat dia. Dapat bayangkan tak. Nasib dia sempat elak. Kalau tak rasanya mukanya sekarang dah berparut dah. Kali terakhirlah tu dia buat hal. Ehem tapi kali ni tak tahulah tengok gaya macam dah nak mengamuk tu. Takot!

"Selagi kau tak kemas ruang tamu. Jangan harap aku akan lepaskan kau macam tu. Tahulah nanti aku nak buat apa" kata Hayzack memberi ugutan. Langkah kakinya digerak pergi meninggalkan tubuh Aysar yang terkaku.

Aysar yang dapat mencerna kembali tercengang. Apa tadi? Hayzack takkan lepaskan dia. Mampuslah kau!

"Mana boleh macam ni Hayzack Iskandar" jerit Aysar lantang. Rengusan marah terkeluar dari seulas bibirnya. Ada ke patut buat dia macam tu?

Dalam kemarahannya dia buat jugak kerjanya. Bantal yang bersepah dikutip dan disusun rapi di sudut setiap sofa. Kakinya sempat disepak pada sofa berangkai di situ. Sakit hati!

His Babygirl [𝑪]Where stories live. Discover now